05:40
Imsak
05:50
Subuh
07:02
Syuruk
13:14
Zohor
16:40
Asar
19:23
Maghrib
20:38
Isyak

 

1554649876108 1 maklumbalas hubungi peta

PROSES KERJA BAGI PEMBELIAN TERUS  

1.   Menerima permohonan bertulis daripada bahagian-bahagian 

 

2.   Mengesahkan penerimaan permohonan

 

3.   Menyemak Profil Syarikat yang telah berdaftar untuk mendapatkan Sebut Harga (Quotation)

 

4.   Memilih sekurang-kurangnya tiga (3) Sebut Harga beserta Sijil SSM dan pendaftaran KKM bagi pembelian melebihi RM10,000.00

 

5.   Mengesyorkan perakuan kepada Pegawai Atasan untuk kelulusan

 

 6.   Terima kelulusan daripada Pegawai Atasan

7.   Mengesahkan Borang Pesanan Tempatan, Sebut Harga dan sijil-sijil yang berkaitan

 

8.   Merekodkan Permohonan Pesanan Tempatan di dalam Rekod Pergerakan Pesanan Tempatan

 

9.   Menghantar Borang Pesanan Tempatan ke Unit Kewangan untuk kelulusan dan pengeluaran Pesanan Tempatan

 

10. Terima pesanan tempatan daripada Unit Kewangan

 

11. Merekodkan Pesanan Tempatan di dalam Rekod Pergerakan Pesanan Tempatan.

 

12. Mengfaks dan menghubungi pihak pembekal untuk memperakukan penerimaan Pesanan Tempatan

 

13. Merekodkan penerimaan semula Pesanan Tempatan dari pembekal beserta Invois dan Nota Terima (D.O)

 14. Menghantar satu (1) salinan Pesanan Tempatan beserta Invois dan Nota Terima ke Unit Kewangan untuk tujuan pembayaran

PROSES KERJA BAGI PEROLEHAN SECARA SEBUT HARGA/TENDER  

1.   Membuat pendaftaran fail baru untuk urusan dokumentasi Sebut Harga/Tender

 

2.   Membuat deraf dokumen Sebut Harga/Tender dan spesifikasi berdasarkan perkhidmatan dan pembekalan

 

3.   Menghantar deraf dokumen Sebut Harga/Tender untuk kelulusan.

 

4.   Mengeluarkan dokumen asal Sebut Harga/Tender yang telah diluluskan

 

5.   Membuat salinan dokumen Sebut Harga/Tender ( min 15 salinan)

 

6.   Membuat deraf kenyataan tawaran Sebut Harga/Tender untuk kelulusan

 

7.   Memaparkan kenyataan tawaran yang telah diluluskan di papan notis untuk Sebut Harga.

 

8.   Mengiklankan kenyataan Tender di akhbar tempatan

 

9.   Merekodkan pengambilan dokumen Sebut Harga/Tender dan menyediakan peti Sebut Harga/Tender

 

10. Memaklumkan kepada Ahli Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga/Tender secara bertulis mengenai tarikh tutup Sebut Harga/Tender

 

11. Membuat deraf kertas taklimat Sebut Harga/Tender

 

12. Menyediakan salinan kertas taklimat untuk semua Ahli Jawatankuasa

 

13. Membentangkan kertas taklimat Sebut Harga dalam mesyuarat Jawatankuasa Sebut Harga

 

 

 

 14. Menghantar kertas taklimat Tender ke Lembaga Perolehan JPM

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com