05:47
Imsak
05:57
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

JAWI MENGHARGAI JASA MURABBI UMMAH

 
IMG 8242

 

 

27 Februari 2018 – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan melalui Bahagian Pengurusan Masjid telah berjaya menganjurkan program Multaqa Murabbi Ummah peringkat Wilayah Pesekutuan 2018 bertempat di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana. Program ini bertujuan mengangkat dan mengiktiraf sumbangan dan perkhidmatan para imam, bilal, noja, Penyelia KAFA, guru-guru Takmir dan guru-guru KAFA dalam memartabat hal ehwal Islam dan membangunkan ummah di Wilayah Persekutuan.

1

 

Selain itu, program ini juga adalah untuk menyampaikan maklumat semasa kepada para peserta khususnya berkaitan hal ehwal Islam dan isu-isu semasa yang berkaitan agama melalui siri-siri ceramah yang disampaikan. Ceramah bertajuk Melestarikan Pengurusan & Kepimpinan Pegawai Masjid” telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Haji Badli Shah bin Alaudin, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Pahang. Manakala ceramah kedua yang bertajuk Memartabatkan Keunggulan Umat Islam Dalam Memahami Konsep Tabayyun dan Fiqh Ta’aayush” telah disampaikan oleh Tuan Haji Yusof bin Mamat, Timbalan Pengarah Operasi, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

1

 

Program yang mendapat sambutan sekitar 1500 peserta ini telah disempurnakan perasmiannya oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Sempena program ini, YB Menteri turut mengumumkan peruntukan bayaran khas one-off  kepada imam, bilal, noja, guru Takmir dan guru KAFAsebanyak RM 2,805,000.00 (dua juta lapan ratus lima ribu) dan peruntukan bayaran imbuhan kepada imam, guru KAFA dan guru Takmir sebanyak RM 17,013,000.00 (tujuh belas juta tiga belas ribu) bagi tahun 2018.

1

Semoga para murabbi ummah ini akan terus aktif dalam memberikan sumbangannya kepada masyarakat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan ini.

  

IMG 82638 IMG 82186
IMG 81071 IMG 82959
 IMG 831310  IMG 81664


Disediakan Oleh:


Bahagian Pengurusan Masjid

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 


Cetak   Emel