Bahagian - Pengurusan Dakwah

PENGENALAN

Bahagian Pengurusan Dakwah merupakan salah satu bahagian daripada bahagian-bahagian di JAWI yang terdiri daripada tiga cawangan dan diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah Kanan.  
Sasaran utama dakwah ialah seluruh masyarakat di Wilayah Persekutuan khususnya masyarakat Islam meliputi semua peringkat umur.

Bahagian Pengurusan Dakwah mempunyai 3 cawangan iaitu: 

♦ Cawangan Penyelarasan & Kebajikan Islam

♦ Cawangan Kebajikan Saudara Muslim

♦ Cawangan Hadhari & Kefahaman Islam


FUNGSI :- 

  • Menganjurkan Majlis Rasmi dan Hari Kebesaran Islam Peringkat Jabatan dan Negeri Wilayah Persekutuan seperti Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran, Majlis Sambutan Ma’al Hijrah dan Majlis Sambutan Maulidur Rasul.
  • Menyediakan bimbingan dan latihan bagi Peserta Tilawah dan Hafazan Al-Qur’an Peringkat Negeri dan Kebangsaan.
  • Mengurus kerjasama strategik peringkat Negeri Wilayah Persekutuan bagi penganjuran Majlis Rasmi dan Hari Kebesaran Islam peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa  anjuran Agensi Persekutuan.
  • Mengendalikan pengurusan jenazah orang Islam tidak berwaris, mualaf, jenazah berisiko, mangsa bencana, anggota, janin dan jenazah tidak berkemampuan atas permintaan waris dan permohonan pusat perubatan.
  • Menyantuni pesakit di Pusat Perubatan dan penghuni rumah kebajikan/rumah perlindungan.
  • Menjalankan kerjasama strategik dengan Pusat Perubatan melalui Kursus Ibadah Pesakit dan Khidmat Nasihat Kerohanian.
  • Mengurus proses Pengislaman dan Pendaftaran Masuk Islam.
  • Menyelaras pengurusan kebajikan Mualaf di Wilayah-Wilayah Persekutuan.
  • Menjalankan operasi Kompleks Darul Hidayah dangan menyediakan Kelas Pengajian dan Program Mualaf.
  • Menjalankan dakwah bil hal serta kelas bimbingan Fardu Ain dan al-Qur’an  kepada golongan sasar di Wilayah Persekutuan.
  • Memberi penjelasan dan kefahaman berkaitan isu-isu semasa melibatkan aqidah, syariah dan sosial.
  • Menyediakan latihan dan kemahiran bagi memperkasakan pendakwah dalam kalangan warga jabatan dan sukarelawan.
  • Mengadakan kerjasama strategik antara agensi, badan korporat dan NGO dalam memperkasakan aktiviti dakwah di Wilayah Persekutuan. 

 

Piagam Pelanggan
   
Bersedia memberi khidmat kepada masyarakat Islam di Wilayah Persekutuan  khasnya dan   masyarakat Malaysia amnya dalam mempertingkatkan Kefahaman Islam dan amalan didalam  kehidupan  harian