JELAJAH MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN @ MASJID ZON 2 SIRI 6/2017 (14)
18 Julai 2017 / 24 Syawal 1438H (Selasa) – Pejabat Pentadbiran Zon 2 dengan kerjasama Masjid Al-Hidayah Sentul Pasar Kuala Lumpur telah mengadakan Siri Jelajah Mufti Wilayah Persekutuan dengan Program Bicara Mufti bagi memberi percambahan ilmu kepada anak jemaah sekitar daerah Sentul Pasar. Program Bicara Mufti Siri 6/2017 telah diadakan dengan jayanya bermula jam 8.00 malam hingga 9.00 malam bertempat di ruang solat Masjid Al-Hidayah dengan kehadiran jemaah seramai 300 orang. S.S Datuk menyampaikan tazkirah “Keseronokan Dalam Beribadah”. Antara intipati ceramah S.S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri ialah beliau menyeru supaya memperbetulkan niat dalam beribadah untuk menghadirkan rasa seronok dalam beribadah kepada Allah SWT dan sentiasa mengamalkan zikrullah walau dimana sahaja. Program ini turut diselitkan dengan penyampaian sumbangan kepada seramai 8 orang bakal haji kariah masjid oleh SS Datuk Mufti dan berakhir dengan jamuan makan. .
|