05:47
Imsak
05:57
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

TAUTAN SILATURAHIM ERATKAN PERPADUAN @ TAMAN MELATI

 

5b37435f-2114-496b-a520-14124fbb2e15
 
 

15 Julai 2017 / 23 Syawal 1438H (Sabtu) – Masjid Salahuddin Al-Ayyubi dengan kerjasama Pejabat Pentadbiran Masjid dan Surau Zon 2 JAWI telah mengadakan Majlis Tautan Mahabbah Aidilfitri 1438H di dewan Masjid Salahuddin Al-Ayyubi Taman Melati Setapak Kuala Lumpur.

Majlis dihidangkan dengan pelbagai aneka juadah yang menyelerakan untuk para tetamu yang hadir bermula pada jam 1.45 petang dan berakhir pada jam 4.30 petang telah berjaya mengumpulkan seramai 600 anak jemaah Masjid Salahuddin Al-Ayyubi dan penduduk di sekitar untuk hadir ke majlis ini. Majlis ini juga diserikan lagi dengan kehadiran para tetamu jemputan VVIP iaitu Pengarah JAWI, Pengerusi UDA, YBhg Datok Mohd Shafei Abdullah, Pegawai-pegawai Kanan JAWI dan Pengerusi-pengerusi Masjid dan Surau Zon 2.

Majlis turut dimeriahkan lagi dengan penyampaian duit raya kepada kanak-kanak yang hadir berumur 12 tahun ke bawah. 

3cecaefb-e459-4753-b9a2-8eb8f303e469
7d8f86cc-0b65-4503-801a-d79b94ddb751 
394268bc-8aed-450a-882d-701c0a2c7f99 f1588ded-b5f4-4bee-a3f8-4d98b6618516
   


Teks dan Foto Disediakan oleh:
Pusat Pentadbiran Masjid dan Surau Zon 2,
Bahagian Pengurusan Masjid,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

 


Cetak   Emel