05:40
Imsak
05:50
Subuh
07:02
Syuruk
13:14
Zohor
16:40
Asar
19:23
Maghrib
20:38
Isyak

 

1554649876108 1 maklumbalas hubungi peta

 

WhatsApp Image 2017-01-17 at 8.33.56 AM

 

16 Januari 2017 (Isnin) – Masjid Ibn Abbas, Taman Ibu Kota dengan kerjasama Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah mengadakan satu Forum Dhuha Muslimat yang menampilkan Personaliti Agama Televisyen Dan Radio iaitu Ybhg. Ustazah Isfadiah Dusuki, Ustazah Dr. Robiah K. Hamzah dan moderator forum oleh Ustazah Shadiya Abbas.

Forum yang disampaikan diatas tajuk “Mencari Keberkatan Dalam Kehidupan” telah menarik minat seramai 300 orang anak kariah untuk hadir bagi menjayakan program ini. Antara intipati daripada forum ini ahli panel menekankan bagaimana cara untuk kita mencari dan mendapatkan keberkatan dalam kehidupan seharian. Forum bermula jam 9.30 pagi dan telah berakhir jam 11.30 pagi.

Program seperti ini penting dan harus diadakan lagi pada masa akan datang kerana ianya dapat  memberikan percambahan dan perkongsian ilmu pengetahuan kepada anak-anak kariah. Bagi yang ingin mengikuti program tersebut sila tonton di pautan https://youtu.be/aX38jmk468A

WhatsApp Image 2017-01-17 at 8.33.54 AM WhatsApp Image 2017-01-17 at 8.33.33 AM
WhatsApp Image 2017-01-17 at 8.33.34 AM 1 WhatsApp Image 2017-01-17 at 8.33.53 AM
   


Teks dan Foto Disediakan oleh:
Pusat Pentadbiran Masjid dan Surau Zon 2,
Bahagian Pengurusan Masjid,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. 

 

Tambah Khutbah

Form not found or is not published

Powered by ChronoForms - ChronoEngine.com