05:47
Imsak
05:57
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 
  • BICARA MUFTI MASJID ZON 2 SIRI 7/2017 @ MASJID BILAL BIN RABAH

     

    WhatsApp Image 2017-09-14 at 9.07.06 AM

    12 September 2017 / 21 Zulhijjah 1438H (SELASA) – Masjid Bilal Bin Rabah dengan kerjasama Pusat Zon 2 JAWI telah mengadakan Program Bicara Mufti sempena jelajah mufti ke masjid zon 2 bagi tahun 2017 ini bermula selepas solat maghrib yang bertempat di dewan solat utama Masjid Bilal Bin Rabah Taman Koperasi Polis Fasa 1, Kuala Lumpur.

    Bicara Mufti telah berjaya menarik minat seramai 500 anak jemaah dan penduduk sekitar Kuala Lumpur untuk hadir pada majlis tersebut. SS Datuk Mufti dalam ceramah beliau telah menyeru kepada anak jemaah supaya meningkatkan ilmu pengetahuan melalui pembacaan serta menghadiri majlis-majlis ilmu. SS Datuk juga memberi pandangan supaya jawatankuasa masjid menyediakan satu slot ceramah khusus mengenai permasalahan yang sering dihadapi anak jemaah supaya dapat ditangani dengan segera.

    Majlis diakhiri dengan sedikit jamuan makan malam untuk meraikan tetamu yang hadir dan majlis bersurai.

     

    WhatsApp Image 2017-09-14 at 10.41.33 AM WhatsApp Image 2017-09-14 at 9.07.06 AM 2
    WhatsApp Image 2017-09-14 at 9.07.06 AM 4  WhatsApp Image 2017-09-14 at 9.07.06 AM 3 
       


    Disediakan oleh
    Pusat Pentadbiran Zon 2 JAWI,
    Bahagian Pengurusan Masjid,
    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

     

  • Program Mini Karnival Ma’al Hijrah 1439H @MAJAH

    KARNIVAL1

     

     

    22 September 2017 / 2 Muharram 1439H, ( Sabtu ) - Masjid Jamek Abdullah Hukum (MAJAH) KL Eco City , Kuala Lumpur dengan kolaborasi bersama Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq telah menganjurkan Program Mini Karnival Ma’al Hijrah 1439H.

     

    Antara permainan yang dipertandingkan ialah pertandingan mewarna, sepakraga bulatan berpasukan, memanah berpasukan, ping-pong berpasukan dan perlawanan sepakan penalti. Wanita juga tidak ketinggalan bersama dalam program ini dengan menganjurkan pertandingan menggayakan fesyen tudung dan solekan.

     

     

    Pertandingan ini disertai oleh wakil dari setiap surau jumaat serta surau dibawah kelolaan Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq serta Masjid Jamek Abdullah Hukum. Mini Karnival ini Alhamdulillah mendapat sambutan luar jangkaan. Perasmian penutup disempurnakan oleh YBhg Ustaz Yusof Bin Mamat, TImbalan Pengarah Operasi mewakili Pengarah JAWI. Acara ini diadakan secara tahunan. Untuk tahun ini, johan keseluruhan pertandingan pada tahun 1439H ini dimenangi oleh Surau Tarbiyah Islamiah Putra Ria. 

     

    KARNIVAL2  KARNIVAL3 
     KARNIVAL4  KARNIVAL5

     

    Disediakan oleh,

    Masjid Jamek Abdullah Hukum, KL Eco City

    Bangsar, Kuala Lumpur

  • AWAL MUHARAM 1439H DISAMBUT MERIAH DI ZON 2

     

    WhatsApp Image 2017-09-25 at 9.26.21 AM

     

    21 September  2017 (Khamis) – Masjid-masjid di bawah Zon 2 dengan kerjasama Pejabat Pentadbiran Masjid dan Surau Zon 2 JAWI telah mengadakan Program Sambutan Maal Hijrah 1439H yang diadakan serentak di masjid masing-masing.

    Antara program yang dijalankan selepas solat maghrib ini ialah bacaan yasin secara berjemaah, ceramah perdana dan forum perdana. Sekitar 3,500 orang anak jemaah yang hadir untuk sama-sama menjayakan program tersebut di masjid-masjid di bawah Zon 2.

    Dengan adanya program seperti ini dapat melahirkan kesatuan ummah disamping dapat menyemarakkan lagi pengimarahan di masjid-masjid Zon 2 JAWI. Program berakhir dengan jamuan makan malam yang telah disediakan oleh pihak masjid.

     

    WhatsApp Image 2017-09-25 at 9.26.44 AM WhatsApp Image 2017-09-25 at 9.26.44 AM 1
    WhatsApp Image 2017-09-25 at 9.26.44 AM 2 WhatsApp Image 2017-09-25 at 9.26.44 AM 3
       


    Teks dan Foto Disediakan oleh:

    Pejabat Pentadbiran Masjid & Surau

    Pusat Zon 2, Bahagian Pengurusan Masjid

    JAWI

     

     

  • Forum Perdana Ma’al Hijrah Bersama Selebriti

    HIJRAHECO1

    22 September 2017 / 2 Muharram 1439H , ( Jumaat ) - Masjid Jamek Abdullah Hukum KL Eco City , Kuala Lumpur dengan kolaborasi bersama Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq telah menganjurkan program Forum Perdana Ma’al Hijrah 1439H. Forum ini dikemudi oleh moderator artis terkenal iaitu Cik Heliza Helmi. Manakala panelis bagi forum ini ialah Ustaz Datuk Dr. Mohd Izhar Ariff serta seorang lagi panelis yang tidak asing lagi iaitu Ustaz Syed Abdul Qodir Al-Joofre.

     

    Alhamdulillah forum ini mendapat sambutan diluar jangkaan para hadirin. Dianggarkan seramai 800 hadirin membanjiri dewan solat utama Masjid Jamek Abdullah Hukum. Undangan artis sebagai panelis dan moderator bukan sahaja menarik minat hadirin untuk hadir , malah penyempaian menepati kehendak jemaah yang hadir. Bermula dengan kisah hijrah Nabi Muhammad S.A.W , kemudian disertai dengan kata-kata semangat dan perangsang untuk menjadikan hijrah sebagai satu amalan. Intipati utama dari forum ini ialah perlunya kesatuan ummat islam dalam segala aspek seperti perniagaan dan urusan beragama.

     

     

    Program berakhir pada jam 10.00 malam dengan solat isyak berjamaah serta jamuan makan. Program diteruskan dengan Qiyamulail yang dipimpin oleh Ustaz Mohd Haikal serta Kuliah Subuh Perdana yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Shahrizan Daud At-Turabi. Majlis berakhir pada jam 7.00 pagi.

     

     

    MASJIDECO2  MASJIDECO3 
     MASJIDECO4  MASJIDECO5

     

     

    Disediakan oleh :

     

    Masjid Jamek Abdullah Hukum , KL Eco City
    Bangsar , Kuala Lumpur

  • Malam Minggu In D’Houze..!!!

    MM1

    24 September 2017(Ahad) -  Masjid Jamek Al-Khadijiah telah menganjurkan Slot Malam Minggu In D’Houze yang telah menampilkan Pencetus Ummah Zul. Program yang dianjurkan sempena Menyambut Maal Hijrah 1439 telah dihadiri hampir 300 anak kariah yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur. Pengisian selama 1 jam setengah ini telah banyak memberi kesan kepada anak kariah hasil perkongsian yang telah disampaikan oleh PU Zul begitu memuaskan hati anak kariah. Malam Minggu In D’Houze merupakan program yang dilaksanakan setiap bulan di Masjid Jamek Al-Khadijiah.

     

    MM3  MM2 

     

    Disediakan oleh :

    Pentadbiran,

    Masjid Jamek Al-Khadijiah,

    Pantai Dalam Kuala Lumpur.

  • "Medley Hijrah 1439"

    MEDLEY1

     

    22 September 2017 (Jumaat) – Bersempena dengan Maal Hijrah 1439, Masjid Ar-Rahah (MAR) Bangsar South menganjurkan Program Medley Hijrah yang menggabungkan 5 Naqib Masjid Zon 6 sekitar Lembah Pantai. Di antara Naqib yang terlibat ialah Mohammad Akmal (Naqib Masjid Ar-Rahah), Mohd Shahril Abd Samat(Naqib Masjid Jamek Al-Khadijiah), Datu Mohd Sallehin (Naqib Masjid Al-Ikhlasiah), Imam Firdaus Rosli (Naqib Masjid Ar-Rahman) dan Mohd Radhi (Naqib Masjid Muhammadi).

     

    Para naqib menyampaikan tazkirah dengan pelbagai metode seperti nasyid, sajak, tarannum, pantun dan paluan alat-alat muzik. Dianggarkan seramai 250 hadirin yang hadir dalam program ini. Program yang julung-julung kali diadakan ini mendapat respon positif daripada pengunjung dan netizen. Persembahan dirakam secara Facebook Live dan dapat ditonton di pautan berikut :

    https://www.facebook.com/372409416508672/videos/385603715189242/?fref=mentions

     

     

    MEDLEY2   MEDLEY3

     

     

    Disediakan oleh :

    Pentadbiran Masjid Ar-Rahah (MAR),

    Bangsar South, Kuala Lumpur.

  • Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Surau-Surau Putrajaya 1439h / 2017m

    IMG-20170924-WA0013

     

    Sabtu, 23 September 2017M / 2 Muharam 1439H -JAWI Cawangan Putrajaya dengan kerjasama barisan Jawatankuasa Surau Mahmoodiah Presint 18 Putrajaya telah mengadakanMajlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Surau-surau Putrajaya bertempat di SurauMahmoodiah, Jalan P18C Presint 18 Putrajaya.

    Majlis yang bertemakan “Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara” ini diserikan dengan perarakan yang disertai 14 kontinjen surau-surau Jumaat dan 1 kontinjen mewakili Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Putrajaya yang menobatkan kontinjen Surau Al-Munawwarah Presint 5 selaku kontinjen terbaik. Tempat kedua disandang oleh kontinjen Surau Putra Al-Amin Presint 8 manakala kontinjen Surau Al-Mizan meraih tempat ketiga.  

    Majlis turut dimeriahkan dengan slot Sembang Santai Kedai Kopi (Hijrah)bersama 2 selebriti yang dikenali ramai iaitu PU Razi dan Zul Yahya yang berkesempatan berkongsi ilmu serta pengalaman hidup berkaitan hijrah serta beramah mesra bersama tetamu yang hadir.

    Ucapan alu-aluan  disampaikan oleh YBrs. Tuan Haji Abdul Aziz bin Jusoh, Pengarah  JAWImanakala ucapan perasmian disempurnakan oleh YB Datuk Seri Utama Tengku Adnan bin Tengku Mansor, Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya.Turut hadir dalam majlis ini ialah Tuan Haji Hazarudin bin Haji Baharudin, Ketua Penolong Pengarah Kanan JAWI Cawangan Putrajaya dan YBhg. Datuk Nordin bin Hassan, Pengerusi Persatuan Penduduk Putrajaya .

    IMG-20170924-WA0028 IMG-20170925-WA0013
    IMG-20170925-WA0016 IMG-20170925-WA0018

    Disediakan oleh :

    JAWI Cawangan Putrajaya

  • Kursus Profesionalisme Imam 1439H / 2017M

     
    IMG-20171015-WA0014

     

    14 &15 Oktober 2017M / 24 dan 25 Muharam 1439H (Sabtu dan Ahad) - Aspek profesionalisme dalam pengurusan merupakan elemen yang memainkan peranan yang sangat penting dalam melancarkan segala urusan dalam pelbagai bidang tugas. Bagi memastikan aspek ini tercapai, penghayatan terhadap ilmu dan kemahiran amat diperlukan.  Selaras dengan matlamat yang ingin dicapai, Unit Pengurusan Masjid, JAWI Cawangan Putrajaya dengan kerjasama pihak Surau Al-Muhajirin, Presint 9 Putrajaya  menganjurkan Kursus Profesionalisme Imam 1439H / 2017M yang bertempat di Surau Al-Muhajirin Presint 9, Putrajaya

    Kursus selama 2 hari yang dihadiri oleh 72 peserta yang terdiri daripada para imam bagi surau-surau sekitar Wilayah Persekutuan Putrajaya ini ternyata mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan. Kursus ini bertujuan untuk memantapkan dan meningkatkan kualiti  para imam serta peranannya yang sebenar dalam masyarakat diikuti kepentingan profesionalisme serta akhlak yang baik dalam melancarkan urusan aktiviti dan pengimarahan surau-surau di Wilayah Persekutuan Putrajaya.

    Pelbagai slot menarik menjadi pengisian dalam kursus kali ini.  Antara yang menarik perhatian para peserta ialah slot  teori dan praktikal  yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Hasim Bin Harun dari IPG Kampus Pendidikan Islam, Bangi  mengenai  peranan para imam di mata masyarakat dan teknik penyampaian khutbah berkesan serta teknik kawalan dan lontaran suara. Slot-slot pada hari kedua kursus berkenaan Kesalahan-kesalahan Bacaan dan Pengijazahan Sanad Al-Fatihah yang dikendalikan oleh Al-Fadhil Ustaz Muhammad Taha Bin Hassan. turut menjadi pengisian dalam kursus ini. 

    Ucapan alu-aluan  disampaikan oleh Tuan Haji Azmi Bin Mohammad, Pengerusi Surau Al-Muhajirin Presint 9, Putrajaya manakala ucapan perasmian penutup disampaikan oleh Tuan Haji Abdul Aziz bin Jusoh Pengarah JAWI.

     

    IMG-20171015-WA0002 IMG-20171015-WA0005
    IMG-20171015-WA0006 DSC 1408
       
       


    Disediakan Oleh:

    JAWI Cawangan Putrajaya,
    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

     

  • Pengajian Kitab Perdana : "Misbahud Duja Syarah Kitab Safinah An-Naja"

    dujajwall

     

    18 Oktober 2017, Rabu : Masjid Al-Hidayah Kg Sg Penchala Kuala Lumpur telah menganjurkan Pengajian Kitab Perdana : "Misbahud Duja Syarah Kitab Safinah An-Naja" Kitab Fiqh Mazhab Syafi'iyyah. Program yang dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Muhammad Hazri Hashim Al-Bindany ini bermula dari jam 8.00am dengan pendaftaran peserta dan ditangguhkan menjelang masuk waktu solat fardhu Asar jam 4.17 petang.

    Telah menjadi tradisi Masjid Al-Hidayah menganjurkan pengajian kitab turath (daurah talaqqi kitab) seperti di pondok-pondok pengajian ilmu-ilmu Islam pada hari Cuti Umum yang jatuh pada hari bekerja. Dengan tujuan untuk memberi ruang dan peluang kepada masyarakat untuk mempelajari ilmu fardhu ain secara talaqqi dengan guru yang diperakui ilmunya.

    Penganjuran pengajian kitab ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran peserta yang berdaftar lebih 200 orang lebih. Peserta terdiri daripada ahli kariah Sungai Penchala, sekitar Lembah Klang, mahasiswa universiti dan juga jemaah dari luar Kuala Lumpur seperti Perak, Selangor, Negeri Sembilan & Melaka.

    Untuk kali ini, pengajian kitab Misbahud Duja cuma sempat membaca 1/3 kitab, merangkumi bahagian pertama : Rukun Islam, & bahagian kedua : Rukun Iman. In Syaa Allah, program Pengajian Kitab Perdana : Misbahud Duja Siri II
    akan dianjurkan pada awal tahun 2018.

    Al-Hamdulillah, program berjalan dengan baik dibawah kerjasama ahlijawatankuasa, HELWA, Pegawai dan Kakitangan MAHSPKL.

     

     dujaj111  dujaj11
     dujaj21  dujaj1
     dujaj2  dujaj4

     

    Disediakan oleh :
    PEJABAT PENTADBIRAN MAHSPKL
    Kg.Sg. Penchala Kuala Lumpur
    Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 6 JAWI

     

  • Manfaatkan Cuti Dengan Kursus Umrah

     

    umrah2

     

    21 Oktober 2017 (Sabtu) - Masjid Ar-Rahah dengan kerjasama Imtiyaz Travel & Tour telah menganjurkan Kursus Umrah Mabrurah. Seramai 77 peserta telah menghadiri kursus ini.

    Sesi teori & simulasi telah dijalankan oleh para pegawai daripada Imtiyaz Travel & Tour. Kursus bermula seawal 9 pagi ini tamat pada jam 2 petang. Melalui kursus ini para peserta telah dibekalkan dengan teori dan praktikal berkaitan ibadah umrah bagi memudahkan para peserta melaksanakan ibadah berkenaan di Tanah Suci.

  • Seminar Keluarga Mawaddah Siri 2/2017

    Kluarga IMG 0191

    21 Oktober 2017 (Sabtu) – Bahagian Perkahwinan Dan Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Masjid Al-Akram Kg. Datuk Keramat, Kuala Lumpur sekali lagi menganjurkan Seminar Keluarga Mawaddah Siri 2/2017 bertempat di Dewan Serbaguna Masjid Al-Akram, Kg. Datuk Keramat.

    Majlis ini diadakan untuk meningkatkan dan mengukuhkan jalinan persefahaman, kepimpinan serta kewibawaan sesebuah institusi keluarga di samping untuk mendidik dan membimbing pasangan dengan memberi pendedahan teknik dan kemahiran suami isteri dalam menguruskan soal-soal rumah tangga.

    Selain itu, seminar ini dianjurkan untuk membantu mengukuhkan institusi keluarga khususnya mengikut landasan agama dan bagi membantu mengurangkan permasalahan rumah tangga perceraian yang dihadapi oleh umat Islam.

    Seminar ini terbahagi kepada tiga slot ceramah bermula dengan ceramah bertajuk ‘Keluarga Mawaddah Keluarga Impian’ yang dimoderator oleh Ustaz Khairul Asyraf bin Ahmad (Pegawai BPPK JAWI) dan penceramahnya ialah Prof. Madya Dr. Mohd Nor Mamat (Perunding dan Motivasi Kekeluargaan). Ceramah kedua pula Ceramah Pengurusan Kewangan Keluarga bertajuk ‘Poket Sihat, Keluarga Sihat’ yang dimoderatorkan oleh Ustazah Mursilalaili binti Mustapa Sa’di (Pegawai BPPK JAWI) dan diceramahkan oleh Cik Noorhaliza binti Abu Bakar (AKPK). Manakala slot ceramah ketiga Forum Kekeluargaan bertajuk ‘Penghayatan Agama Dalam Menangani Isu-Isu Kekeluargaan Masa Kini’ yang dipanelkan oleh Puan Suzana Ghazali (Perunding Psikologi Keluarga & Guaman Syarie) dan Ustaz Abdul Halim bin Zakaria (Pengamal Perubatan Islam).

    Seminar yang dirasmikan oleh YBrs. Dr. Abdul Ghaffar bin Surip, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga JAWI ini turut diserikan dengan persembahan khas oleh Kumpulan Marhaban Muslimah Masjid Al-Akram. Turut hadir, Pengerusi Masjid Al-Akram.

    Kluarga IMG 0087 Kluarga IMG 0180
    Kluarga IMG 0139 Kluarga IMG 0107
    Kluarga IMG 0145 Kluarga IMG 0131
    Kluarga IMG 0160 Kluarga IMG 0174
    Kluarga IMG 0089 Kluarga IMG 0193
    Kluarga IMG 0214 Kluarga IMG 0222

    Foto dan teks oleh:

    Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria

  • Hujung Minggu Bersama Naungan Para Malaikat

     

    muhadir7

     

    27 - 29 Oktober 2017 (Jumaat - Ahad)  - Program Pengajian Akbar Kitab Hidayatus Salikin Fi Suluki Maslakil Muttaqin (Petunjuk Jalan Pada Perjalanan Orang Yang Takut Kepada Allah) telah berjaya dijalankan selama 3 hari 3 malam bermula 27 – 29 Oktober 2017.  Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan kehadiran melebihi 700 orang dalam mendidik jiwa untuk menjadi seorang muslim yang berilmu, beramal dan bertaqwa.

     

    Program yang dianjurkan secara kerjasama di antara Galeri Ilmu dan Masjid Al-Hidayah Kg. Sg. Penchala Kuala Lumpur serta mendapat kerjasama daripada beberapa pihak antaranya Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 6 Bahagian Pengurusan Masjid JAWI, Wakaf An-Nur, Syarif Tea, Sahabatkuliah Bertemu Kerana Ilmu livestreaming, Rabbani Production, Rabbani Lamb House, Restoran Line Clear KL, ABS Catering, Citra Nusantara Catering, kedai Runcit Norhayati, 123 Conner, Salon Az-Zahra dan lain-lain.

     

    Di samping itu, turut memeriahkan lagi Pengajian Akbar dengan pameran-pameran dan jualan-jualan daripada agensi kerajaan dan lain-lain seperti Bank Rakyat, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, PDRM, Kazanah al-Banjari dan sebagainya. Majlis berakhir dengan Pengijazahan Sanad kitab Hidayatus Salikin oleh Syeikh Fahmi Zamzam Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki.

     

     muhadir1  muhadir2
     muhadir3  muhadir4
     muhadir5  muhadir6

     

    Disediakan oleh :

    Masjid Al-Hidayah, Kg. Sungai Penchala, Kuala Lumpur  &

    Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 6, JAWI.

  • Lawatan Jejak Ilmu Johor Bharu , Singapura dan Kepulauaan Riau

     ban 1
     

    24 Oktober 2017 -  Sekolah Rendah Agama(SRA)/Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ) Saidina Uthman Ibnu Affan (SUBA) melalui Bahagian Pelajaran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah mengadakan Lawatan Jejak Ilmu Johor Bharu , Singapura dan Kepulauaan Riau pada 15-18 Okt 2017 / 25-28 Muharam 1439H dimana SRA/ SIRAJ Saidina Uthman Ibnu Affan telah melawat 4 buah sekolah disana iaitu Pusat Pendidikan  Jamiyah Singapura , Sek. Ren. Islam al-Hidayah , Skudai, Sek. Ren.Islam Al Akhyar Johor Bharu dan Sekolah Dasar Muhammadiyah Plus Islamic School  Kota Batam.

    Rombongan seramai 45 orang terdiri daripada dua pegawai JAWI daripada bahagian pelajaran iaitu Penolong  Pengarah Kanan Ustazah Zarliza binti Ramli dan Ustazah Siti Fuziah binti Bachok. Turut serta bersama Pengerusi SRA / SIRAJ  Datuk Haji  Salleh bin Yusop,Tuan Haji  Aminuddin bin Hj Kattan Guru Besar SRA/ SIRAJ SUBA, serta guru-guru lain.

    Lawatan berlangsung selama 4 hari 3 malam  ini  bertujuan untuk berkongsi idea bertukar-tukar pandangan dalam memacu hala tuju kecemerlangan SRA/SIRAJ SUBA agar lebih gemilang lagi dari pelbagai aspek berdasarkan pengurusan pendidikan JAWI (SKPPJ) yang merangkumi kepimpinan dan hala tuju pengurusan organisasi pengurusan kurikulum,  pengurusan hem pengajaran dan pembelajaran (PdP) Dan kemenjadian murid.

    Semoga hasil lawatan ke 4 buah sekolah tersebut sedikit sebanyak dapat membuka minda guru-guru dan seterusnya mengadaptasikannya di SRA/SIRAJ SUBA pada masa akan datang agar lebih baik dari masa ke semasa.

    ban 2 ban 3 
     ban 4  ban 5
     ban 6  ban 7
     
    Disediakan Oleh:
    Bahagian Pelajaran,
    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
  • Kuliah Maghrib Khas Mendamba Syurga Ilahi

     

    tokbad

    3 November 2017M/ 14 Safar 1439H (Jumaat) – Masjid Al-Imam Ash-Shafie (MAIAS),Taman Maluri dengan kerjasama Pusat Pungutan Zakat (PPZ) telah mengadakan Kuliah Maghrib Khas bertempat di Dewan Solat Masjid Al-Imam Ash-Shafie Taman Maluri, Kuala Lumpur.

    Majlis dimulakan dengan  solat maghrib berjemaah kemudian disusuli dengan Kuliah Maghrib Khas bertajuk “Mendamba Syurga Ilahi” yang disampaikan oleh YH Dato’ Badli Shah Alauddin. Dalam kuliah tersebut,penceramah menceritakan mengenai tingkatan dan tahap-tahap syurga yang diciptakan oleh Allah SWT . 400 orang Jemaah yang hadir memeriahkan ceramah ini.

    Hadir sama pada kuliah maghrib khas ini YBhg Datuk Hj Che Mat bin Che Ali (Pengerusi PPZ) Tn Hj Mohamad Nor bin Ibrahim Pengerusi Masjid Al-Imam Ash-Shafie,barisan Jawatankuasa,Pegawai serta kakitangan Masjid Al-Imam Ash-Shafie.

     

    tokbad11 tokbad1
    tokbad2 tokbad3
    tokbad4 tokbad5

     

    Disediakan oleh :

    Pejabat PentadbiranMasjid Al-Imam Ash-Shafie (MAIAS),

    Taman Maluri, Kuala Lumpur

     

  • KEM ANAK SOLEH IBU AYAH 2017 PERINGKAT MASJID TALHAH BIN ‘UBAIDILLAH, KUALA LUMPUR

     

    mtu remaja

     

     

    7 Disember 2017 (Khamis) – Masjid Talhah bin ‘Ubaidillah, Taman Alam Sutera Bukit Jalil Kuala Lumpur telah mengadakan Kem Anak Soleh Ibu Ayah 2017 pada 6-7 Disember 2017 dengan penyertaan seramai 80 orang peserta yang berumur dari 8 – 15 tahun. Kem tersebut dikendalikan oleh Ustaz Mohamad Muhaimin bin Mohamad Zaki, Jurulatih Utama Dakwah, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang dan Ustaz Mohd Ali Yusni Bin Mansor, Guru & Penerima Anugerah Guru Inovasi Peringkat Kebangsaan 2010 SK Haji Abu Bakar, Mukim Lepai, 05350, Alor Setar, Kedah Darul Aman.

    Antara pengisian kem tersebut ialah Modul Fardhu Ain, Modul Pengurusan Ibadah, Al-Quran, Akhlak, Modul Pengurusan Jenazah dan Ceramah Motivasi Perdana Peserta bersama Ibubapa serta beberapa aktiviti latihan dalam kumpulan in-door dan out-door.  

    Majlis penutup disempurnakan oleh Tuan Haji Othman Odanu bin Hamzah, Pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid Talhah bin ‘Ubaidillah dengan penyampaian sijil penyertaan kepada para peserta. 

     

     

    mtu 3 mtu 1
    mtu 4 mtu 2
       


    Disediakan oleh
    Pusat Pentadbiran Zon 5,
    Bahagian Pengurusan Masjid,
    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

     

  • PROGRAM KE MASJID SEMPENA MAULIDUR RASUL 1439H/2017M MASJID TALHAH BIN ‘UBAIDILLAH TAMAN ALAM SUTERA BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR

     

     

    maulid mtu 1

     

    18 Disember 2017 / 28 Rabiul Awal 1439H (Isnin)  Bukit Jalil - Masjid Talhah bin ‘Ubaidillah dengan kerjasama  Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan Sub Zon 8 Parlimen Bandar Tun Razak, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menganjurkan Program ke Masjid Sempena Maulidur Rasul 1439Hpada 17 Disember 2017 (Ahad) dari jam 7.30 pagi hingga 3.00 petang.

    Program bermula dengan perarakan Maulidur yang disertai 8 kontinjen perarakan yang dirasmikan oleh DatukSaharudin Bin Hj Zainal Abidin, Timbalan Ketua Bahagian UMNO Bandar Tun Razak. Kemudian diikuti dengan ceramah perdana yang disampaikan oleh Y.Bhg. Ustaz Dr. Farid Ravi bin Abdullah, Pensyarah KUIS dan Ahli Majlis Agama Islam Negeri Selangor. Program tersebut diserikan dengan program mewarna kanak-kanak, pertandingan sukan rakyat, pertandingan gubahan, menderma darah yang dikendalikan Pusat Darah Negara Kementerian Kesihatan Malaysia.

    Program Jom ke Masjid sempena Maulidur Rasul diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah kepada para peserta yang terlibat menjayakan program tersebut yang disempurnakan oleh Tuan Haji Othman Odanu bin Hamzah, Pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid Talhah bin ‘Ubaidillah. 

     

    maulid mtu 4 maulid mtu 6
    maulid mtu 8 maulid mtu 5
       
       
       

    Foto dan teks oleh :

    Masjid Talhah Bin Ubaidilallah & 

    Pejabat Pentadbiran Masjid & Surau Pusat Zon 5

    Bahagian Pengurusan Masjid,JAWI

  • Forum Perdana Sempena Maulidur Rasul 1439H Peringkat Masjid Al-Muqarrabin “Akhlak Nabi Dakwah Kami”

    maqr 1

    12 Januari 2018  (Jumaat) – Masjid Al-Muqarrabin dengan kerjasama Pusat Pungutan Zakat W.P telah menganjurkan Forum sempena Sambutan Maulidur Rasul bertempat di Dewan Solat Utama Masjid Al-Muqarrabin Bandar Tasik Selatan dengan  tajuk “Akhlak Nabi Dakwah Kami”. Panel terdiri daripada tiga bersaudara Ustaz Mohd Hariri Mohd Daud ,Ustaz Mohd Ihsan Mohd Daud dan  Ustaz Mohd Zarifi Mohd Daud.

    Hadir sama pada majlis tersebut ialah YBhg. Tn Hj Mohammad Khalil Bin Ibrahim, Ketua Imam Masjid Al-Muqarrabindan Ustaz Mohd Dziyaulhak Hashim  selaku Eksekutif Kanan Zakat dari PPZ Wilayah Persekutuan. Hadirin seramai 500 orang yang terdiri daripada masyarakat di sekitar kariah bandar tasik selatan dan sg besi.

    maqr 2 maqr 3
     maqr 7  maqr 8
       
       

    Foto dan Teks disediakan oleh:

    Masjid Al-Muqarrabin

    Pejabat Pentadbiran Masjid Dan Surau Zon 5

    Bahagian Pengurusan Masjid

  • Bicara Ilmu Masjid Saidina Othman Ibn Affan dengan tajuk “Keluarga Syurga 2018 "

    IMG-20180119-WA0012

     

    18 Januari 2018  (Khamis) – Masjid Saidina Othman Ibn Affan, Bandar Tun Razak  telah menganjurkan Bicara Ilmu di Dewan Solat Utama masjid Saidina Othman Ibn Affan dengan  tajuk “Keluarga Syurga 2018 ”. Kupasan ceramah disampaikan oleh YBhg Tn Hj Hushim Salleh PakarPerunding Motivasi & Kaunseling.

    Hadir sama pada majlis tersebut ialah YBhg. Datuk Salleh Bin Yusup, Pengerusi Masjid Saidina Othman Ibn Affan, Ustaz  Hassim Ab Ghani, Ketua Imam Masjid dan Ustaz Abdul Bar Bin Osman Timb. Ketua Imam masjid. Hadirin seramai 400 orang yang terdiri daripada masyarakat di sekitar kariah Bandar Tun Razak.

     

    IMG-20180119-WA0008 IMG-20180119-WA0009
       
       
       

    Foto dan Teks disediakan oleh:

    Masjid Saidina Othman Ibn Affan 

    Pejabat Pentadbiran Masjid Dan Surau Zon 5

    Bahagian Pengurusan Masjid

  • Program : Truck Free Market 2.0 Masjid Zaid Bin Thabit Desa Tun Razak

     

    ZAID 3

     

     

     

    21 Januari 2018 (Ahad) – YBhgTuan Hj Abdul Aziz Bin Jusoh Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)telah menyempurnakan Majlis Perasmian Program : Truck Free Market 2.0.Hadir sama pada majlis tersebut ialah YB Datuk Rizalman Bin Dato’ Hj Mokhtar, Ahli Majlis Penasihat DBKL,  YBhg Tn Hj Mohd Taib Bin Haji Ubah, Pengarah Jabatan Penerangan WPKL, dan YBhg Dato ‘ Ahmad Nazri Bin Ibrahim selaku Pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid Zaid Bin Thabit, Desa Tun Razak.

    Program ini sebenarnya adalah cetusan idea dan aktiviti ini telah pun dilaksanakan oleh Pihak NGO Kaki Volunteers Malaysia & NGO T6 Rangers Malaya sejak beberapa tahun yang lalu melalui hasil sumbangan para sukarelawan mereka. Dalam pada itu, ini adalah program kali kedua yang dilakukan bersama-sama dengan Pihak Masjid Zaid Bin Thabit, Desa Tun Razak, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan untuk mengajak & memberi galakan kepada orang ramai supaya bersama-sama menginfaqkan barang-barang keperluan dan dalam masa yang sama, dapat membantu rakan-rakan kita (anggota masyarakat) yang lebih memerlukan, agar sedikit sebanyak membantu tanggungan & kehidupan mereka. Barangan yang boleh disumbangkan adalah seperti pakaian, pek makanan, barangan makanan keperluan dapur (beras, tepung, gula, susu, minyak masak,), barangan basah (ikan, daging, sayuran), lampin bayi, susu untuk bayi, buku-buku bacaan & aktiviti untuk anak-anak (menulis, mengeja, mewarna), alat tulis dan apa jua barangan yang boleh memberi manfaat. Semua barangan ini ditawarkan kepada setiap pengunjung yang hadir untuk mengambilnya secara percuma. Program ini terbuka & dialu-alukan kepada seluruh lapisan masyarakat berbilang bangsa & agama. 

     

       

    ZAID x ZAID 2
    zaid xx ZAID 4
       


    Disediakan Oleh:

    Masjid Zaid Bin Thabit &

    Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 5 

    Bahagian Pengurusan Masjid

    JAWI, Kuala Lumpur

     

  • MALAM MAHABBAH AL-QURAN 1439H BACAAN 30 JUZUK AL-QURAN DAN TAHLIL PERDANA

    MALAM MAHABBAH AL-QURAN 1439H

    BACAAN 30 JUZUK AL-QURAN DAN TAHLIL PERDANA

     

    IMG-20180127-WA0032

     

    25 Januari 2018M / 8 Jamadil Awwal 1439H ( Khamis ) - Masjid Al-Zakirin, Taman Wilayah Selayang, Kuala Lumpur  telah menganjurkan Malam Mahabbah Al-Quran tahun 1439H/2018M bertempat di Dewan Solat Utama Masjid Al-Zakirin. Program ini telah disertai hampir 200 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur dari kalangan jemaah dan surau-surau di bawah naungan masjid.

                Pada malam tersebut, peserta telah dibahagikan kepada 30 kumpulan – 3 orang setiap kumpulan mengikut bilangan juzuk Al-Quran. Juzuk 1 – 15 dibaca oleh muslimat manakala juzuk 16 – 30 dibaca oleh muslimin. Setiap kumpulan terdiri daripada dewasa, belia dan remaja. Bacaan 30 juzuk Al-Quran bermula selepas Solat Fardhu Maghrib dengan taklimat ringkas daripada Pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid Al-Zakirin.

                Seusai bacaan Al-Quran 30 juzuk secara serentak, Tahlil Perdana dimulakan dan dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Firdaus Bin Zakaria, Timbalan Ketua Imam merangkap Ketua Pentadbir Masjid Al-Zakirin.

                Program diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati kepada wakil pembaca Al-Quran dari muslimin dan muslimat yang telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Ab. Wahab Bin Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid Al-Zakirin.

                Jamuan makan malam untuk para jemaah dan tetamu yang hadir adalah sebagai penutup program selepas Solat Fardhu Isyak.

                Pihak Masjid Al-Zakirin amat berharap program ini dapat dijadikan sebagai salah satu daripada acara tahunan masjid kerana ianya dapat memupuk minat dan rasa cinta kepada Kalamullah yakni Al-Quran disamping mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama jemaah dari pelbagai peringkat umur di dalam kariah Taman Wilayah Selayang ini.

     

     

    IMG-20180127-WA0029 IMG-20180127-WA0034
    IMG-20180127-WA0030 1 IMG-20180127-WA0031
       


    Disediakan oleh
    Pusat Pentadbiran Zon 1,
    Bahagian Pengurusan Masjid,
    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

     

  • Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan,
    Kompleks Pusat Islam,
    Jalan Perdana,
    50676 Kuala Lumpur
    Tel: 03-22749333
    Faks: 03-22731575
    Emel: aduan [at] jawi [dot] gov [dot] my

    Image
    ،ڤوکوق کلادن ڤوکوق رمبوتن
    دتڤي جالن دکبون بوندا؛
    ،بولن رمضان ڤنوه کبرکتن
    .ستياڤ عملن ڤاهالاڽ برݢندا
    Apa pendapat anda tentang portal JAWI 3.0 ?

    Jumlah Pelawat: 2716757

    qrcode instagram i twitter i youtube i iconfinder rss 1632493

    Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan