05:47
Imsak
05:57
Subuh
13:15
Zohor
16:28
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Taklimat Etiket Pakaian Penjawat Awam Semasa Bertugas

IMG 1400

 

7 September 2016 (Rabu) – Jabatan Agama Islam W.P. Labuan telah mengadakan ‘Taklimat Etiket Pakaian Penjawat Awam Semasa Bertugas’ di Bilik Al Qardahwi, Jabatan Agama Islam W.P. Labuan (JAWI Labuan) dan telah dihadiri seramai 39 pegawai dan kakitangan JAWI Labuan.

Objektif taklimat tersebut bertujuan memberi panduan dan perkongsian maklumat berhubung dengan kod dan etika berpakaian penjawat awam semasa bertugas selaras dengan peraturan-peraturan dan pekeliling-pekeliling yang perlu dipatuhi.

Di samping itu juga, taklimat tersebut  bertujuan untuk membentuk imej yang baik di kalangan warga JAWI Labuan dalam menjaga penampilan diri semasa bertugas dengan berpakaian yang sesuai selaras dengan pekeling-pekeling yang berkuatkuasa.

Taklimat bertajuk ‘Etiket Pakaian Penjawat Awam Semasa Bertugas’ telah disampaikan oleh Encik Roseli bin Japar, Penolong Pegawai Tadbir JAWI Labuan.

 

IMG 1388 IMG 1390
IMG 1395 IMG 1397
   

Disediakan oleh

Cawangan Khidmat Pengurusan


Cetak   Emel