05:47
Imsak
05:57
Subuh
07:09
Syuruk
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:30
Maghrib
20:45
Isyak

 

1554649876108 1 maklumbalas hubungi peta

PENGENALAN

Diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah (Pegawai PTD Gred M48). Bahagian Pembangunan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (BPJ) sebelum ini dikenali sebagai Bahagian Pembangunan dan Pelaburan (BPP) di mana ianya melibatkan dua fungsi iaitu Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Fungsi Pembangunan adalah lebih kepada fungsi JAWI dan fungsi Pelaburan pula lebih kepada MAIWP.Pada 16 Mei 2007, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengasingkan entiti JAWI dan MAIWP di mana JAWI dikekalkan sebagai jabatan kerajaan dan MAIWP pula dinaiktaraf sebagai sebuah badan berkanun Persekutuan dimana semua Penjawat Awam MAIWP dilantik di dalam perkhidmatan tetap kerajaan.

 

FUNGSI

    • Merancang, melaksana dan menyelia kemajuan projek pembangunan yang melibatkan pembinaan baru bangunan institusi Islam seperti masjid, kuarters masjid, surau jumaat, sekolah rendah agama (SRA) dan tanah perkuburan Islam (TPI).
    • Menguruskan hal ehwal pembangunan dan penyelenggaraan masjid, kuarters masjid, surau jumaat, sekolah rendah agama (SRA) dan tanah perkuburan Islam (TPI).
    • Menyediakan anggaran belanjawan pembangunan di bawah bajet Akaun Amanah serta Akaun Mengurus.
    • Menyelenggara sistem mekanikal, elektrikal dan sivil di Kompleks Pusat Islam, Masjid Wilayah Persekutuan, Darul Kalam dan Kompleks Darul Hidayah.

 

PIAGAM PELANGGAN

 

UNIT TEKNIKAL DAN SENGGARA

BAHAGIAN PEMBANGUNAN JAWI

(KEJURUTERAAN AWAM/ ELEKTRIK/ MEKANIKAL)

Kami berjanji akan memberikan perkhidmatan yang berkualiti seperti berikut:

1.     Aduan kerosakan/ Pembaikan Masjid, Surau dan SRA akan disiasat dalam tempoh :

  • Kes Kecemasan: Bertindak dalam tempoh 3 jam.
  • Kes Kerosakan Biasa: Bertindak dalam tempoh 3 hari bekerja
  • Kes Kecemasan : Bertindak dalam tempoh 1 jam.
  • Kes Kerosakan Biasa: Bertindak dalam tempoh 24 jam.*

2.     Aduan kerosakan/ Pembaikan Kompleks Pusat Islam dan Masjid Wilayah Persekutuan akan disiasat dalam tempoh :

Tindakan selanjutnya bergantung kepada hasil siasatan.

 

 

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com