05:46
Imsak
05:56
Subuh
13:14
Zohor
16:29
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Lawatan Jejak Ilmu Johor Bharu , Singapura dan Kepulauaan Riau

 ban 1
 

24 Oktober 2017 -  Sekolah Rendah Agama(SRA)/Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ) Saidina Uthman Ibnu Affan (SUBA) melalui Bahagian Pelajaran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah mengadakan Lawatan Jejak Ilmu Johor Bharu , Singapura dan Kepulauaan Riau pada 15-18 Okt 2017 / 25-28 Muharam 1439H dimana SRA/ SIRAJ Saidina Uthman Ibnu Affan telah melawat 4 buah sekolah disana iaitu  Pusat Pendidikan  Jamiyah Singapura , Sek. Ren. Islam al-Hidayah , Skudai, Sek. Ren. Islam Al Akhyar Johor Bharu dan Sekolah Dasar Muhammadiyah Plus Islamic School  Kota Batam.

Rombongan seramai 45 orang terdiri daripada dua pegawai JAWI daripada bahagian pelajaran iaitu Penolong  Pengarah Kanan Ustazah Zarliza binti Ramli dan Ustazah Siti Fuziah binti Bachok. Turut serta bersama Pengerusi SRA / SIRAJ  Datuk Haji  Salleh bin Yusop,Tuan Haji  Aminuddin bin Hj Kattan Guru Besar SRA/ SIRAJ SUBA, serta guru-guru lain.

Lawatan berlangsung selama 4 hari 3 malam  ini  bertujuan untuk berkongsi idea bertukar-tukar pandangan dalam memacu hala tuju kecemerlangan SRA/SIRAJ SUBA agar lebih gemilang lagi dari pelbagai aspek berdasarkan pengurusan pendidikan JAWI (SKPPJ) yang merangkumi kepimpinan dan hala tuju pengurusan organisasi pengurusan kurikulum,  pengurusan hem pengajaran dan pembelajaran (PdP) Dan kemenjadian murid.

Semoga hasil lawatan ke 4 buah sekolah tersebut sedikit sebanyak dapat membuka minda guru-guru dan seterusnya mengadaptasikannya di SRA/SIRAJ SUBA pada masa akan datang agar lebih baik dari masa ke semasa.

ban 2 ban 3 
 ban 4  ban 5
 ban 6  ban 7
 
Disediakan Oleh:
Bahagian Pelajaran,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

Cetak   Emel