05:30
Imsak
05:40
Subuh
06:58
Syuruk
13:01
Zohor
16:22
Asar
18:59
Maghrib
20:11
Isyak

 

1554649876108 1 maklumbalas hubungi peta

 

KR19.11

 

30 September 2019 (Isnin) I 1 Safar 1441H – Karnival Rahmah 2019 yang berlangsung pada 26-29 September 2019 di Dataran Putrajaya telah melabuhkan tirainya dengan menyaksikan kehadiran lebih 100,000 pengunjung dan turut mendapat perhatian masyarakat bukan Islam dengan rekod kehadiran 20 peratus daripada keseluruhan pengunjung.

Karnival yang merupakan inisiatif Jabatan Perdana Menteri (Agama), JAKIM, JAWI dan agensi agama persekutuan serta rakan strategik berkonsepkan karnival dalam karnival ini telah menyaksikan penganjuran 29  acara utama penuh gilang-gemilang dan meriah di samping acara-acara sampingan sesuai dengan pelbagai peringkat umur dari kanak-kanak sehingga warga emas.

Majlis Perasmian Pembukaan disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri pada hari pertama karnival iaitu pada hari Jumaat, 27 September 2019.

Karnival dimulakan dengan acara pembuka tirai iaitu Forum Perdana Ehwal Islam yang bersiaran secara langsung dari pentas utama diikuti rakaman sejurus selepas itu.

Menariknya, 6 teras RAHMAH iaitu Ramah, Aman, Harmoni, Mesra, Alami dan Hormat diterjemahkan melalui reruai pameran pelbagai jabatan dan agensi yang diisi dengan aktiviti sepanjang tiga hari karnival turut menarik minat pengunjung di samping gerai- gerai jualan produk dan makanan.

Karnival yang mengetengahkan konsep hibur didik (edutainment) ini sarat dengan pelbagai acara antaranya Forum Perdana Ehwal Islam, Karnival Kanak-Kanak, Pelancaran Sukarelawan Rahmah, Pertunjukan Seni Bela Diri Pelbagai Kaum, Diskusi Duta Rahmah, Pencarian Bilal Idaman, Maidatul Quran, Halal Fun Run, Konvoi Kenderaan 4X4, Konvensyen Murabbi Ummah, Konvensyen Sukarelawan, Seminar Tahfiz, Sukan Rahmah, Sukan Memanah, Pertandingan Choral Speaking, Konvoi Motosikal Berkuasa Tinggi, Pesta Buah-buahan, Jamuan Rahmah, Konsert Rahmah, Eco Alami Ride, Pertunjukan Paragliding, Persembahan Buskers, Persembahan Mask Changing, Tarian Singa, Persembahan Kesenian Muzikal, Program JAWI Food Bank, Revolusi Industri 4.0 Event: Ewallet/Cashless yang berjaya menggamit pengunjung untuk hadir ke karnival ini.

Majlis Perasmian Penutupan pada hari terakhir karnival yang disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri turut diserikan dengan deklamasi puisi oleh Sasterawan Negara, Datuk Seri A. Samad Said serta lintasan ‘paragliding’ di ruang udara pentas utama semasa majlis berlangsung. Pengunjung dan tetamu yang hadir juga turut teruja dan berdebar menantikan pengumuman keputusan cabutan bertuah melibatkan hadiah utama Yamaha Y15ZR di samping RealMe Smartphone, Pakej Umrah & Pelancongan dan Touch ‘n Go.

Diharapkan melalui karnival ini, masyarakat awam akan dapat menghayati mesej Islam sebagai agama rahmah untuk semua melalui penyertaan dalam pelbagai aktiviti yang diadakan. Hadirin yang berkunjung ke karnival ini juga diharapkan dapat menyebarkan mesej Islam sebagai agama yang aman, damai dan harmoni kepada semua masyarakat yang lain.

KR19.1 KR19.2 KR19.8  
KR19.3 KR19.4 KR19.9  
Kr19.5 KR19.6 KR19.10  
KR19.7 KR19.12 KR19.14  
KR19.15 KR19.23 KR19.17  
KR19.19 KR19.20 KR19.22  

Disediakan Oleh:
Unit Komunikasi Korporat

 

 

 

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com