05:41
Imsak
05:51
Subuh
07:01
Syuruk
13:03
Zohor
16:25
Asar
19:01
Maghrib
20:14
Isyak

 

1554649876108 1 maklumbalas hubungi peta

14 NOV 2020M | 28 RABIUL AWAL 1442H (SABTU) - Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah telah mengadakan Ziarah Rahmah Saudara Baru 2020 bagi menyantuni keluarga mualaf yang memerlukan bantuan keperluan harian dan sokongan kewangan berikutan terkesan dengan Pandemic Covid 19. Berdasarkan aduan yang diterima, Cawangan ini yang terdiri daripada Ustazah Nor Aishah Binti Ahmad dan Ustazah Nurul Aida binti Mohd Ghazlan menziarahi dua buah keluarga Mualaf tersebut.
Hasil sesi ziarah mendapati, mualaf yang pertama iaitu Nur Alysha binti Abdullah, beliau tinggal bersama 3 orang anak yang berusia antara 3 bulan hingga 3 tahun. Suami beliau merupakan warganegara Bangladesh dan tidak dapat kembali ke Malaysia berikutan Pandemic Covid 19. Manakala mualaf yang kedua iaitu Mohd Firdaus bin Abdullah, memerlukan bantuan keperluan harian bagi menyara keluarga berikutan terkesan dengan Pandemic Covid 19 .
Cawangan Kebajikan Saudara Baru membawa sumbangan barangan keperluan harian berupa beras, minyak, tepung, bihun, biskut, susu pekat, sardin, milo dan maggi untuk diserahkan kepada keluarga mualaf tersebut.
Disediakan oleh:
Unit Kebajikan CKSB
Bahagian Pengurusan Dakwah

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com