05:43
Imsak
05:53
Subuh
07:05
Syuruk
13:07
Zohor
16:29
Asar
19:04
Maghrib
20:18
Isyak

 

1554649876108 1 maklumbalas hubungi peta

 

SPPUUS5

6 November 2019 I 9 Rabiulawal 1441H (Rabu) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Seminar Penerangan, Pencegahan & Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Wilayah Persekutuan 2019  pada 6 November 2019 (Rabu), jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang bertempat di Hotel Putra, Kuala Lumpur. 

Seminar dimulakan dengan sesi pembentangan oleh Puan Haslinda binti Lukman dari Bahagian Penguatkuasaan JAWI dan Puan Zuraidah bt Ayob dari Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (JAPENS).

Majlis diserikan lagi dengan Ucaptama Seminar oleh YBrs. Dr Arik Sanusi bin Yeop Johari, Ketua Bahagian Syariah dan Pengharmonian Undang-undang, Jabatan Peguam Negara.

Seminar diteruskan dengan Majlis Perasmian dan Pelancaran Modul Kursus Pemantapan Akhlak & Diri Ummah (PADU) oleh YB Puan Hajah Fuziah bt Salleh, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang turut diiringi Pengarah JAWI, YBrs. Tuan Hj Mohd Ajib bin Ismail dan Ketua Pendakwa Syarie, YA Tuan Hj Abd Razak bin Mat Nayan.

Seminar disambung pada sebelah petang dengan slot Forum bertajuk “Jenayah Syariah: Kerana Nila Setitik Rosak Susu Sebelanga" . Forum tersebut menampilkan ahli panel iaitu YBrs. Prof. Madya Dr. Nik Salida Suhaila binti Nik Salleh (Duta Rahmah & Pensyarah Kanan FSU USIM) dan Ustaz Amirul Amin bin Maula Lokman Hakim (PU Amin), pendakwah bebas. Perjalanan forum dikendalikan oleh moderator Ustaz Awang bin Mamat dari Bahagian Penguatkuasaan JAWI.

Seminar ini dihadiri oleh lebih kurang 300 jemputan dari pelbagai agensi dan pertubuhan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada MAIWP, JAKIM dan JAPENS selaku rakan strategik dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penganjuran seminar ini.

SPPUUS2 SPPUUS3  
SPPUUS6 SPPUUS7  
SPPUUS10 SPPUUS11  
SPPUUS8 SPPUUS12  

Disediakan Oleh:
Unit Komunikasi Korporat

 

 

 

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com