05:45
Imsak
05:55
Subuh
07:02
Syuruk
13:09
Zohor
16:14
Asar
19:11
Maghrib
20:20
Isyak

 

1554649876108 1 maklumbalas hubungi peta

 
KONVENSYEN KEPIMPINAN WANITA 
10 SEPTEMBER 2020M | 22 MUHARRAM 1442H (KHAMIS) - "Saidatina Khadijah model yang paling terbaik bagi wanita.." Itu antara ucapan yang ditekankan oleh Timbalan Pengarah Pengurusan JAWI, YBrs. Tuan Shamsul Akmal bin Abd Aziz semasa merasmikan Konvensyen Kepimpinan Wanita tahun 2020 di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad hari ini anjuran BPD JAWI dengan kerjasama rakan strategik, Masjid Jamek Sultan Abdul Samad.
Buat julung kalinya, konvensyen kepimpinan wanita disiarkan secara langsung melalui Konti Jamek FM yang membolehkan pengguna medsos menyertai konvensyen ini secara maya melalui FB JAWI & FB Masjid Jamek Sultan Abdul Samad.
Program yang berlangsung selama separuh hari ini menyuntik kesedaran dan semangat para peserta untuk berani menceburkan diri dalam bidang perniagaan yang menjadi penyumbang utama kepada peningkatan ekonomi negara.
Slot dimulakan dengan tajuk : Inovasi Produk Halal Sebagai Asas Perniagaan disampaikan oleh penceramah jemputan khas, YBhg. Datuk Haji Ab. Razak bin Ab. Hadi, Managing Director Of MIFF HOLDING SDN. BHD.

Para peserta terdiri daripada Persatuan-persatuan dan NGO'S wanita sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Majlis diteruskan dengan slot ke 2: Halal Dalam Bisness yang disampaikan oleh penceramah yang sama.
Majlis Perasmian Penutup telah dilaksanakan oleh YBrs. TPP JAWI dalam suasana yang sederhana, namun mematuhi panduan yang ditetapkan oleh pihak KKM dan MKN. Perasmian yang diadakan di Dewan Masjid Jamek Sultan Abdul Samad dengan kehadiran KPPK BPD, Puan Siti Razmah binti Idris dan KPP CHKI En. Che Khalid bin Abdullah.
Dalam Majlis Perasmian Penutup ini, YBrs. TPP juga telah melancarkan Majlis Gimik Penyampaian Sumbangan kepada 10 orang peserta.

Disediakan oleh:
Unit Wanita dan Remaja
Cawangan Hadhari dan Kefahaman Islam
Bahagian Pengurusan Dakwah

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com