05:46
Imsak
05:56
Subuh
07:09
Syuruk
13:21
Zohor
16:46
Asar
19:30
Maghrib
20:45
Isyak

 

1554649876108 1 maklumbalas hubungi peta

 

IMG 3697

        20 Februari 2017 (Isnin) – Masjid Al-Muttaqin, Wangsa Melawati Kuala Lumpur dengan kerjasama Pusat Pentadbiran Zon 4, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan PROGRAM STREET DAKWAH I LOVE ISLAM pada 13 Februari 2017M /16 Jamadil Awwal 1438H di 6 buah sekolah sekitar WangsaMaju, Kuala Lumpur.

       Program ini diadakan bagi memberi kesedaran kepada remaja khususnya dan masyarakat Islam tentang remaja benci maksiat serta memberikan alternatif lain untuk memandu cinta anak muda hanya pada Allah, Rasul, ibu bapa dan cinta mengikut syarak. Antara aktiviti bagi program separuh hari ini ialah konvoi motorsikal berkuasa besar serta kuliah pendek yang telah disampaikan oleh Ustaz Mohammad Ibrahim (Ustaz Mad Cina) serta Abdul Rahman Bin Kasim (Man Raja Lawak). Selain itu, peserta konvoi juga ada mengedarkan risalah tentang remaja jauhi maksiat yang menerangkan tentang cara-cara mudah mengelakkan maksiat.

      Antara sekolah yang telah dilawati ialah Sekolah Kebangsaan Wangsa Melawati (SKWM), Sekolah Menengah Kebangsaan Wangsa Melawati (SMKWM), Kolej Vokasional Ekonomi Rumah Tangga Setapak (KVERTS), Sekolah Menengah Kebangsaan R1 (SMKR1), Sekolah Kebangsaan Wangsa Jaya (SKWJ) dan sekolah Rendah Agama Al-Muttaqin, Wangsa Melawati. Penerimaan bagi setiap sekolah amat memberangsangkan dengan memberi sokongan penuh bagi menjayakan program tersebut.

     Acara perasmian (flag off) telah disempurnakan oleh Tuan Haji Jaafar Bin Ismail selaku Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Masjid, JAWI. Turut hadir bagi memeriahkan lagi program ialah Ustaz Wan Yusoff Bin Wan Ishak selaku PENYELARAS ZON 4, JAWI serta Pengerusi Masjid Al-Muttaqin iaitu Tuan Haji Yahaya Bin Haji Din. 

 

IMG 2744 IMG 2745
IMG 2746 IMG 3700
   


Disediakan oleh
Pusat Pentadbiran Zon 4,
Bahagian Pengurusan Masjid,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

 

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com