05:31
Imsak
05:41
Subuh
06:56
Syuruk
13:01
Zohor
16:18
Asar
19:00
Maghrib
20:10
Isyak

 

1554649876108 1 maklumbalas hubungi peta

 

SEMINAR KELUARGA SAKINAH 2019 : KELUARGA RAHMAH, MENUJU JANNAH

Sakinah2019 012

 

18 JULAI 2019 (Khamis) -  Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Putrajaya (JAWIP) dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menganjurkan Seminar Keluarga Sakinah 2019: Keluarga Rahmah, Menuju Jannah bertempat di Dewan Perdana Nur, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Seminar ini diadakan bertujuan untuk memberikan penerangan berkenaan peranan dan tanggungjawab setiap individu dalam sesebuah keluarga bagi mencapai matlamat membina rumahtangga yang sakinah, mawaddah dan rahmah sehingga memperoleh jannah di akhirat kelak.

Seminar  ini telah diisi dengan 2 slot ceramah yang menampilkan 2 orang penceramah yang terkenal iaitu Ust Ebit Lew dan Ustaz Bakhtiar Fitri  bin Abdul Hamid yang mengupas tajuk  “Melestari Keluarga Sakinah” dan “Ibu Bapa Superb, Anak-Anak Awesome”. Seramai 400 orang peserta daripada kalangan pegawai dan kakitangan kementerian dan agensi kerajaan di sekitar Wilayah Persekutuan Putrajaya telah hadir menyertai seminar ini.

Seminar yang julung kali diadakan antara JAWIP dan KPWKM ini telah  dirasmikan oleh YBrs. Puan Anis Rizana binti Mohd Zainudin, Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan turut dihadiri oleh YBrs. Tuan Hj Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan pegawai-pegawai kanan JAWI dan KPWKM.

Sakinah2019 006 Sakinah2019 011
Sakinah2019 001 Sakinah2019 007
                Sakinah2019 004  Sakinah2019 002

Disediakan Oleh: JAWI Putrajaya

Foto oleh: Cawangan Perkahwinan & Pembangunan Keluarga

Teks oleh: Cawangan Perkahwinan & Pembangunan Keluarga

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com