05:31
Imsak
05:41
Subuh
06:56
Syuruk
13:01
Zohor
16:18
Asar
19:00
Maghrib
20:10
Isyak

 

1554649876108 1 maklumbalas hubungi peta

 

 

 

23 April 2019 I 17 Syaaban 1440H (Selasa)– Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengadakan Town Hall Maqasid Syariah Peringkat Wilayah Persekutuan bersama YB Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 23 April 2019, jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur. 

Program ini bertujuan untuk menjelaskan gagasan Maqasid Syariah sebagai agenda teras dan kerangka dalam tadbir urus Negara yang inklusif dan progresif. Town Hall ini dihadiri lebih 350 orang peserta terdiri daripada perancang dan pelaksana dasar di jabatan kerajaan, agensi swasta, badan bukan kerajaan (NGO) dan institusi pengajian di Wilayah Persekutuan.

Program ini juga mensasarkan objektif untuk memberi penjelasan, mengukuhkan keyakinan dan memasyarakatkan pelaksanaan Maqasid Syariah dalam tadbir urus negara selari dengan gagasan baharu kerajaan berteraskan ‘Rahmatan Lil ‘Alamin, Maqasid Syariah dan Model Malaysia bagi mendekatkan jurang golongan sasar dengan kepimpinan tertinggi negara.

Turut hadir, YBrs.Tuan Haji Azli bin Yusof, Setiausaha Politik Menteri Wilayah Persekutuan, YAA Tuan Ibrahim bin Deris, Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, YBhg. Dato’ Haji Makhzan Bin Mahyuddin, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan JAKIM dan YBrs. Tuan Haji Munir bin Hj. Md Salleh, Timbalan Pengarah Operasi JAWI.

Diharapkan program ini dapat memberi penjelasan secara first hand information serta meleraikan kekeliruan atau prejudis kepada dasar baharu kerajaan, serta mengeratkan jalinan kerjasama antara persekutuan dan negeri dalam pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam khususnya berkaitan pelaksanaan Maqasid Syariah.

 


Disediakan Oleh:
Unit Komunikasi Korporat

 

 

 

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com