05:46
Imsak
05:56
Subuh
07:09
Syuruk
13:21
Zohor
16:46
Asar
19:30
Maghrib
20:45
Isyak

 

1554649876108 1 maklumbalas hubungi peta

IMG-20170924-WA0013

 

Sabtu, 23 September 2017M / 2 Muharam 1439H - JAWI Cawangan Putrajaya dengan kerjasama barisan Jawatankuasa Surau Mahmoodiah Presint 18 Putrajaya telah mengadakan Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Surau-surau Putrajaya bertempat di Surau Mahmoodiah, Jalan P18C Presint 18 Putrajaya.

Majlis yang bertemakan “Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara” ini diserikan dengan perarakan yang disertai 14 kontinjen surau-surau Jumaat dan 1 kontinjen mewakili Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Putrajaya yang menobatkan kontinjen Surau Al-Munawwarah Presint 5 selaku kontinjen terbaik. Tempat kedua disandang oleh kontinjen Surau Putra Al-Amin Presint 8 manakala kontinjen Surau Al-Mizan meraih tempat ketiga.  

Majlis turut dimeriahkan dengan slot Sembang Santai Kedai Kopi (Hijrah) bersama 2 selebriti yang dikenali ramai iaitu PU Razi dan Zul Yahya yang berkesempatan berkongsi ilmu serta pengalaman hidup berkaitan hijrah serta beramah mesra bersama tetamu yang hadir.

Ucapan alu-aluan  disampaikan oleh YBrs. Tuan Haji Abdul Aziz bin Jusoh, Pengarah  JAWI manakala ucapan perasmian disempurnakan oleh YB Datuk Seri Utama Tengku Adnan bin Tengku Mansor, Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya. Turut hadir dalam majlis ini ialah Tuan Haji Hazarudin bin Haji Baharudin, Ketua Penolong Pengarah Kanan JAWI Cawangan Putrajaya dan YBhg. Datuk Nordin bin Hassan, Pengerusi Persatuan Penduduk Putrajaya .

IMG-20170924-WA0028 IMG-20170925-WA0013
IMG-20170925-WA0016 IMG-20170925-WA0018

Disediakan oleh :

JAWI Cawangan Putrajaya

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com