05:51
Imsak
06:01
Subuh
07:10
Syuruk
13:21
Zohor
16:37
Asar
19:27
Maghrib
20:38
Isyak

 

1554649876108 1 maklumbalas hubungi peta

 
ZIARAH RAHMAH SAUDARA BARU SIRI 2 TAHUN 2020
 
08 JULAI 2020M | 016 ZULKAEDAH 1441H (RABU) - Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI melalui Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah bersama Skuad Asnaf Baitulmal MAIWP telah  menganjurkan Ziarah Rahmah Saudara Baru Siri 2 Tahun 2020  bertempat di B3-307, Seksyen 10, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur bagi menyantuni keluarga muallaf yang sakit  dan memerlukan sokongan bantuan kewangan.
 
Berdasarkan aduan yang diterima, Cawangan ini yang terdiri daripada  Ustazah Noor Azlina binti Mohd Azim, Ustaz Mohd Nazar bin Ibrahim dan Ustaz Muhammad Faiz bin Khalil serta tiga orang pegawai daripada Skuad Asnaf MAIWP iaitu Ustaz Muhammad Ishak bin Zulkifly, Ustaz Ibrahim bin Misbah dan En. Ahmad Syafiq bin Said Nor bagi memudahkan urusan dari segi keperluan bantuan kewangan dan juga perubatan serta bantuan lain yang bersesuaian. 
 
Hasil sesi ziarah mendapati, muallaf tersebut mempunyai masalah kesihatan jantung dan memerlukan ubat-ubatan khas  serta memerlukan bantuan kewangan tambahan dan pihak Skuad Asnaf telah mengambil maklum untuk tindakan selanjutnya.
 
Cawangan Kebajikan Saudara Baru turut membawa bantuan makanan daripada JAWI Food Bank untuk diserahkan kepada keluarga muallaf tersebut.
 
 
  
 
Disediakan oleh,
Unit Kebajikan CKSB
Cawangan Pengurusan Saudara Baru
Bahagian Pengurusan Dakwah

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com