05:31
Imsak
05:41
Subuh
07:01
Syuruk
13:13
Zohor
16:36
Asar
19:21
Maghrib
20:35
Isyak

 

 
kpjampang1

12 April 2019 | 6 Syaaban 1440H – Bahagian Pengurusan Dakwah melalui Unit Kebajikan Islam telah menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah bertempat di Hospital Ampang pada 9 April 2019 (Selasa). Kursus yang bermula dari jam 8.30 pagi itu telah dihadiri oleh seramai lebih 60 orang pegawai dan kakitangan perubatan Hospital Ampang. Terdahulu, Kursus Pengurusan Jenazah tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah Hospital Ampang, Dr. Ghazi Abdul Manaf.

Untuk makluman, kursus dua sesi itu telah dibahagikan kepada dua sesi iaitu ceramah teori pengurusan jenazah yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Nazar bin Ibrahim manakala sesi praktikal pengurusan jenazah melibatkan proses memandi dan mengapankan jenazah dibuat disebelah petang dibantu oleh Ustazah Ruzeeta binti Saad. Kursus telah berakhir pada jam 4.30 petang. Semoga perkongsian ilmu fardhu kifayah ini dapaf memberi manfaat kepada semua warga perubatan Hospital Ampang dalam menyantuni jenazah orang Islam. 

KPJampang kpjampang2
   

Disediakan oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah

 

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com