05:30
Imsak
05:40
Subuh
06:58
Syuruk
13:01
Zohor
16:22
Asar
18:59
Maghrib
20:11
Isyak

 

1554649876108 1 maklumbalas hubungi peta

 

24 SEPTEMBER 2019 (SELASA) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah menganjurkan Seminar Keluarga Rahmah 2019 di Anjung Korporat, Ibu Pejabat Mara, Kuala Lumpur. Program yang dianjurkan ini telah dihadiri oleh 90 orang terdiri daripada pegawai dan kakitangan MARA sendiri.

Program ini dianjurkan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat khususnya warga MARA berkaitan Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) yang boleh dijadikan panduan dan rujukan dalam memelihara hak setiap individu dalam sesebuah keluarga. Di samping itu, para peserta juga diberi pendedahan bagaimana mengenali dan mengurus konflik agar keharmonian dan kesejahteraan dalam keluarga terpelihara.

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Munir bin Haji Md Salleh, Timbalan Pengarah Operasi, JAWI. Turut hadir, Encik Nurul Azmi bin Johari,Timbalan Pengarah 1, Bahagian Sumber Manusia, Majlis Amanah Rakyat (Mara), Kuala Lumpur.

Disediakan Oleh :

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com