05:57
Subuh
07:34
Dhuha
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:30
Maghrib
20:45
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

 | 

Arkib Berita

LATIHAN KHIDMAT NASIHAT DAN PSIKOSPIRITUAL PETUGAS KHIDMAT NASIHAT PESAKIT TAHUN 2025

497645967 1078054384138402 2697181705753889892 n

12 JUN 2025M | 15 ZULHIJAH 1446H (KHAM IS) -  Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah (BPD) telah melaksanakan Latihan Khidmat Nasihat dan Psikospiritual kepada Petugas Khidmat Nasihat Pesakit Tahun 2025. Latihan yang berlangsung di Masjid Al-Sultan Abdullah, Menara 118 Kuala Lumpur ini dihadiri oleh 25 orang peserta.

Salah satu fungsi JAWI adalah menjalankan khidmat nasihat pesakit khususnya di Hospital Tuanku Azizah (HTA) bagi kes isu kelahiran tanpa nikah. Objektif program adalah sebagai melengkapkan para petugas dengan persediaan dan menerapkan kemahiran psikospiritual dalam mendepani kes-kes yang dirujuk. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang terbaik.” (Surah an-Nahl: 125)

Pengisian latihan yang tertumpu kepada Kaunseling Syarie’ Dan Prosedur Pendaftaran Dan Pengesahan Perkahwinan Serta Isu Perkahwinan telah disampaikan oleh Puan Siti Hajar binti Roslan, Ketua Unit Luar Negara, Cawangan Nikah, Cerai & Ruju' (NCR), Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Keluarga, JAWI. Slot yang memberi penekanan kepada prosedur rasmi dalam pendaftaran perkahwinan serta isu perkahwinan yang lazim timbul dalam kes kelahiran tanpa nikah. Sesi ini turut menyentuh tentang hak dan tanggungjawab dari sudut undang-undang dan syarak.

Peserta kemudiannya didedahkan dengan Implikasi dan Solusi Kelahiran Tanpa Nikah dan Rujukan Kes serta Psikospiritual Kepada Para Petugas Khidmat Nasihat oleh Tuan Mohamad Shahidan bin Abdul Ghapar Ketua Penolong Pengarah (LS12), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Peserta turut melalui latihan simulasi berkaitan kes bertujuan untuk meningkatkan kefahaman para peserta terhadap peranan petugas khidmat nasihat.
Semoga dengan aktiviti ini dapat memperkasakan pengendalian kes khidmat nasihat oleh pihak JAWI dan seterusnya dapat membantu pihak hospital terlibat dan pesakit dalam menyelesaikan kes yang dirujuk di masa hadapan.

Disediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

497469630 1078054457471728 2934641180399494159 n 497839064 1078054437471730 6957539397860468244 n
497981821 1078054514138389 633007135253307003 n 497645967 1078054384138402 2697181705753889892 n
497957527 1078054557471718 458075638397361845 n 496130662 1078054344138406 4184218847523820357 n

 

Disediakan oleh:

 

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 

avatar
Ustazah Wi @ JAWI Chatbot
avatar
welcome-avatar السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
avatar
Selamat datang ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
avatar
Salam perkenalan, saya Ustazah Wi, pembantu maya anda.
avatar
Boleh kongsikan nama tuan/puan?
avatar