05:46
Imsak
05:56
Subuh
07:09
Syuruk
13:21
Zohor
16:46
Asar
19:30
Maghrib
20:45
Isyak

 

1554649876108 1 maklumbalas hubungi peta

Suara Anda dan Maklumbalas Bagi Tahun 2015

Bil  Pengguna  Pendapat/Pertanyaan/Penghargaan  Maklumbalas 
 1.  Norazreena Jamaluddin  Saya ingin bertanya bagaimanakah ingin mendapatkan kaunseling @ rundingan oleh Pihak JAWI dalam masalah rumahtangga?

Adakah kami perlu membuat temujanji @ mengisi apa-apa borang bagi tujuan tersebut?

Sekian, terima kasih   

 Untuk makluman tuan, permohonan rundingcara boleh dibuat dengan cara-cara berikut:-
  1. Hadir ke kaunter Unit Rundingcara, Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga,
    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan atau Pusat Khidmat Keluarga Sosial dan Komuniti (PKKSK) UTC Pudu Sentral dan UTC Keramat.
  2.  Mengisi Borang Permohonan Rundingcara Dokumen-dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:-
    a. Salinan kad pengenalan pemohon; 
    Rundingcara semasa (khidmat nasihat dan pandangan)
    1. Surat pengesahan tempat tinggal (jika Kad Pengenalan beralamat di luar Wilayah Persekutuan);dan
    2. Salinan Surat Perakuan Nikah atau Surat Perakuan Ruju’.

Jenis rundingcara yang dijalankan di JAWI: Terdapat dua (2) jenis rundingcara yang dijalankan di JAWI iaitu:

i. Rundingcara semasa (khidmat nasihat dan pandangan) disediakan kepada pasangan suami
isteri yang tinggal di dalam atau luar Wilayah Persekutuan.

  - Mengisi Borang Khidmat Nasihat atau Pandangan (UPPK 2) .

  - Khidmat nasihat dan pandangan akan diberikan pada hari yang sama.

     ii.  Rundingcara secara berfail

             - Rundingcara secara berfail disediakan kepada pasangan suami isteri yang              tinggal atau bermastautin di Wilayah Persekutuan sahaja. 

             - Mengisi Borang Permohonan Rundingcara (UPPK 1).

             - Sesi rundingcara akan dijalankan dalam tempoh dua minggu dari tarikh      
         aduan dibuat.

             - Pasangan hendaklah hadir pada tarikh dan waktu yang ditetapkan.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga JAWI ditalian 03-22749333 samb. 3305

Sekian, terima kasih

 

2. 

 

 Zieta Jaafar

 

Assalamualaikum,

Tujuan saya menghantar email ini adalah untuk menyatakan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak yang telah membuka ruang kepada anak lelaki saya, Putra Adrian Haziq untuk bersekolah di salah sebuah Sekolah Rendah Agama di Cheras iaitu Sekolah Rendah Agama Al Mukhlisin, Alam Damai. Saya telah 
difahamkan bahawa sesi pembelajaran waktu 
pagi untuk darjah satu tidak mendapat sebarang permohonan di sekolah berkenaan. Saya telah membuat rayuan pada awalnya kepada JAWI utk memasukkan anak saya ke sekolah rendah agama Al Mubarakkah 
akan tetapi surat pemberitahuan telah saya terima mengatakan status tidak berjaya. 
Alhamdulillah dan syukur di atas usaha dan integriti pihak sekolah rendah agama Al Mukhlisin membenarkan anak saya belajar di sana walaupun jumlah pelajar sesi pagi darjah satu tidak begitu ramai buat masa ini.Saya amat berterima kasih 
yang tidak terhingga kepada 
mereka yang telah membantu dan memberi penerangan semenjak dari awal semasa  saya membuat panggilan beberapa kali, melayan pertanyaan yang  bermacam, memberi maklumat untuk tujuan pendaftaran dan sehingga
anak 
saya telah pun berjaya dan selamat memulakan persekolahannya kelmarin. Saya tidak pasti samada saya menulis di ruangan yang betul akan tetapi pihak JAWItelah pun mengambil pekerja serta guru-guru yang sememang nya layak menerima pujian serta telah melaksanakan tugasan mereka dengan amanah dan saksama.

Semoga maju jaya dunia dan akhirat. In sha Allah

 

 

 

Puan,

Pihak kami mengucapkan tahniah kepada puan kerana anak puan telah berjaya
mengikuti kelas tahun 1 sesi pagi di SRA Al- Mukhlisin, Cheras. Pihak kami
akan mengajukan surat penghargaan ini kepada pegawai yang terbabit.

Sokongan padu dari pihak puan sangat dihargai dan diucapkan terima kasih.

Sekian
3.   Nik Asrol Alias  Bagaimanakah prosedure untuk mendaftarkan perkahwinan 10 tahun lepas
yang telah berlangsung di luar Malaysia (Thailand) sedangakan buat masa
sekarang pasangan bekerja di luar negara.
 Terima kasih di atas pertanyaan yang telah dikemukakan. Sekiranya 

pasangan bermastautin di Wilayah Persekutuan, bagi mendaftarkan permohonan
perkahwinan tanpa kebenaran PERLULAH:

  1. Perlu membuat pengesahan pernikahan di Mahkamah Syariah.
  2. Mahkamah akan mengeluarkan surat perintah daftar pernikahan
  3. Bawa dokumen berikut ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan;
    kad pengenalan, dokuman pernikahan di luar Malaysia (Thailand) yang  telah
    disahkan oleh Kementerian Luar di Wisma Putra, surat dari Konsulat, pasport
    perjalanan serta surat akuan nikah isteri sedia ada (sekiranya poligami) atau
    surat perakuan cerai asal sekiranya duda (bercerai).
Pihak Jabatan agama akan mendaftarkan pernikahan tersebut sekiranya dokumen
lengkap.
4.  Mohd Hafiez Mansor  

Assalamualaikum

Saya telah menjalani kursus Pra-perkahwinan di Wani Persona Wangsa Maju pada
tahun 2010. Adakah boleh saya mendapatkan salinan sijil pra perkahwinan saya
di JAWI memandangkan pejabat itu telah ditutup?
 

Waalaikumsalam

Terima kasih diatas pertanyaan yang telah dikemukakan. Tuan boleh mendapatkan
salinan sijil pra perkahwinan tersebut dengan membawa surat akuan sumpah yang
disahkan oleh mana-mana Pesuruhjaya Sumpah yang menyatakan sijil asal tuan
telah hilang.

5.  Fatin Shafri  Bagaimanakah caranya untuk saya mendapatkan kembali surat akuan nikah
yang hilang.
 

Bagi pasangan yang kehilangan Surat Perakuan Nikah yang dikeluarkan oleh JAWI
dan ingin mendapatkan Surat Perakuan Nikah yang baru hendaklah melengkapkan
borang permohonan salinan Surat Perakuan Nikah berserta dokumen-dokumen berikut :
     i. Salinan Kad Pengenalan pemohon;
     ii. Salinan Surat Perakuan Nikah ( jika ada );
    iii. Surat Akuan Sumpah daripada   Pesuruhjaya Sumpah beragama Islam yang   
        menyatakan Surat Perakuan Nikah hilang dalam simpanan atau rosak; dan
    iv. Bayaran RM 10.00 untuk satu sijil

     
Nota: Satu permohonan untuk satu Surat Perakuan Nikah sahaja. Sekiranya pasangan tersebut ingin mendapat   kedua-dua Surat Perakuan Nikah (suami dan isteri), maka hendaklah membuat dua permohonan.

6.  Nur Syamimi  

Assalamualaikum.

Ingin bertanya tentang ujian HIV untuk nikah. Perlukah membawa apa-apa dokumen
atau surat ketika pergi menjalani ujian tersebut.
 

Waalaikumsalam

Terima kasih diatas pertanyaan yang dikemukakan. Cik boleh mendapatkan borang
persetujuan menjalani ujian saringan HIV di klinik yang terpilih dan sebaik-baiknya cik
“download” borang tersebut di laman sesawang

JAWI http;//www.jawi.gov.my/my/perkahwinan/borang-perkahwinan
7.  Ahmad Khairul Ariffin  

Assalamualaikum

Tuan, Saya mempunyai seorang rakan yang berminat dengan Islam dan
telah menyatakan hasratnya untuk memeluk agama Islam.  Bagaimanakah
caranya untuk saya membantu beliau?
 

Waalaikumsalam

Sekiranya beliau berada di Wilayah Persekutuan, Tuan boleh membawa beliau untuk
memeluk agama Islam di;

  1. Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Cawangan Saudara Muslim
  2. mana-mana cawangan PERKIM, ABIM Outreach,
  3. mana-mana masjid berdekatan dan diislamkan oleh pegawai masjid berkenaan
    dan pegawai berkenaan perlu mengeluarkan surat pengesahan yang menyatakan
    beliau telah mengislamkan beliau.

Seterusnya sahabat tuan perlu hadir ke JAWI sendiri untuk mendaftar
pengislaman 
beliau berserta dua keping gambar dan Kad Pengenalan / Passport berserta,surat yang telah dikeluarkan oleh pegawai masjid atau borang pendaftaran PengIslaman, pihak kami akan mengeluarkan Kad Akuan Masuk Islam kepada beliau.

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com