06:01
Imsak
06:11
Subuh
13:24
Zohor
16:30
Asar
19:26
Maghrib
20:35
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

PERUTUSAN PENGARAH JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

Image
Image

PERUTUSAN PENGARAH JAWI

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW, ahli keluarga dan para sahabat Baginda sekalian.

Terlebih dahulu saya mewakili seluruh warga kerja Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi melayari laman sesawang rasmi jabatan ini.

Dalam merentasi perkembangan arus globalisasi dan dunia tanpa sempadan, JAWI selaku agensi agama peringkat Wilayah Persekutuan turut mengorak langkah memanfaatkan laman sesawang ini sebagai saluran interaktif dalam menyampaikan maklumat kepada orang ramai.

Selain memaparkan maklumat-maklumat berkaitan JAWI, laman sesawang ini juga turut diintegrasikan dengan beberapa komponen media sosial rasmi jabatan ini seperti Facebook: (https://www.facebook.com/JAWIWP/), Instagram:  (https://www.instagram.com/jawi_kl/), Twitter: (https://twitter.com/myJAWIKL), Youtube:  (https://www.youtube.com/user/myJAWIKL/)  dan Flickr:   (https://www.flickr.com/photos/myjawikl).

Diharapkan agar maklumat yang dipaparkan dapat memberi gambaran sebenar kepada masyarakat mengenai fungsi, peranan dan tanggungjawab serta usaha–usaha JAWI dalam memartabatkan pengurusan hal ehwal Islam di negara ini khususnya di Wilayah Persekutuan.

Akhir kata, terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam merealisasikan penerbitan laman sesawang ini dan saya secara peribadi amat mengalu-alukan sebarang pandangan serta cadangan bagi menambahbaik laman sesawang ini. 

Sekian, terima kasih.

Tuan Haji Mohd Ajib Bin Ismail

Pengarah

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel