ZIARAH DAKWAH MESRA KOMUNITI PROGRAM SANTAI BELIA -ANAK MUDA ASET UMMAH TAHUN 2025
28 MEI 2025M | 30 ZULKAEDAH 1446H (RABU) - Bahagian Pengurusam Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Kolej Universiti Antarabangsa (UCMI) MAIWP telah menganjurkan Program Dakwah Mesra Komuniti bertemakan Santai Belia: Anak Muda Aset Ummah. Program dikhususkan kepada mahasiswa UCMI ini diadakan di Dewan Jabir Ibnu Hayyan UCMI. Matlamat program ini adalah untuk memperkasa kefahaman para belia berkaitan tuntutan agama, prinsip-prinsip moral dan etika Islam.
Program dimulakan dengan sesi forum bertajuk: "Memupuk Qawwam & Qana'ah" yang dikendalikan oleh Da'i Ahmad Fuad bin Mohamad Mokhtar selaku moderator, manakala ahli panel terdiri daripada PU Mohamad Amirul Amin Maula LokmanHakim dan Ustazah Asmak binti Husin. Slot yang lebih memfokuskan kepada motivasi dan kesedaran anak muda agar lebih bertanggungjawab sebagai mahasiswa, belia dan sebagai sebahagian daripada anggota masyarakat serta aset negara juga pemimpin masa depan.
Para peserta kemudiannya didedahkan dengan situasi dan cabaran semasa yang berlaku dalam negara khususnya di isu-isu yang melanda para belia berpendidikan melalui perkongsian pada sesi kedua yang disampaikan oleh Supt. Mohamad Azrie bin Abdul Aziz, Cawangan Khas, Bukit Aman melalui topik: "Realiti Gejala Sosial Dalam Kalangan Pelajar IPT".
Majlis seterusnya diteruskan dengan perasmian penutup yang telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Kamaldin bin Mohd Damin, Timbalan Pengarah Operasi, JAWI. Majlis tutur dihadiri oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Nurul Aliah binti Mustafa, Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP dan Ustazah Suraiti binti Alias, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI.
Disediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Disediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan