05:40
Imsak
05:50
Subuh
07:02
Syuruk
13:14
Zohor
16:40
Asar
19:23
Maghrib
20:38
Isyak

 

1554649876108 1 maklumbalas hubungi peta

  •  

    IMG 3697

            20 Februari 2017 (Isnin) –Masjid Al-Muttaqin, Wangsa Melawati Kuala Lumpur dengan kerjasama Pusat Pentadbiran Zon 4, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)telah mengadakan PROGRAM STREET DAKWAH I LOVE ISLAM pada 13 Februari 2017M /16 Jamadil Awwal 1438H di 6 buah sekolah sekitar WangsaMaju, Kuala Lumpur.

           Program ini diadakan bagi memberi kesedaran kepada remaja khususnya dan masyarakat Islam tentang remaja benci maksiat serta memberikan alternatif lain untuk memandu cinta anak muda hanya pada Allah, Rasul, ibu bapa dan cinta mengikut syarak. Antara aktiviti bagi program separuh hari ini ialah konvoi motorsikal berkuasa besar serta kuliah pendek yang telah disampaikan oleh Ustaz Mohammad Ibrahim (Ustaz Mad Cina) serta Abdul Rahman Bin Kasim (Man Raja Lawak). Selain itu, peserta konvoi juga ada mengedarkan risalah tentang remaja jauhi maksiat yang menerangkan tentang cara-cara mudah mengelakkan maksiat.

          Antara sekolah yang telah dilawati ialah Sekolah Kebangsaan Wangsa Melawati (SKWM), Sekolah Menengah Kebangsaan Wangsa Melawati (SMKWM), Kolej Vokasional Ekonomi Rumah Tangga Setapak (KVERTS), Sekolah Menengah Kebangsaan R1 (SMKR1), Sekolah Kebangsaan Wangsa Jaya (SKWJ) dan sekolah Rendah Agama Al-Muttaqin, Wangsa Melawati. Penerimaan bagi setiap sekolah amat memberangsangkan dengan memberi sokongan penuh bagi menjayakan program tersebut.

         Acara perasmian (flag off) telah disempurnakan oleh Tuan Haji Jaafar Bin Ismail selaku Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Masjid, JAWI. Turut hadir bagi memeriahkan lagi program ialah Ustaz Wan Yusoff Bin Wan Ishak selaku PENYELARAS ZON 4, JAWI serta Pengerusi Masjid Al-Muttaqin iaitu Tuan Haji Yahaya Bin Haji Din. 

     

    IMG 2744 IMG 2745
    IMG 2746 IMG 3700
       


    Disediakan oleh
    Pusat Pentadbiran Zon 4,
    Bahagian Pengurusan Masjid,
    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

     

  •  

    DSCF8952

          20 Februari 2017 (Isnin) Pusat Zon 4 dan juga Pusat  Zon 2 Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Kursus Profesionalisme Imam Dan Bilal Rawatib kepada semua Imam Dan Bilal Rawatib pada 18-19 Februari 2017 bertempat di Cherengin Hilll, Janda Baik Pahang.

         Kursus ini amatlah bermakna bagi meningkatkan kemahiran dan kefahaman para Imam dan Bilal Rawatib untuk meningkatkan prestasi kerja yang berkualiti di samping untuk mengurangkan rungutan serta aduan ke atas tugas pegawai dan petugas masjid.

         Peserta seramai 70 orang telah berjaya mengikuti kursus ini dan mengharapkan kursus seumpama ini akan dilaksanakan lagi bagi meningkatkan kemahiran meliputi personaliti, bacaan dan sebagainya dapat dipertingkatkan lagi pada masa akan datang.

          Kursus ini telah disempurkan Perasmian Penutup oleh KPPK Bahagian Pengurusan Masjid iaitu Ybhg, Tuan Hj Jaafar Bin Ismail.

     

    DSCF8880 DSCF8946
    DSCF8914 DSCF8888
       


    Disediakan oleh
    Pusat Pentadbiran Zon 4,
    Bahagian Pengurusan Masjid,
    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

     

  •  

    hidayah 1

    19 Februari 2017 (Ahad) – Biro Muslimah Masjid Al Hidayah Sentul Pasardengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Al Hidayah telah menganjurkan satu Program Talk Show Muhasabah Diri yang bertajuk " Peranan Wanita Dalam Masyarakat" yang menampilkan Personaliti Agama Televisyen dan Radio Ybhg Ustaz Mohd Elyas bin Ismail dan Ustazah Fadzilah Yaacob seorang Penceramah Bebas.

    Program yang dimulakan pada jam 9.00 pagi telah menarik minat hampir 300 anak kariah yang hadir bagi menjayayakan program ini.Antara intipati daripada Program ini ialah memberi pendedahan kepada anak kariah peranan wanita dalam masyarakat. Program ini telah dirasmikan olah Tuan Hj Rusman bin Kasim Pengerusi Masjil Al Hidayah Sentul Kuala Lumpur.

     


     

    hidayah 2 hidayah 3
    hidayah 4 hidayah 5
       


    Disediakan oleh
    Pusat Pentadbiran Zon 2,
    Bahagian Pengurusan Masjid,
    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

     

  •  

    WhatsApp Image 2017-02-22 at 10.14.01 AM
     
     

    21 Fabruari 2017 / 24 Jamadil Awal 1438H(Selasa) : Pejabat Pentadbiran Zon 2 dengan kerjasama Masjid Saad Bin Abi Waqqas, Batu 4 Jalan Gombak, Kuala lumpur telah mengadakan Siri Jelajah Mufti Wilayah Persekutuan dengan Program Biacara Mufti bagi memberi percambahan ilmu kepada anak jemaah sekitar Batu 4 Jalan Gombak.

    Program Bicara Mufti Siri 2/2017 telah diadakan dengan jayanya bermula jam 8.00 malam hingga 9.00 malam bertempat di ruang solat Masjid Saad Bin Abi Waqqas dengan kehadiran jemaah seramai 300 orang. SS Datuk menyampaikan tazkirah bertajuk "Kelebihan Istighfar". Antara intipati ceramah S.S. Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri ialah beliau menyeru supaya mecontohi Baginda Rasulullah SAW yang banyak beristighfar dan setiap masalah yang dihadapi akan menjadi lebih mudah dengan memperbanyakkan istighfar.

    Program ini turut diselitkan juga dengan penyampaian sumbangan kepada anak yatim kariah masjid oleh SS Datuk Mufti dan berakhir dengan jamuan makan.

     

    WhatsApp Image 2017-02-22 at 10.14.04 AM WhatsApp Image 2017-02-22 at 10.14.09 AM 
    7490f6da-e387-4086-ac5a-a221de09296e WhatsApp Image 2017-02-22 at 10.13.56 AM
     WhatsApp Image 2017-02-22 at 10.13.57 AM   WhatsApp Image 2017-02-22 at 10.13.58 AM


    Teks dan Foto Disediakan oleh:
    Pusat Pentadbiran Masjid dan Surau Zon 2,
    Bahagian Pengurusan Masjid,
    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

     

  •  

    IMG-20170227-WA0031

     

    27 Februari 2017 ( Isnin) Pusat Zon 4 dengan kerjasama AJK HELWA masjid Muadz Bin Jabal telah

    menganjurkan Kursus Asas Pengurusan Jenazah Muslimat  pada 25 Februari 2017 bertempat di Dewan

    Solat Masjid Muadz Bin Jabal.

    Kursus ini telah dihadiri seramai 200 orang peserta muslimat yang berada di dalam kariah Masjid Muadz

    Bin Jabal dapat mempelajari teknik pengurusan jenazah yang telah disampaikan oleh Ustazah Ruzeeta

    Binti Saad dari Bahagian Dakwah JAWI.

    Antara objektif kursus ini dilaksanakan adalah bagi meningkatkan kesedaran tentang pentingnyapengurusan jenazah, memberi pendedahan cara yang betul menguruskan jenazah dan juga bekerja secara profesional, beretika dan berintegriti dalam satu pasukan berlandaskan nilai-nilai murni yang tinggi.

    Perasmian Penutup Kursus Asas Pengurusan Jenazah Muslimat ini telah disempurnakan oleh Ybhg Datin Natila Binti Ahmad, turut hadir PPK Pusat Zon 4 Us Wan Yusuf Bin Wan Ishak.

     

    IMG-20170227-WA0032 IMG-20170227-WA0028
    IMG-20170227-WA0029 IMG-20170227-WA0030
       


    Disediakan oleh
    Pusat Pentadbiran Zon 4,
    Bahagian Pengurusan Masjid,
    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

     

  •  

    sb1

     

    6 Mac 2017 | 7 Jamadilakhir 1438H –Bahagian Pengurusan Dakwah melalui Cawangan Kebajikan Saudara Baru telah mengadakan Kelas Pengajian Saudara Baru pada 6 Mac 2017 di Kompleks Darul Hidayah, Sentul, Kuala Lumpur.

    Kelas pengajian ini yang dibahagikan kepada tiga tahap iaitu Asas, Pertengahan dan Lanjutan dilaksanakan setiap hari Isnin hingga Jumaat pada jam 8.45 pagi hingga 11.15 pagi untuk sesi pagi manakala sesi petang pada 2.15 petang hingga 4.45 petang.

    Untuk rekod, jumlah terkini pelajar yang mengikuti kelas pengajian adalah seramai 120 orang. Sesi pengajian bermula bulan Januari sehingga Jun dan Julai sehingga Disember. Kelas pengajian ini ditawarkan secara terbuka kepada semua muallaf di Wilayah Persekutuan.

     

      sb2  sb3
     sb4  sb5
       

    Disediakan Oleh:
    Bahagian Pengurusan Dakwah

     

     

  •  

    WhatsApp Image 2017-03-13 at 3.49.29 PM 1

    9 Mac 2017 (Khamis) - Masjid Salahuddin Al-Ayyubi telah mengadakan Program Ceramah Perdana yang bertajuk "Perubatan Islam dan Rawatan Islam Secara Percuma" yang bertempat di Dewan Solat Utama Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Taman Melati 53100 Kuala Lumpur.

    Ceramah yang bermula pada jam 8.00-9.00 malam telah menarik minat seramai 250 orang anak jemaah Masjid salahuddin Al-Ayyubi dan penduduk di sekitar Taman Melati. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Ybhg. Ustaz Mohd Fadhli Bin Puteh serta dibantu oleh fasilitator dari Pusat Rawatan Islam Darussalam.

    Dengan adanya pendedahan tentang perubatan dan rawatan Islam ini umat Islam di Taman Melati dan penduduk disekitar yang hadir mengikuti kuliah ini tidak lagi terkeliru dan terjerumus ke lembah syirik serta mempunyai altenatif yang lain dalam ilmu perubatan dan rawatan yang berlandaskan syarak.

     

    WhatsApp Image 2017-03-13 at 3.49.26 PM WhatsApp Image 2017-03-13 at 3.49.28 PM 1
    PER  
       


    Disediakan oleh
    Pusat Pentadbiran Zon 2,
    Bahagian Pengurusan Masjid,
    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

     

  • WhatsApp Image 2017-03-13 at 4.03.07 PM

     

    11 Mac 2017 (Sabtu) -Masjid Salahuddin Al-Ayyubi Taman Melati Setapak Kuala Lumpur telah menganjurkan Kursus Intensif Imam dan Bilal bagi kariah masjid secara percuma bertempat di dewan solat utama Masjid Salahuddin.

    Ceramah telah disampaikan oleh Ybhg. Ustaz Rohaily @ Abd Rahman bin Abdullah dan Ustaz Hasan Fadli bin Abd Rahman serta fasilitator yang terdiri daripada imam dan bilal JAWI masjid-masjid di Wilayah Persekutuan. Kursus ini telah menarik minat seramai 100 orang peserta sekitar kariah masjid.

    WhatsApp Image 2017-03-13 at 4.01.55 PM WhatsApp Image 2017-03-13 at 4.01.53 PM
    WhatsApp Image 2017-03-13 at 4.01.50 PM WhatsApp Image 2017-03-13 at 4.02.00 PM
       


    Disediakan oleh
    Pusat Pentadbiran Zon 2,
    Bahagian Pengurusan Masjid,
    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

     

  •  

    WhatsApp Image 2017-03-12 at 9.51.31 AM
     
     

     

    12 Mac 2017 / 13 Jamadil Akhir 1438H (Ahad) – Pihak pentadbiran Masjid Amru Ibni al-‘As Bandar Baru Sentul telah mengadakan program Gotong Royong Perdana 2017 dengan kerjasama Sekolah Rendah Agama Bandar Baru Sentul bertempat di perkarangan masjid. Program ini juga turut melibatkan kerjasama daripada Giat Mara Jalan Pahang dan Asrama Sentosa Jabatan Kebajkan Masyarakat.

                                                                      

    Program bermula pada jam 8 pagi dan berakhir pada jam 12 tengahari. Program ini juga dimulakan dengan acara senaman pagi beramai – ramai bagi memastikan semua peserta sihat dan ceria sebelum memulakan kerja gotong royong. Peserta gotong royong yang hadir dianggarkan seramai 150 orang.

    Program seperti ini dapat merapatkan ukhwah masyarakat muslim dan mendekatkan hati anak kariah dengan institusi masjid. Selain itu, ianya dapat melahirkan rasa cinta kita terhadap masjid dengan mezahirkan penjagaan kebersihan di kawasan perkarangan masjid.

    Pengerusi masjid iaitu Dato Abdul Razak Bin Hussain menyatakan cadangan bahawa program gotong royong sebegini akan kerap diadakan sekurang – kurangnya empat kali setahun.

    Semoga usaha murni peserta yang terlibat dalam memastikan masjid sentiasa dalam keadaan bersih dan indah akan menjadi ikutan kepada masyarakat yang lain.

    WhatsApp Image 2017-03-12 at 9.51.23 AM WhatsApp Image 2017-03-12 at 9.51.26 AM
    WhatsApp Image 2017-03-12 at 9.51.33 AM WhatsApp Image 2017-03-12 at 9.51.28 AM
       


    Disediakan oleh
    Pejabat Pentadbiran Masjid dan Surau Zon 2,
    Bahagian Pengurusan Masjid,
    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

     

  •  

    WhatsApp Image 2017-03-13 at 11.15.42 AM

    12 MAC 2017 (AHAD) -Masjid Ibn Abbas Taman Ibu Kota dengan kerjasama Pusat Zon 2 JAWI telah mengadakan Kursus Pengurusan Jenazah bertempat di Dewan Seminar, Masjid Ibn Abbas, Jalan Taman Ibu Kota, Kuala Lumpur.

    Majlis bermula pada jam 8.30 pagi dimulakan dengan slot pengenalan pengurusan jenazah yang disampaikan oleh Ust. Mohd Marngi Bin Wasim dan pada slot kedua praktikal mandi dan juga mengkafan jenazah yang dikendalikan oleh fasilitator dari Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI iaitu Ust Mohd Shafiq dan Ustazah Raisah. Seramai 80 orang anak kariah telah mengambil bahagian dalam kursus ini, dan keseluruhan peserta memberikan komen dan juga respon yang positif terhadap kursus ini kerana sangat bermanfaat dan memberi input yang sangat berguna untuk dipraktikkan pada masa hadapan.

    Turut hadir menyerikan majlis adalah Y.Bhg. Ust. Mohamad Fazli Bin Zain, Ketua Penyelaras, Pusat Zon 2 JAWI yang telah merasmikan Majlis Perasmian Penutup serta menyampaikan cenderamata kepada peserta kursus dan juga fasilitator. Majlis berakhir pada jam 1.30 tengahari.

    .

     

    WhatsApp Image 2017-03-13 at 11.18.29 AM WhatsApp Image 2017-03-13 at 11.20.09 AM
    WhatsApp Image 2017-03-13 at 9.10.06 AM WhatsApp Image 2017-03-13 at 11.18.31 AM 1
       


    Teks dan Foto Disediakan oleh:
    Pusat Pentadbiran Masjid dan Surau Zon 2,
    Bahagian Pengurusan Masjid,
    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

     

  •  

    Picture2

     

    19 Mac 2017 (Sabtu) – Masjid Anas Bin Malik, Kg Selayang Lama telah mengadakan Program Bengkel Muazin dan  Solat Cara Rasulullah. Bengkel tersebut telah disertai oleh seramaiseramai 150 orang peserta bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang.

    Bengkeltersebut telah dikendalikan oleh Ustaz Jeffri Bin  Bujangmerupakan salah seorang finalis Program Bilal Idaman, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) danUs. Mohd Mustakim Bin Mohamood, Pegawai Hal Ehwal Islam, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

    Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan kepada anak- anak kariah mengenai kelebihansebagai bilal serta membimbing peserta mengenai kaedah azan, selain itu,  bengkel ini juga memberi pencerahan terhadap kaedah ibadahsolat mengikut cara Rasulullah.

    Semoga bengkel yang dianjurkan oleh pihak masjid ini mampu merealisasikan masjid sebagai pusat ilmu kepada anak-anak kariah dan sekitarnya.

    Picture9 Picture6
    Picture4 Picture8
       


    Disediakan oleh
    Pusat Pentadbiran Zon 1,
    Bahagian Pengurusan Masjid,
    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

     

  •  

    WhatsApp Image 2017-03-23 at 10.27.10 AM 1

    21 MAC 2017 (SELASA) -Masjid Ibn Abbas Taman Ibu Kota dengan kerjasama Pusat Zon 2 JAWI telah mengadakan Program Bicara Mufti sempena jelajah mufti ke masjid zon 2 bagi tahun 2017 ini bermula selepas solat maghrib.

    SS Datuk Mufti dalam ceramah beliau telah banyak menekankan aspek Tabayyun dalam apa jua perkara dalam kehidupan seharian, terutama sekali dengan ledakan era teknologi maklumat ini beliau menyeru semua masyarakat agar apabila mendapat sesuatu berita maka perlulah disemak dan diteliti maklumat tersebut sebelum kita sebarkan kepada orang lain.

    Sebelum itu SS Datuk Mufti sempat meluangkan masa untuk melihat masalah yang berlaku di Surau An-Nur Setapak Indah serta beramah mesra bersama ahli jawatankuasa surau tersebut.


     

    WhatsApp Image 2017-03-23 at 10.27.13 AM WhatsApp Image 2017-03-23 at 10.27.10 AM
       
       


    Disediakan oleh
    Pusat Pentadbiran Zon 2,
    Bahagian Pengurusan Masjid,
    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

     

  • jpusazizzain1 
     

    30 Mac 2017 I 2 Rejab 1438H (Khamis) – Bahagian Pengurusan Dakwah melalui Unit Kebajikan Islam meneruskan misi menjejak pesara ke kediaman Ustaz Abdul Aziz bin Zain di Hulu Langat, Selangor. Beliau yang kini berumur 68 tahun telah menamatkan perkhidmatan dengan jawatan Ketua Penolong Pengarah (S48) pada tahun 2005 dan telah banyak menabur bakti pada jabatan ini khususnya dalam menyebar luaskan syariat Islam di Wilayah Persekutuan.

    Seramai 21 orang pegawai JAWI dari pelbagai bahagian telah menyertai program kali ini.  Rombongan yang diketuai oleh Tuan Haji Abdul Aziz bin Jusoh, Pengarah JAWI dan diringi oleh Tuan Haji Yaakob bin Abdul Rahim, Timbalan Pengarah Operasi JAWI turut disertai oleh Ketua-ketua Bahagian di JAWI iaitu Tuan Haji Yusof bin Mamat, Tuan Haji Zainul Abidin bin Mat Noor, Ustaz Wan Jaapar bin Wan Ahmad dan Tuan Haji Jaafar bin Ismail. Justeru, program jejak pesara kali ini bukan sahaja berjaya menjejaki beliau malah dapat membina ukhuwah antara generasi lama dan baharu yang ada di JAWI di samping mengenali beliau dengan lebih dekat lagi. Diharapkan beliau diberikan Allah SWT umur yang panjang serta kesihatan yang baik.

    Semoga usaha murni menjejaki bekas penjawat awam yang bersara di JAWI ini, menjadi jambatan yang boleh menghubungkan antara Jabatan dengan pesara. Melalui usaha ini juga diharapkan semua penjawat awam yang telah bersara di JAWI tidak merasa terpinggir dan tersisih daripada rakan-rakan yang masih berkhidmat di jabatan ini.

     
             jpusazizzain2 jpusazizzain3 
       
                                                                              jpusazizzain4

                                                             

     

     Disediakan oleh:

    Bahagian Pengurusan Dakwah                                                                    
    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

  • haji 8

     

     

     1 April 2017 / 4 Rejab 1438H (Sabtu) – Masjid Al-Muqarrabin dengan kerjasama Pusat Zon 5 dan Tabung Haji Wilayah Persekutuan  telah menganjurkan Kursus Asas Haji bagi peringkat wilayah persekutan, majlis perasmian telah disempurnakan oleh  YBhg. Tuan Haji Abdul Aziz Jusoh, Pengarah JAWI . Majlis turut dihadiri timbalan pengarah Tabung haji W.P , Timbalan Pengarah Operasi JAWI Tn hj Yaacob bin Ab Rahim, Tn Hj jaafar Bin Ismail KPPK Bahagian Pengurusan Masjid , Tn Hj Mazlan Bin Osman ,PPK ZOn 5 dan Timbalan Masjid Al-Muqarrabin Datuk Taufik Bin Said.

    Kursus Asas haji ini merupakan kursus tahunan yang dianjurkan oleh pihak masjid dan berlansung selama 17 siri bermula dari disember 2016 sehingga la April 2017. Kursus tersebut disertai hampir 200 orang peserta yang terdiri daripada masyarakat setempat dan di kendalikan oleh Ustaz Abu Hassan sebagai tenaga pengajar dan Ustaz Mohammad Khalil Bin Ibrahim bertindak sebagai ketua Urusetia yang merupakan Ketua Imam Masjid Al-Muqarrabin.

     

     
    haji 4 haji 1
     haji 2     haji 3

     

    Disediakan oleh :

    Masjid Al-Muqarrabin Bandar Tasik Selatan 

    Pusat Zon 5 (JAWI)

     Foto oleh : 

    Masjaya Bin Andi Abdilah & Muhd Fadhli Bin Harun 

    Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 5 

     

     

     

     

     

     

  • 1
     

    10 April 2017 (Isnin) – Atas inisiatif mendapatkan informasi dan maklumat mengenai proses perbicaraan sesuatu kes perceraian di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, seramai sepuluh orang Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju’ (PNCR) bersama dua orang kakitangan Unit Cerai, Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Kuala Lumpur yang diketuai oleh Dr. Abdul Ghaffar bin Surip, Ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju’ (KPNCR) Wilayah-Wilayah Persekutuan telah mengadakan Lawatan Pemerhatian Perbicaraan Kes Perceraian di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

    Tujuan utama lawatan pemerhatian kes ini diadakan adalah untuk melihat dengan lebih dekat mengenai proses perbicaraan bagi kes perceraian yang dilaksanakan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Selain itu, dapatan dari pemerhatian perbicaraan kes ini juga dapat dimanfaatkan di dalam perkhidmatan khidmat nasihat kekeluargaan yang dijalankan di BPPK serta memahami prosedur dan proses pembubaran perkahwinan yang dijalankan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

    Sebanyak sepuluh perbicaraan kes tuntutan perceraian yang dikendalikan oleh Yang Arif Tuan Mohd Saifullah bin Hamzah, Hakim Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dapat disaksikan di Dewan 9, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

    Perbicaraan kes yang disaksikan adalah meliputi kes permohonan perceraian, Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) iaitu perceraian dengan talaq atau dengan perintah (seksyen 47), timbang tara oleh Hakam (seksyen 48), perceraian khul’ atau cerai tebus talaq (seksyen 49), perceraian di bawah ta’liq atau janji (seksyen 50), perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh (seksyen 52) dan kes pengesahan lafaz cerai yang telah dilafazkan di luar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah.

     

    2 3
     4  5

    Disediakan oleh:

    Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga

    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan 

  •  

    WhatsApp Image 2017-04-19 at 7.24.07 AM




    18 April 2017 / 21 Rejab 1438H – (Selasa)
    : Pejabat Pentadbiran Masjid dan Surau Zon 2 dengan kerjasama Masjid Zaid Bin Haritsah, Sungai  Mulia KM 8 Jalan Gombak Kuala Lumpur telah mengadakan Siri Jelajah Mufti Wilayah Persekutuan dengan Program Bicara Mufti bagi memberi percambahan ilmu kepada anak jemaah sekitar Sungai Mulia.

    Program Bicara Mufti Siri 4/2017 telah diadakan dengan jayanya bertempat di ruang solat Masjid Zaid Bin Haritsah dengan kehadiran jemaah seramai 300 orang. SS Datuk menyampaikan tazkirah bertajukIbrah Peristiwa Israk Mikraj.Antara intipati ceramah S.S. Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri ialah beliau menasihati supaya menjaga solat dan hati kerana dengan solat dapat membersihkan hati. Hati yang bersih dapat menghadirkan rasa khusyuk dalam beribadah serta mendapat ketenangan dalam kehidupan.

    Majlis diakhiri dengan Perasmian Kepuk Rezeki Masjid Zaid Bin Haritsah untuk golongan asnaf yang memerlukan. Perasmian tersebut telah disempurnakan oleh S.S. Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri.

     

    WhatsApp Image 2017-04-18 at 10.56.23 PM WhatsApp Image 2017-04-19 at 7.24.37 AM 1
     WhatsApp Image 2017-04-19 at 9.34.38 AM  WhatsApp Image 2017-04-19 at 9.34.04 AM
       


    Disediakan oleh
    Pusat Pentadbiran Zon 2,
    Bahagian Pengurusan Masjid,
    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

     

  • mjik 2

     

     

    21 April 2017 (Jumaat)Masjid Ibnu Khaldun, Pekan Sungai Besi telah dibuka secara rasminya dengan perlaksanaan solat jumaat buat kali pertama di masjid ini. Masjid ini diletakkan di bawah pejabat pentadbiran Pusat Zon 5, Bahagian Pengurusan Masjid, JAWI.

    Hadir sama dalam melaksanakan solat Jumaat tersebut ialah YB. Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP),YBhgTan Sri Dato' Haji Othman Bin Mustapha, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam  Malaysia (JAKIM)SS Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Mufti Wilayah PersekutuanYBhg. Datuk Hj. Zainal Abidin Jaffar, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP,YBhg Datuk Rizalman Bin Dato’ Hj Mokhtar, Pemimpin masyarakat  dan Pegawai-Pegawai Kanan JAWI.

    Khutbah Jumaat telah disampaikan oleh YB. Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Antara isi kandungan khutbah yang disampaikan, YB. Menteri mengingatkan kepentingan pengimarahan masjid dan menjadikan masjid ini suatu tempat perpaduan ummah serta mengelakkan daripada berlakunya pertelingkahan yang membawa kepada perpecahan dalam masyarakat. Adalah diharapkan Jawatankuasa masjid dan masyarakat setempat dapat menghargai pembinaan masjid ini dan menjadikannya pusat pengukuhan ukhwah masyarakat islam dan bersama-sama bekerjasama dalam mengimarahkan masjid ini . Pembinaanmasjid ini bukan hanya sebagai institusi keagamaan malah bertindak sebagai kemudahan kepadapenduduk sekitar  Pekan Sungai Besi dalam menyemarakkan lagi aktiviti–aktiviti keagamaan selaras dengan peranan yang dimainkan oleh masjid untuk meningkatkan syiar Islam di Wilayah Persekutuan.

     

    mjik mjik 3
    mjik 4 mjik 6
       
       
       

    Disediakan Oleh:

    Pejabat Pusat Zon 5 (JAWI) Kuala Lumpur

     

  •  

    WhatsApp Image 2017-04-26 at 10.13.21 AM

    23 April 2017 (Ahad)Masjid Salahuddin Al- Ayyubi Taman Melati Setapak Kuala Lumpur dan Masjid Al-Hidayah Sentul Pasar Kuala Lumpur telah mengadakan Ceramah Perdana Israk dan Mikraj serentak di masjid masing-masing sempena hari kebesaran Islam tersebut yang jatuh pada tanggal 27 Rejab 1438H bersamaan 24 April 2017 dan telah disambut sehari lebih awal.

    Ceramah Israk dan Mikraj ini diadakan selepas solat maghrib. Seramai 350 orang telah direkodkan hadir dalam sesi ceramah tersebut. Penceramah jemputan ialah Ybhg PU Johari Ibrahim iaitu Selebriti Program “Pencetus Ummah” musim kedua anjuran Astro Oasis. Tajuk ceramah yang disampaikan beliau ialah “Israk Mikraj Satu Rialiti”.

    Manakala di Masjid Al-Hidayah Sentul Pasar juga telah menarik minat seramai 400 anak jemaah untuk hadir bagi mendengar ceramah bertajuk “Israk Mikraj” yang telah disampaikan oleh Ybhg Ustaz Harryanto Rizal Rokman.

    Dengan adanya ceramah Israk dan Mikraj yang diadakan pada setiap tahun akan memimpin masyarakat ke jalan yang diredhai Allah S.W.T. berjaya di dunia dan akhirat.


     

    WhatsApp Image 2017-04-25 at 10.33.56 AM WhatsApp Image 2017-04-25 at 10.33.44 AM
     WhatsApp Image 2017-04-23 at 8.38.16 PM  WhatsApp Image 2017-04-23 at 8.58.13 PM
       


    Disediakan oleh
    Pusat Pentadbiran Zon 2,
    Bahagian Pengurusan Masjid,
    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

     

  •  

     zon111

    27 April 2017 /30 Rejab 1438H - Bahagian Pelajaran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan program Ihtifal SRA dan KAFA Peringkat  Zon seperti berikut :

    18 April 2017 (Selasa) -     Zon 1 bertempat di SRA Saidina Ali (kw) dan   Zon 2 bertempat di SRA  Amru al-As

    19 April 2017 (Rabu)     -     Zon 3 bertempat di SRA al-Suyuthi  dan Zon 4 bertempat  di SRA al-Jamiyyah

    20 April 2017 (Khamis) -     Zon 5 bertempat di SRA Saidina Uthman bin Affan dan Zon 6  bertempat di SRA al-Khawarizmi

    22 April 2017 (Sabtu)    -     Zon 7 bertempat di SKPP 5 (1) Putrajaya

    Program ini merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Bahagian Pelajaran bertujuan mencungkil bakat dan kebolehan   murid SRA dan KAFA dalam acara yang dipertandingkan  seperti Tilawah  al-Quran (Lelaki/Perempuan),  Hafazan (Lelaki/Perempuan), Ejaan Jawi (terbuka), Khat (terbuka), Syarahan Bahasa Arab (Lelaki/Perempuan),Syarahan Bahasa Melayu (Lelaki /Perempuan) dan Nasyid (Lelaki/Perempuan). Tahniah diucapkan  kepada semua pemenang di setiap Zon, Insyallah berjumpa lagi di Ihtifal Akhir.

     

    Zon 1  Zon 2 
     zon 8  Zon 3
     Zon 4  zon 5
     zon 7  Zon 6

    Disediakan Oleh;

    Bahagian Pelajaran

    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

     

     

     

  •  hadis 1
     

    28 April 2017 / 1 Saaban 1438H.Bahagian Pelajaran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah mengadakan Bengkel Penyediaan Draf Hadis Tahun 4  selama 3 hari bermula dari 25-27 April 2017 bertempat di di Bilik Aktiviti, Aras 3, Kompleks Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan yang dikelola oleh Unit Akademik Bahagian Pelajaran.

    Bengkel  kali ini  diadakan bagi  memilih hadis-hadis  yang bersesuaian dengan  cadangan kandungan objektif yang telah disediakan. Kesemua hadis ini dipilih daripada riwayat Al-Bukhari dan Muslim yang bersesuaian dengan tahap kognitif murid tahun 4 yang mana ianya akan dijadikan Sukatan Buku Teks Hadis dan akan diguna pakai di semua Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI ( SIRAJ ) dan Sekolah Rendah Agama (SRA) di Wilayah Persekutuan. Sebanyak 6 Hadis telah dipilih untuk dijadikan sebagai isi pelajaran Hadis Tahun 4.

    hadis 2  hadis 3 
     

    Disediakan Oleh;

    Bahagian Pelajaran

    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com