05:47
Imsak
05:57
Subuh
07:09
Syuruk
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:30
Maghrib
20:45
Isyak

 

1554649876108 1 maklumbalas hubungi peta

 

 

PIC 1

7 Ogos 2018 / 25 Zulkaedah 1439H (Selasa) – Bahagian Penyelidikan JAWI dengan kerjasama Bahagian Perancangan dan Penyelidikan JAKIM telah menganjurkan Program Diskusi Bersama Penerbit Bahan Penerbitan Berunsur Islam 2018 bertempat di Dewan Muslimin, Masjid Wilayah Persekutuan. Objektif program adalah untuk saling berkongsi maklumat dan kefahaman yang sebenar berkaitan dengan bahan penerbitan berunsur Islam yang selaras dengan ajaran Islam.

Program diskusi ini merupakan program julung kali diadakan dengan menghimpunkan seramai 90 orang peserta termasuk dalam kalangan penulis, penerbit, pencetak dan pengedar bahan penerbitan berunsur Islam yang beroperasi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Program dimulai dengan sesi pertama oleh YBhg. Prof. Dato’ Zakaria bin Stapa, Penyandang Kursi Syeikh Abdullah Fahim, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkaitan Etika Penulisan Dalam Bahan Penerbitan Berunsur Islam: Pematuhan kepada Garis Panduan Penapisan Bahan Penerbitan Berunsur Islam. Manakala sesi kedua pula disampaikan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Khalif Muammar A. Harris, Pensyarah Pusat Kajian Tinggi Islam Sains dan Peradaban (CASIS), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkaitan Prinsip-prinsip dan ciri-ciri Pluralisme dan Liberalisme dalam penulisan serta pengaruhnya kepada masyarakat.

Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Yusof bin Mamat, Timbalan Pengarah (Operasi) JAWI. Turut hadir bersama adalah En. Muhamad Zakuwa bin Rodzali, Ketua Penolong Pengarah, Bahgaian Penyelidikan JAWI dan Pn. Siti Razmah bin Haji Idris, Ketua Penolong Pengarah, Unit Unit Kajian Media, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan JAKIM.

 

PIC 2 PIC 3
PIC 4 PIC 5
 PIC 6 


Disediakan oleh:

Bahagian Penyelidikan

 

 

 

 

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com