Cawangan Penyelarasan & Perancangan Kariah

FUNGSI
  1. Merancang, menyelaras dan menyediakan bajet tahunan bahagian.
  2. Menguruskan pembayaran saguhati/elaun kepada Imam Ratib, Pembantu Bilal, Noja, Imam Hafiz Al-Quran dan Jawatankuasa masjid / surau Jumaat.
  3. Menyelaras temuduga pelantikan/bayaran imbuhan kepada Imam Ratib, Pembantu Bilal dan Imam Hafiz Al-Quran.
  4. Menyelaras pelantikan jawatankuasa masjid, surau Jumaat dan surau biasa.
  5. Menyelaras persiapan dan lawatan SPB Agong menunaikan sembahyang Jumaat di masjid dan surau Jumaat.
  6. Menyelaras permohonan pembaikan masjid, surau Jumaat dan surau.
  7. Menyelaras permohonan kutipan derma dan sokongan visa menjadi imam oleh warga asing.
  8. Menyelaras penyediaan sempadan kariah masjid.
  9. Menyelaras penyediaan kertas-kertas cadangan untuk Mesyuarat MAIWP, Mesyuarat Jawatankuasa Baitulmal, Mesyuarat Pengurusan JAWI dan Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak.
  10. Menyelaras penyediaan pendaftaran anak kariah masjid.
  11. Menyelaras pemberian bantuan- bantuan, hari kebesaran Islam dan kebersihan masjid/ surau Jumaat.