05:39
Imsak
05:49
Subuh
06:56
Syuruk
13:00
Zohor
16:18
Asar
19:00
Maghrib
20:10
Isyak

 

1554649876108 1 maklumbalas hubungi peta

ANGGOTA POLIS WPKL MANTAPKAN ILMU PENGURUSAN JENAZAH
21 SEPT 2020M | 03 SAFAR 1442H - JAWI telah menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah Siri 2/2020 yang dirasmikan oleh Ustaz Hanifuddin bin Roslan, Timbalan Pengarah (Operasi), JAWI pada 21 Oktober 2020 (Isnin) jam 12.00 tengahari bertempat di Surau Amani Ar Rahman IPD Dang Wangi,Kuala Lumpur. Majlis ini turut dihadiri oleh ACP Ismail bin Che Isa (Ketua Jabtan Integriti dan Pematuhan Standard, IPK Kuala Lumpur) ACP Mohd Fahmi Visuvanathan bin Abdullah (Ketua Polis Dang Wangi)dan Ustazah Siti Razmah binti Idris (Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI)
Kursus Pengurusan Jenazah disertai oleh 53 peserta terdiri Pegawai Kanan, anggota pangkat rendah dan pegawai awam kontinjen Kuala Lumpur.
          
Kursus ini telah dimulakan dengan sesi ceramah yang menyentuh berkenaan adab menziarahi pesakit serta cara-cara berhadapan dengan orang yang sedang nazak dan sampaikan oleh Us. Mohd Hafiz bin Zabidin, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Bahagian Pengurusan Dakwah. Sesi kedua pula adalah praktikal berkaitan kewajipan orang hidup terhadap orang mati telah meliputi mandi, kafan dan solat jenazah yang dibantu oleh fasilitator berpengalaman JAWI.
Kursus diakhiri dengan perasmian penutup yang dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Operasi JAWI Us. Hanifuddin bin Roslan.
Semoga Kursus Pengurusan Jenazah intensif yang dianjurkan ini dapat memberi manfaat yang optimum kepada para peserta yang hadir seterusnya dapat dimanfaatkan di saat khidmat mereka diperlukan. 

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com