Sejarah Penubuhan

Sejarah Penubuhan

Latar Belakang

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) ditubuhkan pada peringkat awalnya dengan nama Urusetia Majlis dengan tujuan untuk melancarkan perjalanan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Ia diwujudkan pada 1 Februari 1974.

Urusetia Majlis pada ketika itu hanya terdiri dari beberapa orang pegawai sahaja, mereka terdiri daripada:

1
Mufti Wilayah Persekutuan
4
Dua (2) Orang Kadi
7
Pegawai Pendakwa & Penguatkuasa
2
Kadi Besar Wilayah Persekutuan
5
Pegawai Tadbir Masjid
3
Ketua Penolong Setiausaha
6
2 Orang Pegawai Zakat & baitulmal

Apabila Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) ditubuhkan pada tahun 1978, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah diletakkan di bawah Kementerian ini. Walaubagaimanapun, pada tahun 1987 Kementerian ini telah dimansuhkan. Maka, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah diletakkan pula di bawah pentadbiran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sehingga kini. Pada peringkat awal operasi, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) hanya terdiri daripada beberapa unit kecil sahaja iaitu :-

1
Unit Pentadbiran
3
Unit Penguatkuasa & Pendakwaaan
5
Unit Zakat & Baitulmal
2
Unit Pengurusan Masjid
4
Unit Pentadbiran Nikah , Cerai dan Ruju`
6
Unit Fatwa

Sejak awal penubuhannya, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) tidak pernah menoleh ke belakang malah terus berkembang hingga ke hari ini dengan kewujudan 2 cawangan iaitu Cawangan Labuan diwujudkan pada 16 April 1984 manakala Cawangan Putrajaya pula diwujudkan pada 1 Ogos 2001. Kini, peranan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah diperluaskan kepada beberapa bidang antaranya :

1
Penyelidikan
3
Menjalankan aktiviti dakwah dan kebajikan
5
Pengurusan zakat , wakaf dan Baitulmal
7
Pentadbiran Undang-undang Keluarga yang lebih sistematik
9
Penyelidikan fatwa
2
Memberi pendidikan serta keperluan guru yang mencukupi untuk mendidik anak-anak masyarakat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan
4
Pengurusan saudara baru yang lebih konsisten
6
Penguatkuasaan & Pendakwaan serta memberi kaunseling kepada pasangan bermasalah
8
Menerbit dan mengedarkan majalah berkaitan dengan aktiviti-aktiviti JAWI dan kitab-kitab agama

Walau bagaimanapun pada 1 November 2016, Bahagian Pendakwaan telah ditubuhkan sebagai Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan dan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.