05:47
Imsak
05:57
Subuh
07:09
Syuruk
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:30
Maghrib
20:45
Isyak

 

1554649876108 1 maklumbalas hubungi peta

DARUL KIFAYAH 9

PELAJAR DARUL KIFAYAH DALAMI ILMU PENGURUSAN JENAZAH

23 FEBRUARI 2020M | 29 JAMADIL AKHIR 1441H (AHAD) -Bahagian Pengurusan Dakwah melalui Unit Kebajikan Islam dengan kerjasama Surau Jumaat Al-Khir Darul Kifayah telah mengadakan Kursus Pengurusan Jenazah kepada pelajar Darul Kifayah MAIWP. Kursus ini melibatkan seramai 259 orang peserta.

Dalam program ini para pelajar didedahkan dengan teknik pengurusan jenazah bermula dengan sesi ceramah dan diteruskan dengan sesi praktikal kaedah memandikan, mengkafankan dan solat jenazah. Matlamat program adalah untuk memberi kesedaran dan keinsafan tentang kematian disamping menerapkan pengetahuan fardhu kifayah berkaitan pengurusan jenazah kepada para pelajar. 

Slot ceramah disampaikan oleh Ustaz Abdul Fatah bin Yusof, Penolong Pengarah Kanan, Unit Kebajikan Islam dibantu Ustaz Muhammad Syafiq bin Mohd Zaropi, Ustazah Norhalimi binti Che Pi dan Ustazah Raisah binti Abu Bakar untuk sesi praktikal pengurusan jenazah. Semoga program yang dijalankan bermanfaat untuk semua pelajar. Insya Allah.

DARUL KIFAYAH 2    DARUL KIFAYAH 1 2

DARUL KIFAYAH 3  DARUL KIFAYAH 7

Disediakan oleh:

BAHAGIAN PENGURUSAN DAKWAH JAWI

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com