05:40
Imsak
05:50
Subuh
07:02
Syuruk
13:14
Zohor
16:40
Asar
19:23
Maghrib
20:38
Isyak

 

1554649876108 1 maklumbalas hubungi peta

  •  

    WhatsApp Image 2017-04-28 at 7.56.31 AM 1


    26 APRIL 2017( RABU) -
    Masjid Ibn Abbas Taman Ibu Kota dengan kerjasama Bank Muamalat telah mengadakan Ceramah Israk Mikraj 1438H bertempat di Dewan Solat Utama, Masjid Ibn Abbas.

    Majlis bermula pada jam 7.30 malam hingga 9.00 malam. Di antara pengisian majlis  ini adalah solat Maghrib dan seterusnya ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh YBhg Ustaz Mohd Hafiz Fauzi, (Ketua Jabatan Syariah, Bank Muamalat). Seramai 100 orang Jemaah yang hadir bagi memeriahkan ceramahini.

    Dengan adanya ceramah Israk dan Mikraj yang diadakan pada setiap tahun akan memimpin masyarakat kejalan yang diredhai Allah S.W.T. dan mendapat kejayaan di dunia mahupun akhirat.


     

    WhatsApp Image 2017-04-28 at 7.57.41 AM WhatsApp Image 2017-04-28 at 7.55.43 AM 1
       
       


    Disediakan oleh
    Pusat Pentadbiran Zon 2,
    Bahagian Pengurusan Masjid,
    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

     

  • 1

     
    16 Mei 2017M (Selasa) -  Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) di bawah Cawangan Nikah Cerai Dan Ruju’ telah mengadakan Majlis Taklimat Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) dan Mobile Apss MyNCR Kepada Penolong Pendaftar Perkahwinan Perceraian Dan Ruju’ Orang Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan Bil 2/2017 bertempat di Dewan Hadhari, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.Taklimat tersebut  telah disampaikan oleh Ustazah Rosnahni Binti Ismail, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial Dan Komuniti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan penerangan berkaitan isu-isu Penolong Pendaftar Perkahwinan Perceraian dan Ruju’ (PPNCR) telah sampaikan oleh Ustaz Hazman Bin Hashim, Penolong Pengarah di BPPK . Perasmian masjlis telah disempurnakan oleh YBrs Dr. Abdul Ghaffar Bin Surip, Ketua Pendaftar Perkahwinan Perceraian dan Ruju’ Orang Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan. Objektif program adalah bertujuan menyampaikan maklumat-maklumat terkini berkaitan Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) dan Mobile Apps MyNCR serta prosedur yang digunapakai agar selari dengan apa yang dilaksanakan di ibu pejabat.

    2 3
     4  5


    Disediakan oleh:

    Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga

    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

  •  

    20170514 101228

    17 Mei 2017 (Rabu) – AJK Helwa Masjid Muadz Bin Jabal dengan kerjasama Pusat Zon 4 dan sekolah SRA dan KAFA  serta Parlimen Setiawangsa telah mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang UPKK Dan UPSRA 2016 bertempat di Dewan Masjid Muadz Bin Jabal pada 14 Mei 2017.

    Sebanyak 8 sekolah SRA dan Kafa di bawah Parlimen setiawangsa telah mengambil bahagian iaitu SRA muadz Bin Jabal, SRA Al-Tabrani, Kafa Masjid Muadz Bin Jabal, Kafa Surau al-Syakiri8n, Kafa Surau Nurussalam, Kafa Madrasah Nuruliman, SRA Masjid Abu Ubaidah dan juga SRA Jaafar Bin Abu Thalib.

    Kejayaan pelajar-pelajar yang mendapat 8A amat menggalakkan kerana seramai 227 orang telah berjaya mendapat pangkat mumtaz dalam UPSRA dan 113 orang telah mendapat 7A dalam peperiksaan UPKK.

    Harapan pihak penganjur agar tahun 2017 akan lebih ramai pelajar yang akan cemerlang dalam peperiksaan UPSRA dan UPKK.

    Majlis perasmian telah disempurkan oleh Ybhg Tuan Abdul Aziz bin Jusoh, Pengarah JAWI, Tuan Azhar Bin Md Kasim, dari Pejabat YB parlimen Setiawangsa, Ybhg Tuan Hj Jaafar Bin Ismail KPPK Bahagian Pengurusan Masjid serta kakitangan Bahagian Pengurusan Masjid.

     

    20170514 101146 20170514 090427
    20170514 102618 20170514 103249
       


    Disediakan oleh
    Pusat Pentadbiran Zon 4,
    Bahagian Pengurusan Masjid,
    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

     

  •  

    IMG-20170510-WA0008

    17 Mei 2017 (Rabu) – AJK Helwa Masjid Muadz Bin Jabal dengan kerjasama Pusat Zon 4 telah mengadakan Kelas Kemahiran Wanita (Kelas memasak biskut raya) bertempat di Anjung Masjid Muadz Bin Jabal pada 10 Mei 2017.

    Seramai 90 penyertaan Jemaah Masjid Muadz Bin jabal hadir mempelajari kelas memasak biskut raya. Sebanyak 3 jenis biskut yang dipelajari iaitu red valvet coklat chip, conflakes coklat serta Biskut mentega kacang bercoklat.

    Peserta amat berpuas hati dan mengharapkan kelas seumpama ini akan dilaksanakan setiap masa.

     

    IMG-20170510-WA0011 IMG-20170510-WA0020
    IMG-20170510-WA0021 IMG-20170510-WA0012
       


    Disediakan oleh
    Pusat Pentadbiran Zon 4,
    Bahagian Pengurusan Masjid,
    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

     

  •  

    WhatsApp Image 2017-05-22 at 10.25.09 AM



    21 MEI 2017 (AHAD) -
    Masjid Ibn Abbas Taman Ibu Kota telah mengadakan gotong-royong masjid, Tahlil Perdana serta Majlis Sumbangan kepada Anak Yatim dan Asnaf kariah Masjid Ibn Abbas.

    Majlis yang bermula pada jam 8.30 pagi ini dimulakan dengan taklimat penyembelihan yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Fatah bin Yusof (BahagianPenyelidikan JAWI) dan seterusnya para jemaah didedahkan secara praktikal sembelihan lembu. Pada masa yang sama seramai 50 orang jemaah bersama bergotong-royong membersihkan masjid serta membuat persiapan memasak jamuan tengahari dan malam.

    Pada sebelah malam pula telah diadakan Majlis Tahlil Perdana dan Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Asnaf dan Anak Yatim kariah masjid. Seramai 52 orang asnaf dan anak yatim telah menerima sumbangan bagi meringankan beban mereka dalam membuat persiapan untuk menyambut Ramadhan dan Syawal yang bakal tiba. Majlis berakhir dengan jamuan makan malam yang dihadiri seramai 300 orang jemaah.


     

    WhatsApp Image 2017-05-22 at 10.24.28 AM WhatsApp Image 2017-05-22 at 10.24.26 AM
     WhatsApp Image 2017-05-22 at 10.24.26 AM 1  WhatsApp Image 2017-05-22 at 10.24.27 AM
     WhatsApp Image 2017-05-22 at 10.26.14 AM  WhatsApp Image 2017-05-22 at 10.26.16 AM


    Disediakan oleh
    Pejabat Pentadbiran Masjid dan Surau Zon 2,
    Bahagian Pengurusan Masjid,
    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

     

  •  

    IMG-20170610-WA0012

    13 Jun 2017(Selasa) - Masjid Muadz Bin Jabal dengan kerjasama HELWA Masjid Muadz Bin Jabal  dan Pusat Pentadbiran Zon 4, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Usrah Muslimat Bersama Ustazah Nor Hafizah Musa pada 10 Jun 2017 bertempat di Dewan solat Masjid Muadz Bin Jabal.

    Usrah Muslimat telah mendapat penyertaan seramai hampir 500 orang membanjiri Dewan solat Masjid Muadz bin Jabal untuk mendengar kuliah Ustazah Norhafizah Musa yang bertajuk Bidadari syurga.

    Peserta amat tertarik dengan tajuk yang dikupaskan oleh penceramah dan amat mengharapkan agar majlis seumpama ini dapat dianjurkan lagi.

    IMG-20170610-WA0007 IMG-20170610-WA0010
    IMG-20170610-WA0022 IMG-20170610-WA0038
       


    Disediakan oleh
    Pusat Pentadbiran Zon 4,
    Bahagian Pengurusan Masjid,
    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

     

  •  

    IMG-20170612-WA0069

    13 Jun 2017(Selasa) - Masjid Muadz Bin Jabal dengan kerjasama HELWA Masjid Muadz Bin Jabal  dan Pusat Pentadbiran Zon 4, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Majlis Tadarus al-Quran dan Khatam bagi Muslimat Masjid Muadz Bin Jabal pada 12 Jun 2017 sempena Hari Nuzul Al-Quran bertempat di Dewan solat Masjid Muadz Bin Jabal.

    Penyertaan seramai hampir 200 orang muslimat dari Kariah Masjid Muadz Bin Jabal telah hadir mengikuti tadarus . Sebanyak 30 kumpulan telah diagihkan untuk peserta membaca al-Quran.

    Majlis khatam Al-Quran beramai-ramai dimulai selepas peserta semua menamatkan majlis tadarus selama hampir 2 jam menamatkan tadarus al-quran.

    Majlis diserikan dengan zikit dan solawat selepas tamat majlis tadarus dan khatam al-Quran beramai-ramai, peserta juga gembira mendapat cenderahati daripada masjid tanda kenangan.

     

     

    IMG-20170612-WA0071 IMG-20170612-WA0070
    IMG-20170612-WA0031 IMG-20170612-WA0029
       


    Disediakan oleh
    Pusat Pentadbiran Zon 4,
    Bahagian Pengurusan Masjid,
    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

     

  •  

    IMG-20170602-WA0055

     

    13 Jun 2017(Selasa) - Masjid Muadz Bin Jabal dengan kerjasama HELWA Masjid Muadz Bin Jabal  dan Pusat Pentadbiran Zon 4, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah membuat agihan  bubur lambuk kepada jemaah kariah Masjid Muadz Bin Jabal pada setiap jumaat iaitu pada 9,16 dan 23 Jun 2017 selepas solat asar.

    Agihan bubur lambuk dibuat di depan pintu masuk Masjid dan juga diagihkan di sekitar jalanraya masjid.

    Sebanyak 500 bungkus bubur lambuk telah berjaya diagihkan oleh AJK dan pekerja Masjid Muadz Bin Jabal.

     

    IMG-20170609-WA0059 IMG-20170602-WA0070
    IMG-20170602-WA0071 IMG-20170602-WA0080
       


    Disediakan oleh
    Pusat Pentadbiran Zon 4,
    Bahagian Pengurusan Masjid,
    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

     

  •  

    IMG-20170602-WA0096

     13 Jun 2017(Selasa) - Masjid Muadz Bin Jabal dengan kerjasama HELWA Masjid Muadz Bin Jabal  dan Pusat Pentadbiran Zon 4, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Gerobok Rezeki untuk diagihkan kepada golongan asnaf bagi Jemaah Masjid Muadz Bin Jabal.

    Gerobok Rezeki telah diilhamkan bagi pemberian Bulan Ramadhan kepada golongan kurang berkemampuan. Pemberiaan ini sebanyak 3 siri  Selepas solat Jumaat iaitu pada 9, 16 dan 23 Jun 2017. Asnaf yang hadir terdiri daripada golongan miskin, fakir, anak yatim, ibu tunggal yang tidak berkemampuan. Mereka telah mendapat barang makanan asas seperti beras, gula, tepung, susu, milo, the, kopi, sardin, biskut dan pelbagai barangan yang telah disumbangkan oleh kariah masjid.

    Seramai hampir 80 orang asnaf mendapat bantuan hasil  daripada tercetusnya Gerobok Rezeki yang diilhamkan oleh Masjid Muadz Bin Jabal.

    IMG-20170602-WA0097 IMG-20170602-WA0103
    IMG-20170602-WA0116 IMG-20170602-WA0117
       


    Disediakan oleh
    Pusat Pentadbiran Zon 4,
    Bahagian Pengurusan Masjid,
    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

     

  •  

    IHTIFAL MAIN 

    15 Julai 2017 (Sabtu) – Seramai 218 peserta mengikuti Majlis Ihtifal SRA Dan KAFA Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 20167M/1438H bertempat di Dewan Muktamar, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur.Para peserta yang terdiri daripada pelajar SRA dan KAFA seluruh Wilayah Persekutuan itu dipilih selepas melalui proses saringan ihtifal di peringkat sekolah dan zon yang telah diadakan pada bulan April lepas.Program tahunan tersebut diadakan bagi meningkatkan kemahiran dan minat murid-murid SRA dan KAFA kepada aktiviti luar bilik darjah.Di samping itu juga, program ini merupakan salah satu medium yang sesuai untuk mencungkil bakat dan menggilap potensi murid-murid dalam bidang amal islami serta memupuk sifat keyakinan diri, kepetahan berhujjah serta dapat menanamkan sifat berani bersaing.Antara acara-acara yang dipertandingkan sepanjang majlis berlangsung ialah Tilawah Al-Quran, Hafazan Al-Quran, Syarahan Bahasa Arab, Syarahan Bahasa Melayu, Khat, Tulisan Jawi serta pertandingan Nasyid.
    Majlis penutup serta penyampaian hadiah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Haji Mohamad Nordin Bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar). Hadir sama ialah YBrs. Tuan Haji Abdul Abdul Aziz Bin Jusoh, Pengarah JAWI, YBrs. Tuan Haji Yusof Bin Mamat, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI yang juga turut menjalankan tugas Timbalan Pengarah (Operasi) JAWI serta YBrs. Ustazah Khatijah Binti Abdul Rahman, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pelajaran JAWI.
     
    IMG 4543   IMG 4556
     IMG 4585  IMG 4611
     IMG 4859  IMG 4965
  •  

    5b37435f-2114-496b-a520-14124fbb2e15
     
     

    15 Julai 2017 / 23 Syawal 1438H (Sabtu)– Masjid Salahuddin Al-Ayyubi dengan kerjasama Pejabat Pentadbiran Masjid dan Surau Zon 2 JAWI telah mengadakan Majlis Tautan Mahabbah Aidilfitri 1438H di dewan Masjid Salahuddin Al-Ayyubi Taman Melati Setapak Kuala Lumpur.

    Majlis dihidangkan dengan pelbagai aneka juadah yang menyelerakan untuk para tetamu yang hadir bermula pada jam 1.45 petang dan berakhir pada jam 4.30 petang telah berjaya mengumpulkan seramai 600 anak jemaah Masjid Salahuddin Al-Ayyubi dan penduduk di sekitar untuk hadir ke majlis ini. Majlis ini juga diserikan lagi dengan kehadiran para tetamu jemputan VVIP iaitu Pengarah JAWI, Pengerusi UDA, YBhg Datok Mohd Shafei Abdullah, Pegawai-pegawai Kanan JAWI dan Pengerusi-pengerusi Masjid dan Surau Zon 2.

    Majlis turut dimeriahkan lagi dengan penyampaian duit raya kepada kanak-kanak yang hadir berumur 12 tahun ke bawah. 

    3cecaefb-e459-4753-b9a2-8eb8f303e469
    7d8f86cc-0b65-4503-801a-d79b94ddb751 
    394268bc-8aed-450a-882d-701c0a2c7f99 f1588ded-b5f4-4bee-a3f8-4d98b6618516
       


    Teks dan Foto Disediakan oleh:
    Pusat Pentadbiran Masjid dan Surau Zon 2,
    Bahagian Pengurusan Masjid,
    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

     

  •  

    e9591475-60d0-4ed1-af49-b1093b0ca135
     
     

    18 Julai 2017 / 24 Syawal 1438H (Selasa) – Pejabat Pentadbiran Zon 2 dengan kerjasama Masjid Al-Hidayah Sentul Pasar Kuala Lumpur telah mengadakan Siri Jelajah Mufti Wilayah Persekutuan dengan Program Bicara Mufti bagi memberi percambahan ilmu kepada anak jemaah sekitar daerah Sentul Pasar.

    Program Bicara Mufti Siri 6/2017 telah diadakan dengan jayanya bermula jam 8.00 malam hingga 9.00 malam bertempat di ruang solat Masjid Al-Hidayah dengan kehadiran jemaah seramai 300 orang. S.S Datuk menyampaikan tazkirah “Keseronokan Dalam Beribadah”. Antara intipati ceramah S.S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri ialah beliau menyeru supaya memperbetulkan niat dalam beribadah untuk menghadirkan rasa seronok dalam beribadah kepada Allah SWT dan sentiasa mengamalkan zikrullah walau dimana sahaja.

    Program ini turut diselitkan dengan penyampaian sumbangan kepada seramai 8 orang bakal haji kariah masjid oleh SS Datuk Mufti dan berakhir dengan jamuan makan.

    .

     

    8460899c-1649-4f70-8346-f6fb7bbd2086 efad9327-b989-4bf8-8591-9af6d8897c5c 
    bfd07612-5901-45f1-8939-bde04abcc751 2bd2e8fc-ca9f-4411-8c02-33b5e3a76860
        


    Teks dan Foto Disediakan oleh:
    Pusat Pentadbiran Masjid dan Surau Zon 2,
    Bahagian Pengurusan Masjid,
    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

     

  •  

    IMG 1147

     

    23 Julai 2017M /29 Syawal 1438H (Ahad) -JAWI Cawangan Putrajaya dengan kerjasama barisan Jawatankuasa Surau An-Najah Presint 9 Putrajaya telah mengadakanMajlis Tautan Aidilfitri Peringkat Surau-surau Putrajaya bertempat di perkarangan SurauAn-Najah, Jalan P9A Presint 9 Putrajaya.

    Majlis yang bertemakan “Kemenangan Dirai, Syawal Disyukuri” ini diserikan dengan sajian pelbagai menu daripada 14 gerai Surau Jumaat Putrajaya dan antara menu yang menarik perhatian para pengunjung ialah kambing golek, sate, bakso dan durian.

    Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan nasyid dan lagu-lagu raya oleh kumpulan nasyid Sekolah Sultan Alam Shah, Presint 1, Putrajaya. Pertandingan gerai tercantik turut diadakan yang mana gerai Surau Al-Munawwarah Presint 5 dinobatkan sebagai gerai terbaik. Tempat kedua dimenangi oleh gerai Surau An-Najah Presint 9 manakala tempat ketiga dimenangi oleh gerai Surau Putra Al-Amin Presint 8. Turut berlangsung dalam majis ini ialah sesi pemeriksaan kesihatan percuma kepada para tetamu dan urus setia yang terlibat.

    Ucapan alu-aluan  disampaikan oleh Tuan Haji Abdul Aziz bin Jusoh, Pengarah  JAWImanakala ucapan perasmian disempurnakan oleh YBhg. Datuk Nordin bin Hassan, Pengerusi Persatuan Penduduk Putrajaya mewakili Menteri Wilayah Persekutuan.Turut hadir dalam majlis ini ialah Tuan Haji Hazarudin bin Haji Baharudin, Ketua Penolong Pengarah Kanan JAWI Cawangan Putrajaya.

    IMG 1281 IMG 1161
    IMG 1307 IMG 1351
     IMG 1406  IMG 1147


    Disediakan oleh,


    JAWI Cawangan Putrajaya

     

  •  

    Slide1

     

    20 Julai 2017 / 26 Syawal (Khamis) – Masjid Al-Imam Ash-Shafie Taman Maluri MAIAS dengan kerjasama Majlis Sukan Negara (MSN) telah menganjurkan “Majlis Bacaan Yaasiin, Tahlil,Doa Selamat dan Solat Hajat Untuk Bakal-Bakal Haji,Atlet,Pegawai dan Petugas Sukan Para Asean”.Majlis ini dihadiri seramai 350 orang dikalangan Ahli Jawatankuasa Masjid , pegawai-pegawai KBS dan pegawai MAIAS.

    Majlis  dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah disusuli dengan bacaan Yaasin,Tahlil dan Doa Selamat oleh Imam bertugas. Seramai lebih kurang 80 orang pegawai,petugas serta peserta OKU dari Asrama Kompleks Sukan Kg Pandan dan 11 orang bakal Jemaah haji telah diraikan pada malam tersebut.

    Majlis meraikan atlit para ASEAN merupakan majlis yang julung-julung kali diadakan di masjid ini,dan diharapkan majlis seumpama ini dapat diteruskan pada masa-masa yang akan datang. Dalam kesempatan ini juga En Safirul selaku Pengarah Sukan Paralimpik ASEAN Majlis Sukan Negara telah menyampaikan ucapan yang menyentuh tentang keistimewaan-keistimewaan yang akan diperolehi oleh atlit-atlit yang berjaya mengharumkan nama Negara sama ada di peringkat PARA ASEAN atau PARALIMPIK.

    Majlis  pada malam tersebut diakhiri dengan penyampaian saguhati kepada bakal-bakal Dhuyufurrahman oleh YBhg Tuan Hj Mohamad Nor B Ibrahim dan majlis pertukaran cenderahati kenangan di antara MAIAS dan Majlis Sukan Negara (MSN). 

    Slide2 Slide3
    Slide4 Slide5
     Slide7  Slide6


    Disediakan oleh,

    Bahagian Pengurusan Masjid,
    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

     

  •  

    Slide1

     

    22 Julai 2017M/ 28 Syawal 1438H (Sabtu) – Pejabat Pentadbiran Zon 3 JAWI dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Planetarium Negara Kuala Lumpur, Pejabat Pelajaran Wilayah Persekutuan dan Kelab Falak Wilayah Persekutuan telah menganjurkan “Konvensyen Falak Wilayah Persekutuan”. Lebih 150 orang peserta  dikalangan murid – murid sekolah di sekitar Kuala Lumpur yang hadir.

    Konvensyen Falak Wilayah Persekutuan bermula seawal jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 10.00 malam. Perasmian Konvensyen Falak Wilayah Persekutuan disempurnakan oleh YBhg. SS Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (Mufti Wilayah Persekutuan).

    Pada konvensyen tersebut para peserta dapat mendengar dan menimba ilmu dari penceramah – penceramah hebat berkaitan ilmu falak, antaranya adalah YBhg. Ustaz Ahmad Irfan bin Ikmal dari Universiti Malaysia Pahang (UMP), YBhg. En. Shahrin bin Ahmad dari Falak Online, YBhg. Ustaz Nik Abdul Rahman dari Ar-Rajhi Bank dan YBhg. Encik Mohd Zamri Shah bin Mastor (Pegawai Planetarium Negara).

    Hadir sama pada konvensyen ini YBhg. Ustaz Mohd Ghazali bin Mohamed Nor, YBhg. Ustaz Mazlisham bin Ismail (wakil dari Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 3), YBhg. Ustaz Khairul Anuar bin Yazid, Pegawai Falak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, YBhg. Puan Anita binti Bahari (Pengarah Planetarium Negara), YBhg Ustaz Wan Zaidi bin Wan Mahmood (Ketua Penolong Pengarah Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan) dan wakil dari Kelab Falak Wilayah Persekutuan.

    Slide2 Slide3
    Slide4 Slide5
     Slide6  Slide7


    Disediakan oleh
    Bahagian Pengurusan Masjid,
    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

     

  •  

    WhatsApp Image 2017-07-31 at 8.40.06 AM

     

    30 Julai 2017 / 6 Zulkaedah 1438H (Ahad) – Masjid Saidina Ali K.W. dengan kerjasama Pejabat Pentadbiran Masjid dan Surau Zon 2 telah mengadakan ceramah perdana yang bertempat di dewan solat utama Masjid Saidina Ali K.W. Kg. Padang Balang Sentul Kuala Lumpur.

     

    Program yang bermula pada jam 8.00 malam hingga 9.00 malam ini telah dihadiri seramai 300 anak kariah Kg. Padang Balang. Penceramah jemputan ialah YBhg. Us. Wan Akashah Wan Abd Hamid dan Dato Ust. Siti Nor Bahyah Mahamood yang telah membincangkan isu kekeluargaan.

     

    Banyak manfaat dan tips-tips yang berguna diperolehi oleh anak jemaah yang hadir dalam sesi ceramah tersebut bagi membina sebuah keluarga yang sakinah, mawadah dan rahmah.

     

     

    WhatsApp Image 2017-07-31 at 8.40.05 AM WhatsApp Image 2017-07-31 at 8.39.36 AM
    WhatsApp Image 2017-07-31 at 8.39.36 AM 1 WhatsApp Image 2017-07-31 at 8.39.37 AM
       


    Foto dan Teks Disediakan oleh:
    Pejabat Pentadbiran Masjid dan Surau Zon 2,
    Bahagian Pengurusan Masjid,
    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

     

  • 1a 

     

     

    19 OGOS 2017 – Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara telah mengadakan Ceramah Khas Bulanan bertajuk “Kiamat Menurut Sains & Persiapan Kita” yang disampaikan oleh Y.Bhg. Ustaz Dato’ Dr. Danial Zainal Abidin. Majlis bertemakan “Malam Negeri Pulau Pinang” yang berlangsung selama 3 jam ini, menyimpulkan bahawa kita perlu kembali mengkaji serta berusaha memahami secara serius tentang hikmah-hikmah maksud tersurat dan tersirat yang terkandung di dalam Al-Quran & Hadith Rasulullah S.A.W terutamanya hadith-hadith perihal akhir zaman sebagai panduan mengharungi zaman fitnah sebelum berlakunya kiamat tanpa mengenepikan sumber kajian sains secara total.

                Kehadiran tetamu telah direkodkan melebihi 400 orang terdiri daripada VVIP serta orang awam. Majlis diakhiri jamuan makan malam bermenukan “Nasi Kandaq”, makanan tradisi negeri Pulau Pinang. 

     

    3a 4a 
     5a  7a
       
     

    Disediakan Oleh;

    Pusat Zon 6,

    Bahagian Pengurusan Masjid,

    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

     

  •  

    putra 4
     

    24 Ogos 2017 (Khamis) – Pejabat Pusat Zon 5  telah berjaya mengadakan Bengkel Perlaksanaan Data E-Kariah Masjid-Masjid Zon 5 pada 24 Ogos 2017 (Khamis) bertempat di Hotel Putra Kuala Lumpur.

     

    Majlis penutup kursus ini disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Anuar Hakim Bin Mohd Salleh, Ketua Penolong Pengarah  Bahagian Pengurusan Masjid JAWI sekaligus menyampaikan sijil kepada para peserta & wakil konsultan . Kursus ini dihadiri oleh wakil masjid yang terdiri dari Ketua Imam & kakitangan masjid-masjid di bawah Zon 5.

     

    Turut hadir ialah Tn Hj Mazlan Bin Osman Penolong Pengarah Kanan Pusat Zon 5 (JAWI).


    putra 1 putra 2
    putra 3 putra 5
    putra 11 putra 10
     
    Foto oleh:
    MASJAYA BIN ANDI ABDILAH 
    Teks oleh:
    Pusat Zon 5 (JAWI),

  •  

    JAULAH 1

    JUMAAT, 8 September 2017 - Kelas Bimbingan Ilmu Fardhu Ain Pemuda Masjid Al-Hidayah menganjurkan Program Jaulah Ilmu Ziarah Ulama 2017 Siri II. Pada peringkat permulaan, program ini dirancang untuk menziarah Ulama-ulama dan makam orang soleh yang berada di beberapa kawasan Johor, Singapura, Melaka dan Negeri Sembilan.

    Objektif Program Jaulah Ilmu Ziarah Ulama ini diadakan ialah Membawa anak muda menghayati permusafiran yang dipenuhi dengan suasana Ilmu, zikrullah dan amalan-amalan sunnah Rasulullah S.A.W. Selain itu, membawa n anak muda mengenali para Ulama dan melihat secara langsung corak kehidupan mereka seterusnya menjadikan mereka contoh tauladan dalam kehidupan. Dan Mewujudkan rasa rindu serta cinta terhadap Ilmu dan Alim Ulama’, dalam yang sama mendapatkan nasihat dan peringatan daripada mereka.

    Program Jaulah Ilmu Ziarah Ulama ini bermula pada selepas asar Jumaat dan selamat pulang ke Masjid Al-Hidayah pada Sabtu jam 12.30am. Hasil daripada program ini ialah :-

    Hari Pertama : Jumaat
    - Bertemu dengan Syeikh Abu Zaki As-Sanggafuri di Batu Pahat, Johor seterusnya menerima nasihat-nasihat bekalan akhirat dan Ijazah pemakaian Sunnah Baginda Nabi S.A.W iaitu Rida'.

    Hari Kedua : Sabtu
    - Menziarah perkuburan Bukit Cermai, Batu Pahat. Tempat dimakamkan orang Soleh iaitu Habib Ali bin Jaafar Al'ydrus. Semasa hayatnya beliau dibeberapa kali dikunjungi oleh beberapa ulama besar seperti Sayyid Muhammad b. Alawi Al Maliki Al Makki dan lain-lain.
    - Berkesempatan bersama Majlis Haul Habib Ahmad Bin Abdullah Bin Hassan Al-Attas ke 25, Pengasas Majlis Zikir AsmaulHusna JB. Dan Slot Khas bersama Habib Umar Bin Ahmad Bin Abdullah Bin Hassan Al-Attas.
    - Pertemuan dan Taklimat “Strategi Dakwah ARG dalam memperkukuhkan Aqidah Ahlussunnah wal Jamaah di kalangan Masyarakat" bersama Ahli Sunnah Research Group Johor Bharu.
    - Mengikuti Kelas Pengajian Kitab "Iktikad ASWJ" anjuran ARG Johor, bersama Kiyai Idrus Ramli (Dewan Pakar ASWJ Nahdatul Ulamak Indonesia), di Dataran Hajah Rogayah, Masjid Al-Jawahir, Mutiara Rini.

    Hari Ketiga :
    - 10 orang peserta menziarah Maqam Habib Nuh Bin Muhammad Al-Habsyi & Habib Abdurrahman Al-Habsyi di Masjid Haji Soleh, Singapura. Kemudian menziarah Al-Habib Syed Hassan Bin Muhammad Al-Attas (Imam Masjid Ba’'alawi ) & Habib Ja’afar Al-Kaff (Tetamu dari Jakarta) di Masjid Ba’'alawi, Singapura.
    - 5 Orang peserta mengikut “Seminar Pemahaman Aqidah Ahlussunnah wal Jamaah” disampaikan oleh Kiyai Idrus Ramli (Dewan Pakar ASWJ Nahdatul Ulamak Indonesia), di Madrasah Tahfiz Al-Mustofa. Kemudian menziarah Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru.

    Seramai 13 orang pemuda dan 2 orang remaja dari Jemaah Masjid Al-Hidayah dan sekitarnya yang menyertai Program Jaulah Ilmu Ziarah Ulama ini. Program ini mendapat sumbangan dan kerjasama daripada daripada beberapa pihak antaranyan ABS Catering, Alya Jaya Catering dan beberapa individu lagi. Masjid As-Syakirin KLCC juga turut menyumbangkan pengguna Van Komuniti Masjid bagi tujuan tersebut. In Sya Allah, Program Jaulah Ilmu Ziarah Ulama Siri III akan diaturkan untuk masa akan datang.

    Sekian.

    Disediakan oleh :

    NAQIB / K.IMAM
    Masjid Al-Hidayah Kg. Sg. Penchala
    Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

  •  
    vvip merdeka

     

    Pada 10 September 2017 (Ahad) Perbadanan Labuan dengan kerjasama semua Badan Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Malaysia bagi mengingati detik bersejarah yang amat berharga kepada semua rakyat Malaysia. Pada tahun ini iaitu tahun 2017, sambutan Hari Kemerdekaan Negera bertempat di Dataran Labuan, WP Labuan. Sambutan tersebut diadakan pada tarikh 10 September 2017 (Ahad), bersempena hari kemerdekaan negara. Ramai yang datang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama untuk meraikan hari yang bersejarah tersebut.

    Tujuan sambutan ini diadakan adalah untuk menanam perasaan cinta rakyat Malaysia terhadap Negara. Kemerdekaan daripada penjajahan bukanlah sesuatu yang mudah kerana ramai pahlawan terpaksa berkorban harta dan nyawa bagi memastikan negara terlepas daripada belengu penjajahan yang menyeksakan. Oleh itu sewajarnyalah kita berganding bahu agar negara kita terus maju, aman dan harmoni. Majlis dimulakan dengan bacaan Doa oleh Ustaz Najeeb bin Abdul Rahim, Pegawai dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan.

     

    Sambutan itu bermula tepat pada pukul 6.00 pagi dengan upacara menaikkan bendera Jalur Gemilang. Serentak dengan upacara tersebut, semua hadirin berdiri tegak dan menyanyi lagu 'Negaraku' dengan penuh bersemangat. Nyanyian keramat itu disemarakkan dengan alunan muzik sambil mengibarkan bendera Jalur Gemilang.


    Selepas itu perbarisan lintas hormat telah diadakan pada pukul 7.30 pagi oleh tadika, murid-murid sekolah, kakitangan kerajaan, pihak swasta dan lain-lain lagi. Upacara perbarisan ini bertambah menarik dengan munculnya kenderaan-kenderaan pasukan keselamatan negara kita seperti bomba, polis dan tentera serta pelbagai kenderaan yang dihias cantik dengan Bendera Jalur Gemilang dan sebagainya. Semua peserta perbarisan mengibarkan bendera Jalur Gemilang semasa perbarisan tersebut. Lebih menarik lagi apabila serentak dengan upacara tersebut, penerbangan lintas hormat oleh sebuah 
    pesawat pejuang penyerang moden negara, F/A-18 Hornet turut diadakan.


    Pada pukul 10.00 pagi, upacara penyampaian hadiah telah diadakan. Bagi Pertandingan Perbarisan, Kategori Jabatan Dan Agensi Kerajaan, Johan dimenangi oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan WP Labuan, manakala Naib Johan dimenangi oleh Majlis Agama Islam WP Labuan dan tempat ketiga dimenangi oleh Jabatan Kesihatan Negeri WP Labuan. Bagi Pertandingan Keceriaan Negaraku (Kategori Sekolah) 2017 telah dimenangi oleh Sekolah Rendah Agama Islam (SRAI) Al-Ahmadiyyah Patau-Patau dengan membawa pulang wang tunai bernilai RM2000, plaque dan Sijil Penghagaan.


    WhatsApp Image 2017-09-11 at 09.59.401 WhatsApp Image 2017-09-11 at 10.21.35
    WhatsApp Image 2017-09-11 at 09.48.00 WhatsApp Image 2017-09-11 at 10.21.31
    WhatsApp Image 2017-09-11 at 10.05.34 WhatsApp Image 2017-09-11 at 09.47.59


    Disediakan Oleh:

    JAWI LABUAN

     

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com