05:39
Imsak
05:49
Subuh
07:01
Syuruk
13:14
Zohor
16:38
Asar
19:22
Maghrib
20:37
Isyak

 

1554649876108 1 maklumbalas hubungi peta

 Wacana Solat OKU 1

WACANA KEFAHAMAN ISLAM: RUKHSAH SOLAT OKU CACAT PENGLIHATAN

23 FEBRUARI 2020M | 29 JAMADIL AKHIR 1441H (AHAD) - Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI melalui Cawangan Tasawwur Islam dengan kerjasama Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) telah berjaya menganjurkan program Wacana Kefahaman Islam dengan tajuk Rukhsah Solat OKU Cacat Penglihatan bertempat di Kompleks MAB, Brickfields, Kuala Lumpur.

Program setengah hari ini menampilkan Ustaz Syeed Muhammad Lutfi, Imam Masjid Al-Bukhary yang menyampaikan ceramah bertajuk Solat dan Kewajipan serta Solat Qasar dan Jamak. Pelaksanaan program ini memberikan ruang terbaik untuk warga OKU cacat penglihatan memahami dengan lebih baik tentang kewajipan solat serta dapat melaksanakan solat jamak dan qasar dengan baik sewaktu bermusafir.

Wacana tersebut dihadiri kira-kira 100 orang peserta yang terdiri daripada warga OKU cacat penglihatan. Perasmian program telah disempurnakan oleh Ustaz Abdul Halim bin Zakaria, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI. Semoga para peserta dapat memanfaatkan ilmu yang dipelajari dalam kehidupan. Insya Allah.

     Wacana Solat OKU 3   WhatsApp Image 2020 03 02 at 9.48.20 AM1

     Wacana Solat OKU 4   Wacana Solat OKU 6

ANJURAN : BAHAGIAN PENGURUSAN DAKWAH JAWI

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com