05:39
Imsak
05:49
Subuh
06:56
Syuruk
13:00
Zohor
16:18
Asar
19:00
Maghrib
20:10
Isyak

 

1554649876108 1 maklumbalas hubungi peta

60 ORANG PESAKIT HOSPITAL ANGKATAN TENTERA TUANKU MIZAN (HATTM) TERIMA SUMBANGAN BARANGAN KEPERLUAN HARIAN
22 SEPT 2020-JAWI melalui anjuran Unit Kebajikan Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah telah berjaya melaksanakan Program Ziarah Dakwah Secara Berkala Siri 7 di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HATTM). Selaras dengan garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak hospital yang tidak membenarkan sebarang aktiviti lawatan/ ziarah pesakit daripada pihak luar, JAWI telah mengambil inisiatif melaksanakan program tanpa melibatkan pesakit. Serahan sumbangan kepada pesakit dilaksanakan secara simbolik melalui wakil pengurusan hospital/wad bersama pihak JAWI sahaja.
Program ziarah kali ini melibatkan 60 pesakit daripada Wad Ortopedik, Wad Perempuan, NICU dan Wad Obstetrik HATTM. Tujuan utama pelaksanaan program ziarah ini adalah untuk memastikan pesakit di hospital/ pusat perubatan mendapat sokongan moral di samping JAWI dapat menyalurkan sumbangan berbentuk barang keperluan harian yang mana mampu membantu meringankan bebanan pesakit di hospital/ pusat perubatan dan juga waris. Rombongan ziarah daripada JAWI diketuai oleh YBrs. Encik Ahmad Tarmizi bin Mahmud, Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Dakwah (JAWI) mewakili YBrs. Pengarah JAWI. Manakala, wakil dari HATTM pula diketuai oleh YBhg. Kolonel Salenin bin Haji Salleh, Ketua Bahagian Pengurusan, HATTM.
              

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com