05:47
Imsak
05:57
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

ANAK KARIAH TAMAN MELATI MENGIKUTI KEMBARA MUNAJAT KE KOMPLEKS NASYRUL QURAN DAN BERTALAQQI AL QURAN DALAM BAS

WhatsApp Image 2018 08 02 at 2.54.21 PM

 

PUTRAJAYA, 2 OGOS (Khamis)   Jawatankuasa Kariah masjid Salahuddin al Ayyubi telah menganjurkan Program Munajat dan Talaqqi al Quran dalam bas yang dihadiri seramai 150 orang anak kariah Masjid Salahuddin al Ayyubi hari ini ke Kompleks Nasyrul Quran,Putrajaya.

Kompleks Nasyrul Quran merupakan kilang percetakan Al-Quran yang kedua terbesar di dunia, berfungsi bukan hanya setakat sebagai pusat percetakan, bahkan sebagai pusat penyelidikan, pentafsiran, penterjemahan dalam pelbagai bahasa, penerbitan dan pengagihan al-Quran.

Peserta yang mengikuti kembara tersebut kebanyakannya terdiri daripada peserta kelas  talaqqi setiap hari yang diadakan di masjid berkenaan. Suasana bertalaqqi di dalam bas telah memberi inspirasi kepada anak kariah bahawa al Quran harus didampingi setiap masa tanpa mengira batasan tempat dan waktu.

Program ini mendatangkan manfaat kepada anak kariah  masjid Salahuddin al Ayyubi,Taman Melati disamping memberi pengalaman baru bertalaqqi di dalam bas, ianya  memberi pengetahuan bahawa penghasilan al-Quran bukanlah sesuatu yang mudah dan sentiasa memelihara kesuciannya.

 

 

WhatsApp Image 2018 08 02 at 2.54.47 PM    WhatsApp Image 2018 08 02 at 2.54.26 PM

WhatsApp Image 2018 08 02 at 2.54.27 PM    WhatsApp Image 2018 08 02 at 2.54.28 PM

   WhatsApp Image 2018 08 02 at 2.54.29 PM     WhatsApp Image 2018 08 02 at 2.54.27 PM 1    

WhatsApp Image 2018 08 02 at 2.54.23 PM 1     WhatsApp Image 2018 08 02 at 2.54.25 PM

Foto dan Teks Disediakan Oleh : 

Pejabat Pentadbiran Masjid dan Surau Zon 2
JAWI

 

 


Cetak   Emel