05:40
Imsak
05:50
Subuh
07:02
Syuruk
13:14
Zohor
16:40
Asar
19:23
Maghrib
20:38
Isyak

 

1554649876108 1 maklumbalas hubungi peta

 

PULAPOL BELAJAR URUS JENAZAH

01 Februari 2020M | 22 Jamadil Akhir 1441H (Sabtu) – Bahagian Pengurusan Dakwah melalui Unit Kebajikan Islam (UKI) dengan kerjasama Pusat Latihan Polis Malaysia (PULAPOL), Kuala Lumpur telah menganjurkan 2 siri Kursus Pengurusan Jenazah bertempat di Masjid Sallehin, PULAPOL. Program ini bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 4.30 petang. Siri 1 telah diadakan pada 18 Januari 2020 disertai seramai 360 orang manakala Siri 2 pada 01 Februari 2020 disertai seramai 250 orang. 

Kursus ini telah dibahagikan kepada 2 sesi iaitu sesi ceramah yang dikendalikan oleh Ustaz Mohd Hafiz bin Zabidin dan sesi teori serta praktikal dikendalikan oleh fasilitator-fasilitator daripada Unit Kebajikan Islam. Tajuk yang disampaikan dalam sesi ceramah adalah adab menziarahi pesakit, persiapan awal pengurusan jenazah dan kewajipan orang hidup terhadap jenazah. 

Pihak JAWI khususnya Bahagian Pengurusan Dakwah berharap agar para pelatih PULAPOL dapat menimba sebanyak mungkin ilmu pengurusan jenazah sekaligus menjadikan mereka komuniti yang 'celik' dan tahu selok belok pengurusan jenazah serta dapat dipraktikkan dalam tugasan seharian sebagai anggota polis. Semoga hubungan kerjasama di antara JAWI dan PULAPOL ini dapat berterusan dan ditambah baik serta menjadi asbab kebaikan untuk semua yang terlibat. Insya Allah.

  
 
  
 
  
 
Disediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com