Cawangan Perhubungan Awam & Penerbitan

PENGENALAN

Cawangan Perhubungan Awam dan Penerbitan merupakan salah satu unit di bawah Pejabat Pengarah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

FUNGSI & PERANAN

1. Menyelaras aktiviti atau tindakan perhubungan awam (media) di antara bahagian berdasarkan pelbagai medium komunikasi sama ada cetak, elektronik atau Internet;

2. Menyelaras program dan aktiviti perhubungan awam dengan JAKIM dan lain-lain agensi agama Islam di bawah YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri;

3. Menyelaras program dan aktiviti promosi yang akan disertai oleh Jabatan;

4. Menyelaras penerbitan dan bahan-bahan cetak utama Jabatan;

5. Menyelaras maklumat atau informasi rasmi Jabatan yang diterbitkan melalui media cetak, elektronik atau Internet;

6. Bertindak sebagai penyelaras dan penerbit laman-laman media sosial Jabatan seperti di Facebook atau Instagram;

7. Menyelaras dan menyediakan kenyataan media rasmi untuk Jabatan; dan

8. Lain-lain tugasan dan peranan yang ditetapkan oleh Pengarah daripada semasa ke semasa.

 

PROSES KERJA

Carta aliran proses kerja pengurusan aduan awam


Cetak   Emel