05:46
Imsak
05:56
Subuh
13:14
Zohor
16:29
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Aktiviti Puspanita Tahun 2017

MAJLIS MAHABBAH AIDILFITRI PUSPANITA JAWI BERSAMA SAUDARA BARU
 

1c

20 Julai 2017 / 26 Syawal 1438H - PUSPANITA JAWI Bersama Saudara Baru, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah mengadakan Majlis Mahabbah Aidilfitri bertempat di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur.Majlis ini dilaksanakan bertujuan mewujudkan tautan ukhuwwah dan mahabbah bersama Saudara Baru dalam meraikan hari kebesaran Islam. Di samping memperlihatkan keindahan konsep persaudaraan dalam Islam tanpa adanya diskriminasi dari segi kepelbagaian kaum dan bangsa serta kepercayaan dan adat setempat.

Majlis ini juga telah dihadiri oleh ahli keluarga mereka yang masih belum memeluk agama Islam, Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) Muallaf dan warga Jabatan.Majlis ini juga dapat mewujudkan ukhwah yang baik dan harmoni dalam menyemarakkan lagi matlamat dakwah melalui pendekatan dakwah bil hal. Salah satu method dakwah untuk mendekati golongan asnaf mualaf dengan lebih dekat.

Majlis ini mensasarkan seramai 1200 orang saudara baru, ahli keluarga saudara baru yang belum memeluk Islam dan NGO-NGO Muallaf dari Wilayah Persekutuan khususnya dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang terdiri daripada pelbagai latar belakang bangsa, keturunan, bahasa dan budaya.  Kebanyakan saudara baru yang hadir ke program ini adalah warganegara Malaysia berbangsa Cina, India, Iban, Kadazan, Orang Asli dan Bidayuh.  Manakala saudara baru bukan warganegara pula terdiri daripada warganegara Filipina, Indonesia, Thailand dan Afrika.

Majlis ini juga telah diserikan dengan kehadiran YBhg Datin Seri Fatmawati binti Haji Saidin, isteri YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri bersama Puan Hajjah Ruslina binti Yusoff selaku Pengerusi PUSPANITA JAWI, Tuan Haji Abdul Aziz bin Jusoh, Pengarah JAWI dan dan tetamu-tetamu Jabatan untuk mengeratkan hubungan silatulrahim bersama muallaf, keluarga muallaf dan warga Jabatan. YBhg Datin Seri Fatmawati binti Haji Saidin turut menyampaikan hadiah kepada pemenang Booth Awesome Aidilfitri, saguhati penyertaan kepada NGO Muallaf dan sumbangan duit hari raya kepada anak-anak muallaf.  Beliau juga turut menyampaikan rasa gembira dan bersyukur serta berterima kasih kepada JAWI yang menganjurkan program ini kepada muallaf dan mengharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang supaya muallaf tidak merasa terpinggir dan dihargai.

1a  1b 
 1e  1d
 1f  1g
1i 1h

Cetak   Emel