05:57
Subuh
07:34
Dhuha
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:30
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

 | 

Arkib Berita

KURSUS IBADAH HAJI DAN UMRAH KEPADA MUALAF TAHUN 2025

497645967 1078054384138402 2697181705753889892 n

12 JUN 2025M | 15 ZULHIJAH 1446H (KHAM IS) - JAWI melalui Cawangan Kompleks Darul Hidayah, Bahagian Pengurusan Dakwah telah menganjurkan Kursus Ibadah Umrah Dan Haji Kepada Mualaf Tahun 2025 bertempat di Kompleks Darul Hidayah, Sentul, Kuala Lumpur.

Pelajar diberi peluang untuk merasai sendiri pengalaman menyertai kursus ini beserta praktikal yang julung kalinya diadakan di Kompleks Darul Hidayah. Kursus ini melibatkan penyertaan dari tiga tahap kelas iaitu kelas tahap asas, kelas tahap pertengahan dan kelas tahap lanjutan. Majllis bertambah meriah lagi dengan kehadiran YBrs. Tuan Hj. Kamaldin bin Mohd Damin, Timbalan Pengarah Operasi JAWI sebagai perasmi kursus istimewa ini mewakili Pengarah JAWI.

Pengisian Program:
Program bermula dengan ucapan aluan oleh YBrs. Ustazah Maznah binti Yusuf, yang mengingatkan para pelajar tentang betapa istimewanya ibadah umrah dan haji disisi Islam. Beliau juga berkongsi tentang ilmu yang bakal dipelajari oleh peserta boleh digunakan dimasa akan datang. Kursus kali ini disediakan replika Kaabah dan replika tempat melontar batu jamrah bagi meningkatkan lagi kefahaman peserta kursus.
Program kemudian diteruskan dengan ucapan perasmian daripada YBrs. Tuan Hj. Kamaldin bin Mohd Damin, Timbalan Pengarah Operasi JAWI. Beliau turut berkongsi pengalaman sewaktu diamanahkan untuk membawa jemaah haji ke Mekah Al-Mukarramah. Pelbagai ragam dan peristiwa menarik dikongsikan kepada para peserta untuk dijadikan pengajaran di masa akan datang. Beliau juga menyatakan harapannya agar peserta kursus terus bersemangat serta jangan pernah berhenti menuntut ilmu.

Seusai majlis perasmian, kursus dimulakan dengan sesi pembelajaran berkaitan ibadah umrah dan haji yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Haji Zulkefli bin Salleh. Beliau merupakan Ketua Imam
Masjid Ar-Rahah, Kuala Lumpur dan seorang mutawwif yang berpengalaman.

Kursus ini berterusan sehingga pelaksanaan praktikal ibadah umrah dan haji. Para peserta lelaki khususnya dibekalkan kain ihram manakala peserta wanita memakai telekung. Pelbagai reaksi menarik dirakamkan sewaktu pelaksanaan praktikal ini. Para peserta juga dibantu fasilitator daripada Cawangan Kompleks Darul Hidayah sepanjang praktikal ini berlangsung.

Harapan Program:
Semoga program ini memberikan manfaat besar dan menjadi inspirasi kepada para mualaf untuk menanam azam serta impian bagi melaksanakan ibadah rukun Islam yang kelima.

Disediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

497469630 1078054457471728 2934641180399494159 n 497839064 1078054437471730 6957539397860468244 n
497981821 1078054514138389 633007135253307003 n 497645967 1078054384138402 2697181705753889892 n
497957527 1078054557471718 458075638397361845 n 496130662 1078054344138406 4184218847523820357 n

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 

avatar
Ustazah Wi @ JAWI Chatbot
avatar
welcome-avatar السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
avatar
Selamat datang ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
avatar
Salam perkenalan, saya Ustazah Wi, pembantu maya anda.
avatar
Boleh kongsikan nama tuan/puan?
avatar