PROGRAM SEMARAK IBADAH KORBAN KEPADA MUALAF TAHUN 2025
10 JUN 2025M | 13 ZULHIJAH 1446H (SELASA) - JAWI melalui Cawangan Kompleks Darul Hidayah, Bahagian Pengurusan Dakwah telah menganjurkan Program Semarak Ibadah Korban Kepada Mualaf Tahun 2025 dengan kerjasama Surau Al-Hidayah, Kompleks Darul Hidayah bertempat di Kompleks Darul Hidayah, Sentul, Kuala Lumpur.
Lebih 160 mualaf yang merupakan pelajar di Kompleks Darul Hidayah terlibat secara langsung turut bersama-sama bergotong royong menyempurnakan program ini. Seekor lembu dan dua ekor kambing telah dikorbankan di dalam program ini.
Majllis bertambah meriah lagi dengan kehadiran YBrs. Tuan Hj. Kamaldin bin Mohd Damin, Timbalan Pengarah Operasi JAWI dan YBrs. Puan Imlah binti Abd Aziz, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI.
Majlis turut diserikan juga dengan kehadiran sebahagian guru-guru Kelas Pengajian Mualaf di Masjid-Masjid, pegawai-pegawai JAWI dan pegawai-pegawai Masjid Alam Shah.
Pengisian Program:
Program bermula dengan ucapan taklimat oleh YBrs. Ustaz Muhammad Hatta bin Abdul Rahman, yang mengingatkan para pelajar tentang pergerakan program dan pembahagian tugas mengikut kelas masing-masing yang terbahagi kepada tugas merempoh, melapah, menimbang dan memasak serta penyediaan jamuan.
Program kemudian diteruskan dengan dengan agihan daging kepada pelajar yang layak daripada YBrs. Tuan Hj. Kamaldin bin Mohd Damin, Timbalan Pengarah Operasi JAWI.
Kemeriahan semakin terasa dengan jamuan makan hasil daripada binatang korban tersebut dengan menu yang amat menyelerakan iaitu gulai kambing, sup tulang lembu, daging goreng belengas, ayam goreng dan sayur campur goreng yang disediakan oleh pelajar dan para staf Cawangan Kompleks Darul Hidayah dan JAWI secara rewang.
Harapan Program:
Semoga program ini memberikan manfaat besar dan menjadi inspirasi kepada para mualaf untuk terus melaksanakan ibadah korban serta memahami maksud konsep korban di sisi Islam .
Disediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Disediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan