05:45
Imsak
05:55
Subuh
07:02
Syuruk
13:09
Zohor
16:14
Asar
19:11
Maghrib
20:20
Isyak

 

1554649876108 1 maklumbalas hubungi peta

 
ZIARAH DAKWAH SECARA BERKALA DI HOSPITAL KUALA LUMPUR (HKL) 
 
01 SEPTEMBER 2020M |13 MUHARRAM 1442H (SELASA) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui anjuran bersama Unit Kebajikan Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah telah berjaya melaksanakan Program Ziarah Dakwah Secara Berkala di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
 
Selaras dengan garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak hospital yang tidak membenarkan sebarang aktiviti lawatan/ ziarah pesakit daripada pihak luar, JAWI telah mengambil inisiatif melaksanakan program tanpa melibatkan pesakit. Serahan sumbangan kepada pesakit dilaksanakan secara simbolik melalui wakil pengurusan hospital/wad bersama pihak JAWI sahaja. Program ziarah kali ini melibatkan 30 pesakit daripada Wad 18A (Denggi) HKL.
 
Tujuan utama pelaksanaan program ziarah ini adalah untuk memastikan pesakit di hospital/ pusat perubatan mendapat sokongan moral di samping JAWI dapat menyalurkan sumbangan berbentuk barang keperluan harian yang mana mampu membantu meringankan bebanan pesakit di hospital/ pusat perubatan dan juga waris. Rombongan ziarah daripada JAWI diketuai oleh YBrs. Puan Marriyani binti Mohamad, Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Dakwah (JAWI). mewakili YBrs. Pengarah JAWI. Manakala, wakil dari HKL pula diketuai oleh YBrs. Encik Muhammad Saufik bin Saad daripada Unit Komunikasi Korporat dan YBrs. Encik Saberi bin Ismail daripada Unit Hal Ehwal Islam, HKL
 
Unit Kebajikan Islam
Cawangan Penyelarasan dan Kebajikan Islam
Bahagian Pengurusan Dakwah

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com