05:40
Imsak
05:50
Subuh
07:02
Syuruk
13:14
Zohor
16:40
Asar
19:23
Maghrib
20:38
Isyak

 

1554649876108 1 maklumbalas hubungi peta

 

WhatsApp Image 2017-01-28 at 8.04.13 PM
 
 

28 Januari 2017 / 1 Jamadil Awal 1438H (Sabtu) : Pejabat Pentadbiran Zon 2 dengan kerjasama Masjid Salahuddin al-Ayyubi, Taman Melati telah mengadakan Siri Jelajah Mufti Wilayah Persekutuan dengan Program Biacara Mufti bagi memberi percambahan ilmu kepada anak jemaah sekitar Taman Melati.

Program Bicara Mufti Siri 1/2017 telah diadakan dengan jayanya bertempat di ruang solat Masjid Salahuddin al-Ayyubi dengan kehadiran jemaah seramai 300 orang. SS Datuk menyampaikan tazkirah bertajuk Orang Mukmin yang Hebat. Antara intipati ceramah S.S. Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri ialah beliau menyeru supaya mengembalikan kegemilangan kekuatan Islam dengan menjadikan sejarah Islam para sahabat r.a sebagai contoh. Selanjutnya beliau meminta supaya generasi hari ini membina sejarah dunia dan bukannya hanya sekadar membaca sejarah dunia dengan membentuk kualiti berdasarkan Islam serta menjauhi yang syubhah di dalam kehidupan.

Untuk menonton dan mendengar slot Bicara Mufti siri 1, bolehlah mengunjungi sesawang  https://www.facebook.com/AudioKuliah.

 

WhatsApp Image 2017-01-28 at 8.04.14 PM WhatsApp Image 2017-01-28 at 8.04.12 PM 
WhatsApp Image 2017-01-28 at 8.04.15 PM WhatsApp Image 2017-01-28 at 8.04.09 PM
 WhatsApp Image 2017-01-31 at 3.22.11 PM 2   WhatsApp Image 2017-01-31 at 3.22.05 PM


Teks dan Foto Disediakan oleh:
Pusat Pentadbiran Masjid dan Surau Zon 2,
Bahagian Pengurusan Masjid,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

 

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com