05:39
Imsak
05:49
Subuh
06:56
Syuruk
13:00
Zohor
16:18
Asar
19:00
Maghrib
20:10
Isyak

 

1554649876108 1 maklumbalas hubungi peta

 

MAPBPPDG291

28 September 2020M / 10 Safar 1441H (Isnin) - Jabatan Agama Islam Wilayah persekutuan melalui Bahagian Pelajaran telah mengadakan Perasmian Penutup Program semarak Jawi Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan di Sekolah Rendah Agama (SRA) An- Najah Presint 9 Putrajaya. Perasmian Program ini telah disempurnakan oleh YB Senator datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al- Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Menteri hal Ehwal Islam).

Program ini juga telah dihadiri oleh Pengarah Jabatan Agama Islam (JAWI), Tuan haji Mohd Ajib bin Ismail, Ketua Penolong Pengarah Kanan JAWI Putrajaya, Puan Mastuyah binti Sahari, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pelajaran JAWI Kuala Lumpur, Dr. Mursilalaili binti Mustapha Sa'di dan pegawai-pegawai JAWI.

Dalam ucapannya YB Menteri mengatakan bahawa tulisan jawi bukanlah sesuatu yang asing dan sepatutnya perlu diterapkan seni kepelbagaian tulisan ini dalam generasi akan datang supaya tidak luput dek hujan lekang dek panas dan beliau mengucapkan tahniah kerana JAWI telah memperkasakan jawi.

Majlis dimeriahkan lagi dengan pameran hasil kreativiti murid-murid dari semua sekolah SRA/SIRAJ/KAFA Zon 1 hingga Zon 7 dalam Program Semarak Jawi peringkat sekolah. Lawatan YB Menteri ke gerai-gerai pameran turut menyaksikan beberapa murid terpilih melakukan acara mewarna, menulis tulisan khat dan Spell it Right in Jawi.

Harapan JAWI agar program seumpama ini dikekalkan bagi memartabatkan tulisan jawi sekaligus memastikan generasi akan datang terus-terusan celik jawi.

      

     
 
 
   
     
     

Disediakan Oleh:
Bahagian Pelajaran
 

 

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com