05:57
Subuh
07:34
Dhuha
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:30
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

 | 

Arkib Berita

KUNJUNGAN DELEGASI INFRA KE 'ILAJ HOME

497645967 1078054384138402 2697181705753889892 n

4 JUN 2025M | 7 ZULHIJAH 1446H (RABU) - Cawangan ‘Ilaj Home, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI telah menerima kunjungan daripada delegasi Kursus Kecemerlangan Belia Luar Bandar 2025 (Zon Tengah) anjuran Institut Kemajuan Desa (INFRA). Delegasi ini diketuai oleh YBrs. Encik Abd Jalil bin Ismail, Pengarah INFRA, dan disertai oleh peserta kursus seramai 80 orang yang terdiri daripada belia luar bandar.
Tujuan kunjungan ini adalah untuk menyantuni penghuni 'Ilaj Home melalui pendekatan dakwah dan kebajikan. Dalam masa yang sama memberikan sokongan moral dan menjalinkan kerjasama erat antara Masjid Negara, INFRA dan JAWI dalam program pemerkasaan komuniti yang terpinggir.

Ketibaan delegasi telah disambut oleh YBrs. Tuan Haji Muhammad Shahrin@Sharin bin Zulkiply, Ketua Penolong Pengarah Cawangan ‘Ilaj Home, dan diteruskan dengan sesi rasmi di Dewan Aula Perdana.
Program dimulakan dengan ucapan aluan daripada pihak JAWI serta ucapan balas daripada Pengarah INFRA.

Para peserta turut didedahkan dengan taklimat pengenalan institusi oleh YBrs. Encik Afifuddin Abdulmuiz bin Hamid, Penolong Pengarah Kanan Unit Pengukuhan, serta sesi perkongsian pemulihan berkaitan HIV oleh Pengerusi Persatuan Insaf Murni Malaysia, YBrs. Encik Md. Rusli bin Md. Ali sebuah NGO yang aktif dalam advokasi pemulihan komuniti.
Diharapkan kunjungan seumpama ini dapat memperkukuh jaringan kerjasama dalam memperkasa belia luar bandar serta menyemai kesedaran terhadap usaha pemulihan yang holistik dan berasaskan sokongan komuniti.

Disediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

497469630 1078054457471728 2934641180399494159 n 497839064 1078054437471730 6957539397860468244 n
497981821 1078054514138389 633007135253307003 n 497645967 1078054384138402 2697181705753889892 n
497957527 1078054557471718 458075638397361845 n 496130662 1078054344138406 4184218847523820357 n

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 

avatar
Ustazah Wi @ JAWI Chatbot
avatar
welcome-avatar السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
avatar
Selamat datang ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
avatar
Salam perkenalan, saya Ustazah Wi, pembantu maya anda.
avatar
Boleh kongsikan nama tuan/puan?
avatar