05:47
Imsak
05:57
Subuh
07:09
Syuruk
13:22
Zohor
16:46
Asar
19:30
Maghrib
20:45
Isyak

 

1554649876108 1 maklumbalas hubungi peta

MALAM MAHABBAH AL-QURAN 1439H

BACAAN 30 JUZUK AL-QURAN DAN TAHLIL PERDANA

 

IMG-20180127-WA0032

 

25 Januari 2018M / 8 Jamadil Awwal 1439H ( Khamis ) - Masjid Al-Zakirin, Taman Wilayah Selayang, Kuala Lumpur  telah menganjurkan Malam Mahabbah Al-Quran tahun 1439H/2018M bertempat di Dewan Solat Utama Masjid Al-Zakirin. Program ini telah disertai hampir 200 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur dari kalangan jemaah dan surau-surau di bawah naungan masjid.

            Pada malam tersebut, peserta telah dibahagikan kepada 30 kumpulan – 3 orang setiap kumpulan mengikut bilangan juzuk Al-Quran. Juzuk 1 – 15 dibaca oleh muslimat manakala juzuk 16 – 30 dibaca oleh muslimin. Setiap kumpulan terdiri daripada dewasa, belia dan remaja. Bacaan 30 juzuk Al-Quran bermula selepas Solat Fardhu Maghrib dengan taklimat ringkas daripada Pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid Al-Zakirin.

            Seusai bacaan Al-Quran 30 juzuk secara serentak, Tahlil Perdana dimulakan dan dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Firdaus Bin Zakaria, Timbalan Ketua Imam merangkap Ketua Pentadbir Masjid Al-Zakirin.

            Program diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati kepada wakil pembaca Al-Quran dari muslimin dan muslimat yang telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Ab. Wahab Bin Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid Al-Zakirin.

            Jamuan makan malam untuk para jemaah dan tetamu yang hadir adalah sebagai penutup program selepas Solat Fardhu Isyak.

            Pihak Masjid Al-Zakirin amat berharap program ini dapat dijadikan sebagai salah satu daripada acara tahunan masjid kerana ianya dapat memupuk minat dan rasa cinta kepada Kalamullah yakni Al-Quran disamping mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama jemaah dari pelbagai peringkat umur di dalam kariah Taman Wilayah Selayang ini.

 

 

IMG-20180127-WA0029 IMG-20180127-WA0034
IMG-20180127-WA0030 1 IMG-20180127-WA0031
   


Disediakan oleh
Pusat Pentadbiran Zon 1,
Bahagian Pengurusan Masjid,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

 

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com