05:46
Imsak
05:56
Subuh
13:14
Zohor
16:29
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Pelaksanaan Solat Jumaat Pertama di Masjid Ibnu Khaldun ,Pekan Sungai Besi 57100 Kuala Lumpur

mjik 2

 

 

21 April 2017 (Jumaat)Masjid Ibnu Khaldun, Pekan Sungai Besi telah dibuka secara rasminya dengan perlaksanaan solat jumaat buat kali pertama di masjid ini. Masjid ini diletakkan di bawah pejabat pentadbiran Pusat Zon 5, Bahagian Pengurusan Masjid, JAWI.

Hadir sama dalam melaksanakan solat Jumaat tersebut ialah YB. Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP),YBhgTan Sri Dato' Haji Othman Bin Mustapha, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam  Malaysia (JAKIM)SS Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Mufti Wilayah PersekutuanYBhg. Datuk Hj. Zainal Abidin Jaffar, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, YBhg Datuk Rizalman Bin Dato’ Hj Mokhtar, Pemimpin masyarakat  dan Pegawai-Pegawai Kanan JAWI.

Khutbah Jumaat telah disampaikan oleh YB. Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Antara isi kandungan khutbah yang disampaikan, YB. Menteri mengingatkan kepentingan pengimarahan masjid dan menjadikan masjid ini suatu tempat perpaduan ummah serta mengelakkan daripada berlakunya pertelingkahan yang membawa kepada perpecahan dalam masyarakat. Adalah diharapkan Jawatankuasa masjid dan masyarakat setempat dapat menghargai pembinaan masjid ini dan menjadikannya pusat pengukuhan ukhwah masyarakat islam dan bersama-sama bekerjasama dalam mengimarahkan masjid ini . Pembinaan masjid ini bukan hanya sebagai institusi keagamaan malah bertindak sebagai kemudahan kepada penduduk sekitar  Pekan Sungai Besi dalam menyemarakkan lagi aktiviti–aktiviti keagamaan selaras dengan peranan yang dimainkan oleh masjid untuk meningkatkan syiar Islam di Wilayah Persekutuan.

 

mjik mjik 3
mjik 4 mjik 6
   
   
   

Disediakan Oleh:

Pejabat Pusat Zon 5 (JAWI) Kuala Lumpur

 


Cetak   Emel