05:40
Imsak
05:50
Subuh
07:02
Syuruk
13:14
Zohor
16:40
Asar
19:23
Maghrib
20:38
Isyak

 

1554649876108 1 maklumbalas hubungi peta

 akk 1
 

27 Januari 2017/ 27 RabbilAkhir 1438H - Bahagian Pelajaran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah mengadakan  Bengkel Pemurniaan Akhir Buku Panduan Murabbi Tahun 1 dan 2 di Bilik Aktiviti, Aras 3 Pusat Islam. Seramai 30 orang  peserta dari kalangan guru Sekolah Rendah Agama ( SRA ) dan guru Sekolah   Intgrasi Rendah Agama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan SIRAJ serta Pegawai dan Penolong Pegawai Bahagian Pelajaran  telah terlibat di dalam bengkel tersebut yang diadakan selama dua hari mulai 24-25 Januari 2017

Pembimbing bengkel pada hari pertama ialah Ustaz Rosli bin Ahmad, merupakan Jurulatih Integrated Holistic Education System ( IHES ) Jawatankuasa Induk Selangor. Taklimat berkenaan asas pengenalan IHES sedikit sebanyak membantu pemahaman guru-guru baru yang telah mula mengajar di Siraj mulai 3 Januari 2017.

Bengkel pada hari kedua dibantu oleh dua orang fasilitator iaitu Puan Hajjah Arjuna bt Ismail ,Pen.Pegawai Tadbir Agama (Pend.Islam) Daerah Hulu Selangor dan Puan Hajjah Azimah bt  Abdul Aziz, Guru Besar SRA Taman Permata Hulu Klang. Para peserta dibimbing menterjemahkan Kaedah IHES dalam PdP dan penulisan Buku Panduan Murabbi bagi tahun 1 dan 2.

Semoga dengan bimbingan dan pendedahan ini, para peserta boleh mengaplikasikan kaedah IHES dalam Buku Panduan Murabbi bagi kegunaan dan panduan guru-guru SRA dan SIRAJ di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan di samping mengukuhkan Pengajaran dan Pembelajaran ( PdP ) guru-guru sebagai Murabbi yang Da’ie seterusnya melahirkan anak-anak murid yang bersifat Da’ie.

 akk 6 akk3
 akk4 akk5

Disediakan Oleh:

Bahagian Pelajaran

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

 

 

 

 

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com