05:39
Imsak
05:49
Subuh
07:10
Syuruk
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:30
Maghrib
20:45
Isyak

 

1554649876108 1Soalan  Lazim  maklumbalas
Hubungi  Kami
hubungi
Aduan & Maklumbalas 
peta
Peta Laman

intervensi

12 April 2019 | 6 Syaaban 1440H – Pada tanggal 10 hingga 11 April 2019 bersamaan Rabu dan Khamis yang lalu, Bahagian Pengurusan Dakwah melalui Unit Kebajikan Islam telah menganjurkan Jaulah Rahmah ke Rumah Perlindungan Raudhatus Sakinah bertempat di Kundang, Rawang. Program dua hari ini telah turut melibatkan pasukan Sukarelawan Dakwah Islamiah (SUDI) di samping lapan orang kakitangan dari Bahagian Pengurusan Dakwah sendiri. Seramai 35 orang peserta terdiri dari pelatih di pusat perlindungan tersebut termasuk lima orang warden dan dua orang pengurus. Antara aktiviti dan atur cara pengisian program jaulah ini termasuklah Ceramah Heart to Heart, Kursus Pengurusan Jenazah dan ceramah berkaitan penjagaan bayi sebelum dan selepas bersalin. 

Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Munir bin Md. Saleh, Timbalan Pengarah Operasi JAWI diiringi YBrs. Ustaz Mohamad Zakuwa bin Rodzali, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah dan turut sama ialah Pn. Hajah Yusnani binti Abdul Hamid selaku wakil Raudhatus Sakinah Cawangan Selangor. Semoga program Jaulah Rahmah ini berjaya memberikan input positif dan kesedaran di kalangan peserta-peserta. 

intervensi1 intervensi2
 intervensi3  intervensi4

Disediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah

 

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com