Majlis Sambutan Hari Malaysia kali ke-60 JAWI Labuan
Pada 10 September 2017 (Ahad) Perbadanan Labuan dengan kerjasama semua Badan Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Malaysia bagi mengingati detik bersejarah yang amat berharga kepada semua rakyat Malaysia. Pada tahun ini iaitu tahun 2017, sambutan Hari Kemerdekaan Negera bertempat di Dataran Labuan, WP Labuan. Sambutan tersebut diadakan pada tarikh 10 September 2017 (Ahad), bersempena hari kemerdekaan negara. Ramai yang datang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama untuk meraikan hari yang bersejarah tersebut. Tujuan sambutan ini diadakan adalah untuk menanam perasaan cinta rakyat Malaysia terhadap Negara. Kemerdekaan daripada penjajahan bukanlah sesuatu yang mudah kerana ramai pahlawan terpaksa berkorban harta dan nyawa bagi memastikan negara terlepas daripada belengu penjajahan yang menyeksakan. Oleh itu sewajarnyalah kita berganding bahu agar negara kita terus maju, aman dan harmoni. Majlis dimulakan dengan bacaan Doa oleh Ustaz Najeeb bin Abdul Rahim, Pegawai dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan.
Sambutan itu bermula tepat pada pukul 6.00 pagi dengan upacara menaikkan bendera Jalur Gemilang. Serentak dengan upacara tersebut, semua hadirin berdiri tegak dan menyanyi lagu 'Negaraku' dengan penuh bersemangat. Nyanyian keramat itu disemarakkan dengan alunan muzik sambil mengibarkan bendera Jalur Gemilang.
JAWI LABUAN
|