PENGENALAN
Penubuhan Unit Integriti ini merupakan usaha kawalan dalaman oleh agensi untuk menguruskan integriti dalam
organisasi. Unit ini diletakkan secara terus di bawah Pejabat Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
FUNGSI
Unit ini bertanggungjawab untuk melaksanakan enam (6) fungsi teras seperti berikut:
1. Tadbir Urus
- Memastikan urus tadbir terbaik dapat dilaksanakan.
2. Pengukuhan Integriti
- Memastikan pembudayaan dan pelaksanaan integriti dalam organisasi.
3. Pengesanan dan Pengesahan
- Mengesan dan mengesahakan aduan salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan
dan etika serta memastikan tindakan susulan sewajarnya diambil.
- Melaporkan salahlaku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab.
4. Pengurusan Aduan
- Menerima dan mengambil tindakan ke atas aduan/maklumat salahlaku jenayah serta pelanggaran
tatakelakuan dan etika organisasi.
5. Pematuhan
- Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa.
6. Tatatertib
- Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib.